28 April 2010

PERCUTIAN KE JAKARTA & BANDUNG 2010 (Part 4)

Hari Ketiga (16.1.2010), Bandung
Kami tak buatpun jadual yang proper. Semua bergantung kemana Pak Tatang nak bawak kami. Katanya hari ini dia akan bawa kami ke tempat barangan kulit, Chibaduyut.
Nama tempat kat Indonesia  ni agak pelik. Pak Tatang kata, jika ke Bandung, wajib melawat Chibaduyut. Nanti menyesal jika tidak singgah. Memang ada macam-macam beg, kasut, baju  dan barangan lain yang dihasilkan melalui kulit. Tapi aku takder yang berkenan pun. Dan jangan terkejut, di sini barangan senjata bahaya seperti pisau, pistol, parang, senapang semua dijual di tepi-tepi jalan jer. Yang real bukan yang tipu tau. Jika nak beli sila tanggung sendiri akibatnya bila ngadap imegresen nanti.
Possing depan Hotel Nova. Hotel ni ala-ala banglo sebijik yang punya banyak bilik.
Kemudian kami di bawa ke tempat syurga jeans, Toko Tiga. Macam-macam jenis seluar jeans pelbagai jenama terkenal ada. Sediakan ongkos jek. Aku terbeli jugak sepasang jeans Levis, nanti takut balik Malaysia terbayang-bayang pulak. Nak beli kat butik Levis memang taklah. 
Pilih-pilih mana satu idaman hati...
Toko Tiga ni ada 2 tingkat. Selain seluar jeans, ada jugak seluar slack, codroi, kakis, tshirt dan lain-lain yang berjenama. Harga di Toko Tiga boleh tahan jugak.
Kami dibawa ke Gedung Tas pulak. Di sini ada macam-macam jenis handbag. Tapi kami tak berkenan pun.
Beg kulit kegemaran abah :)
Kami dibawa makan tengahari masakan Padang di Restoran Padang Mitra Sederhana Pasteur. Kami dihidangkankan dengan pelbagai makanan dalam satu piring. Tapi awas! Pilih makanan yang anda mahu makan sahaja. Jika anda ambil semuanya, anda harus membayar semuanya walaupun tidak makan makanan itu.
Terlalu banyak makanan. Tak tahu mana nak pilih. Tapi serius, nasi padang kat Malaysia lagi sedap kot :)
Kemudian, Pak Tatang membawa kami ke kawasan yang banyak factory outlet di Jalan Dago. Ada banyak factory outlet sekitar Jalan Dago. Ada Heritage, Rumah Tas dan macam-macam lagi. Larat dengan tak larat jek nak jalan.
Kami dihadapan Gedung Heritage. Memang besar mall Heritage ni. 
Kat depan Pejabat Pos Indonesia pun jadi...
Sempat request bergambar dengan Pak Polisi Indonesia. Nasib baik dorang ni sporting...
Kepadatan rumah di Bandung...
Kami suruh Pak Tatang bawa kami ke Kampung Daun. Dalam perjalanan ke sana, Pak Tatang bawa kami singgah di Chemplas. Hujan renyai mengiringi kedatangan kami ke Chemplas. Pak Tatang yang beria-ia nak bawak kami ke situ. Katanya, mesti anak-anak aku suka. Ya. Memang dorang suka. Akupun suka sebab setiap ada patung besar watak animasi kartun. Ada Superman, Batman, Ramboo dan macam-macam lagilah.Jika kedai yang ada patung Superman, semua barangan berkonsepkan Superman. Turun saja dari van, kedatangan kami juga disambut dengan pengamen (peminta sedekah). Memang rimas kot. Dahlah hujan, yang pengamen ni plak himpit-himpit kami mohon sedekah.
Dihadapan kedai Seperman. Memang hujan renyai-renyai masa ni tapi disebabkan nak jadikan momen terindah, kami bergambar jugak walaupun adik Moon dah panas badannya.
Kedai atas ni memang kedai barangan sensored. Memang menarik barang jualannya tapi tak sesuai kot untuk kanak-kanak.
Di Chemplas juga kami tak beli apa-apa pun. Just window shopping je sebab barangan di situ agak mahal dan tak senang dengan keadaan jalan lecak sebab hujan.
Apa yang perlu korang tahu tentang Bandung :
Jangan sesekali beri sedekah di tempat-tempat yang ramai orang. Sebab, kalau sorang korang bagi sedekah nanti lagi ramai pengamen datang kerumun korang. Itu sangat bahaya sebab pengamen di sana sangat agresif.

No comments:

Post a Comment