30 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 6)

Hari Keempat (17.1.2014)
Bandung/Jakarta
Sekejap je dah 4 hari kami berlibur di Bandung. Masanya nak ke Jakarta pulak. Sebelum pulang ke Jakarta, Pak Tatang bawa kami ke Pasar Pagi di Bandung. Katanya, barangannya lebih murah dari Pasar Baru.
Memang besarpun Pasar Pagi Bandung ni. Tapi kami berjaya terokai kesemua kawasan. Macam-macam ada dijual disini. Sama di Pasar Baru.

Kreatif betul dorang ni. Siap warnakan anak-anak ayam ni supaya orang lebih tertarik. Bukan takat ayam je...macam-macam binatang comel ada termasuk anak penyu. 
Siput babi pun dorang siap corakkan ...
Makanan pun macam-macam ada ..
Nampak kereta kuda macam best je ..
Abah pun ajak naik kereta kuda. Penat nak jalan ke van katanya. Pakcik kuda tu bawak kami pusing-pusing. Pestime naik kereta kuda ni...hehehehe....sekali pusing cuma rp30,000 (RM10). Murahkan? 
Sebelum meneruskan perjalanan ke Jakarta, aku suruh Pak Tatang singgah Pasar Baru buat kali ketiganya...hehehehehe...aku sempat tibai kain lace, kain sulam dan telekong budak-budak. Buat bekalan 1-2 tahun punya hari raya...hehehehe...
Dari satu beg bertambah ke tiga beg. Biasalah...simpan setahun duit untuk shopping kat sana....kemudian kami meneruskan perjalanan ke bandar Jakarta. Pergi hujan...balik pun hujan......
Dalam perjalanan ke Jakarta, Pak Tatang bawa kami ke Puncak. Puncak ni tempat peranginan. Lebih kurang Genting Highlandslah...hehehehehe...Memang sejuk dan kabus tebal sangat. Mungkin baru lepas hujan. Selain suasana sejuk dan nyaman, di Puncak juga terdapat sebuah Masjid Air. Tapi kami tak singgah sebab dah petang dan hujan masih lebat.
Puncak
Memang sejuk sangat. Macam kat London plak ... kekekeke ...
Mak ngan Adik Moon tak turun sebab tahan sejuk katanya ...

Tengok belakang kami tu....memang kabus tebal....
Sejuk-sejuk ni...pekena jagung bakar atau ubi bakar memang lumayan sekali. Lagi sedap tauhu bakar...siap ada cili padi lagi....perghhhh!!!!
Qayyum makan jagung tak pandang kiri kanan dah...
lagi pepeling macam kat  Londong...hahahahha....
Lewat petang kami mula turun dari Puncak. Apa yang menarik, sepanjang jalan turun dari Puncak ni, korang akan nampak deretan pengamen-pengamen duduk di tepi jalan sambil mohon sedekah. Kalau macam ni, korang boleh bagi sedekah dari dalam van je. Dorang takkan kejar korang :) 
Kedatangan kami ke Jakarta juga disambut hujan yang lebat. Sebenarnya, kami main redah jek. Tak booking pun mana-mana hotel. Pandai-pandai Pak Tatanglah carikan hotel sederhana buat kami 12 orang tu. Pak Tatang bawa kami ke Hotel Aphine, 3 Bintang. Tapi harga boleh tahanlah jugak. Semalam jek dah Rp1 juta (RM372) untuk deluxe room. 1 bilik boleh muat 4 orang jek. Mana cukup untuk kami 12 orang tu. Entah apa laki aku gebang kat cewek hotel tu...1 bilik lagi kami tidur berenam. Nasib baik katilnya besar bangat dan selesa sangat. Lagi haripun dah nak malam dan hujan lebat..janji dapat merehatkan diri.
Yang adik aku Moon tu pulak makin parah pulak demamnya. Dah makan ubat still tak kebah-kebah. Bila adik sepupu aku bagitau badan adik Moon makin panas dan kencing dah keluar darah pulak. Memang kelam kabutlah kami. Paling risau..mak akulah. Yelah...negara orang pulak tu. Nak pegi klinik ke? Hospital kat mana plak?
Pengalaman Masuk Hospital di Luar Negara
Ok. Relaks. Moral of the story, kalau nak gi oversea kena research Cara Hadapi Kesukaran Di Negara Orang tau. Nasib baik dengan bantuan pihak hotel dan Pak Tatang, kami dibawa ke rumah sakit a.k.a hospital di Jakarta. 

Wow! Rumah Sakit di Jakarta ni ala-ala hospital swasta di Malaysia. Sangat gedek dan luas. Kalau korang biasa nengok sinetron Indonesia yang orang-orang susah kena pi hospital bayar tu ... camtulah bayangannya. Kalau takde wang juta-juta memang tak sampailah hospital. Itulah realitinya disana. Memang servis hospital di sana mahal sekali. Caj konsultan 450,000 rupiah. Caj ubat-ubatan 450,000 rupiah. Dua benda je dah dekat duit Malayisa 300 lebih. Kalau kat Malaysia, taraf hospital swasta je. Habis duit shopping...huhuhuhu....Itupun doktor di sana suruh adik Moon masuk wad lagi. Kalau masuk wad...alamatnya...terus duduk Indon dia...hehehehehe....
Apa yang patut korang tahu di Bandung :
Jangan beli tshirt yang ada tulisan Bandung tu di kaki lima atau ditepi jalan kerana memang harganya murah sedikit tapi kualitinya tak bagus. Lebih baik beli di dalam Pasar Baru. Lebih berkualiti dan harga berpatutan.

29 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 5)

Kampung Daun terletak agak jauh jugak dari kota Bandung. Lebih kurang 1 jam lebih kot perjalanan ke sana. Korang bayangkan korang nak ke Cameron Highlands..camtulah jalan ke sana. Sejuk dan nyaman sekali.
Makcik aku yang beria-ia suruh kami singgah ke Kampung Daun. Dia kata makan malam disitu best sekali. Kedatangan kami ke Kampung Daun memang disambut dengan hujan renyai-renyai lagi. Kami sampai agak awal. So, jalan-jalan dan possing-possing jelah.

Jika nak beli souviner boleh cari di sini


Selekehnya kakak Balqis



anak bujang ni memang sibuk dengan PSP dia jer

dengan anak daras

Disebabkan adik Moon kesejukan sebab demam, kami tak jadi nak makan malam di Kampung Daun. Kami putuskan untuk pulang ke hotel jek. Tak merasalah kesedapan gurami bakar di situ. Maybe, next time.

28 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 4)

Hari Ketiga (16.1.2010), Bandung
Kami tak buatpun jadual yang proper. Semua bergantung kemana Pak Tatang nak bawak kami. Katanya hari ini dia akan bawa kami ke tempat barangan kulit, Chibaduyut.
Nama tempat kat Indonesia  ni agak pelik. Pak Tatang kata, jika ke Bandung, wajib melawat Chibaduyut. Nanti menyesal jika tidak singgah. Memang ada macam-macam beg, kasut, baju  dan barangan lain yang dihasilkan melalui kulit. Tapi aku takder yang berkenan pun. Dan jangan terkejut, di sini barangan senjata bahaya seperti pisau, pistol, parang, senapang semua dijual di tepi-tepi jalan jer. Yang real bukan yang tipu tau. Jika nak beli sila tanggung sendiri akibatnya bila ngadap imegresen nanti.
Possing depan Hotel Nova. Hotel ni ala-ala banglo sebijik yang punya banyak bilik.
Kemudian kami di bawa ke tempat syurga jeans, Toko Tiga. Macam-macam jenis seluar jeans pelbagai jenama terkenal ada. Sediakan ongkos jek. Aku terbeli jugak sepasang jeans Levis, nanti takut balik Malaysia terbayang-bayang pulak. Nak beli kat butik Levis memang taklah. 
Pilih-pilih mana satu idaman hati...
Toko Tiga ni ada 2 tingkat. Selain seluar jeans, ada jugak seluar slack, codroi, kakis, tshirt dan lain-lain yang berjenama. Harga di Toko Tiga boleh tahan jugak.
Kami dibawa ke Gedung Tas pulak. Di sini ada macam-macam jenis handbag. Tapi kami tak berkenan pun.
Beg kulit kegemaran abah :)
Kami dibawa makan tengahari masakan Padang di Restoran Padang Mitra Sederhana Pasteur. Kami dihidangkankan dengan pelbagai makanan dalam satu piring. Tapi awas! Pilih makanan yang anda mahu makan sahaja. Jika anda ambil semuanya, anda harus membayar semuanya walaupun tidak makan makanan itu.
Terlalu banyak makanan. Tak tahu mana nak pilih. Tapi serius, nasi padang kat Malaysia lagi sedap kot :)
Kemudian, Pak Tatang membawa kami ke kawasan yang banyak factory outlet di Jalan Dago. Ada banyak factory outlet sekitar Jalan Dago. Ada Heritage, Rumah Tas dan macam-macam lagi. Larat dengan tak larat jek nak jalan.
Kami dihadapan Gedung Heritage. Memang besar mall Heritage ni. 
Kat depan Pejabat Pos Indonesia pun jadi...
Sempat request bergambar dengan Pak Polisi Indonesia. Nasib baik dorang ni sporting...
Kepadatan rumah di Bandung...
Kami suruh Pak Tatang bawa kami ke Kampung Daun. Dalam perjalanan ke sana, Pak Tatang bawa kami singgah di Chemplas. Hujan renyai mengiringi kedatangan kami ke Chemplas. Pak Tatang yang beria-ia nak bawak kami ke situ. Katanya, mesti anak-anak aku suka. Ya. Memang dorang suka. Akupun suka sebab setiap ada patung besar watak animasi kartun. Ada Superman, Batman, Ramboo dan macam-macam lagilah.Jika kedai yang ada patung Superman, semua barangan berkonsepkan Superman. Turun saja dari van, kedatangan kami juga disambut dengan pengamen (peminta sedekah). Memang rimas kot. Dahlah hujan, yang pengamen ni plak himpit-himpit kami mohon sedekah.
Dihadapan kedai Seperman. Memang hujan renyai-renyai masa ni tapi disebabkan nak jadikan momen terindah, kami bergambar jugak walaupun adik Moon dah panas badannya.
Kedai atas ni memang kedai barangan sensored. Memang menarik barang jualannya tapi tak sesuai kot untuk kanak-kanak.
Di Chemplas juga kami tak beli apa-apa pun. Just window shopping je sebab barangan di situ agak mahal dan tak senang dengan keadaan jalan lecak sebab hujan.
Apa yang perlu korang tahu tentang Bandung :
Jangan sesekali beri sedekah di tempat-tempat yang ramai orang. Sebab, kalau sorang korang bagi sedekah nanti lagi ramai pengamen datang kerumun korang. Itu sangat bahaya sebab pengamen di sana sangat agresif.

27 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 3)

Hari Kedua (15.1.2010), Bandung
Seawal jam 8 pagi Pak Tatang dah setia menanti kami depan hotel. Sangat efisyen pak supir ni..yelah..kan dah dibayar haruslah bagus servisnya. Hari ni kata Pak Tatang mahu bawa kami ke Pasar Baru Bandung. Awal betul kami sampai sebab kebanyakkan kedai belum beroperasi. Jika nasib baik, jika kami pembeli pertama...peniaga disana akan menepis-nepis duit atas jualan mereka. Katanya 'pecah telur'...hehehehehe...pembuka rezeki barangkali.
Pertama kali sampai kat gedung sedemikian rupa...agak pening jugaklah. Tak tahu mana satu kedai harus dituju dulu. Akhirnya, kami berpecah 3 group. 
Kedai kesukaan kami dan murah bangat dong! Kedai kain Laskmi. Memang super best kain-kain lace kat situ. Dahlah murah...cantik bangat pulak :) Kat kedai ni je dah berejam. Biasalah temankan mak aku shpping. Puas belek sana belek sini...nasib baik beli.
Ingat yang tudung pink tu model tudung....hehehehehe....
Tolong abah kita pilih-pilih baju batik jawa :)
Serius, korang akan rambang mata kot tengok barang-barang niaga kat Pasar Baru Bandung ni. Ada telekung, kain batik, kain lace, kain cotton, kain sulam, baju kebaya, baju ready made, beg dan banyak lagi.
Aku ingat aku sorang jek galak shopping, sekali tengok laki pun naik sama tengah beli sarung kusyen bulu beruang untuk rumah baru kami nanti.Pandai gak dia beli ek..kain-kain dia tak layan sebab dia tahu bini dia terror bab beli kain :)
Shopping sampai lupa makan...kami naik ke lantai 5 di Pasar Baru Bandung. Ada banyak kedai makan. Tapi harus hati-hati ya! Kami pilih makanan sunda. Memang sedap!
Lepas makan kami terus pulang ke hotel. Hati masih tak puas lagi nak shopping. Lepas berehat-rehat sebentar, kami ajak Pak Tatang keluar balik. Dia okey jek. Mak, Abah dan anak-anak aku tak mahu ikut. Dah capek tu :)
Pak Tatang cadangkan kami ke gedung factory outlet, Grande. Kat situ shopping baju tidur paling best. Banyak pilihan dan murah sangat. Sepanjang jalan di Grande tu pun banyak factory outlet dari pelbagai jenama.
Kemudian, Pak Tatang bawa kami ke gedung topi keledar. Wow! memang super awesome :)
Jadi jakun kami dalam Istana Helmet ni. Murah-murah kot harga dia. Giler kot kat Istana Helmet ni. Patutlah orang di Bandung punya helmet yang cantik-cantik. Laki aku pun turut terjebak. Siap beli satu helmet ala-ala ARC.
Lepas balik dari Istana Helmet, aku suruh Pak Tatang bawa kami ke Perfume Shop. Tupun kawan aku yang bagitau. Dia kata kedai perfume tu murah dan sebijik original :)
Kawan aku kata, kalau ke Perfume Shop...cari si tukang bancuh minyak wangi bernama Eddy S. Tulah dia Mas Eddy S. Mesti dia rasa glamer sebab orang Malaysia kenal dia...hehehehehe....Tapi bukan dapat diskaun pun...huhuhu...aku beli stok setahun punya perfume :) 
Hampir jam 7 malam kami pulang ke hotel. Kami suruh Pak Tatang bawa kami kedai makan padang paling murah. Memang kedai murah betul dibawakknya...hehehehehehe...Kami tapau je makanan. Balik hotel, usai semuanya makan sambil tengok tv. Aku tertarik dengan iklan di Indonesia. Kebanyakkan iklan mereka berkonsepkan keperihatinan rakyat mereka. Semua model adalah rakyat tempatan. 
Malam kat sana memang terasa panjang. Celik-celik mata...tengok jam baru pukul 4.00 pagi...huhuhuhu...tak sabar nak sambung jalan-jalan...
Apa yang patut korang tahu tentang Bandung :
Semua parking di kota Bandung ni dikenakan tips. Setiap kali parking kena bayar dalam rp3000 lebih kurang RM0.50 sen je duit Malaysia. Murahkan jika dibandingkan dengan parking kat Malaysia ni.