27 August 2010

BARAAN RAYA RUMAH LILY

Seronokkan dapat berkumpul ngan kengkawan sekolah. Weekend lepas member baik aku Puan Lily ngan hubbynya Ajam wat makan2 khas untuk kengkawan kami jek..yang sempat aku jumpa Abang (Fazli), Salina, Azim & Ijue. Sangat bahagia walaupun hanya seketika. Acara wajib kami ketip gambarlah...hihihihi...

Actually gugurl's ni dari kelas 5B2..yang ni besprenz jek..yang teruna tu masih single lagi...
Me n Ijue...besprenz forever...
Dari Kiri : Ijue, Lily (tuan rumah), Me, Sal & Ajim
Terima kasih pada Lily yang masak untuk pertemuan kami ni..kalau ada Ijam Toman, Epot, Musliha, Tini, Salleh kan lagi seronok. Masa sangat mencemburui pertemuan kami. Lepas ni aku kena bergegas ke Putrajaya plak.
p/s : sedap Pn Lily

19 August 2010

KITCHEN CABINET IDAMAN HATI

Disebabkan kakak aku yang sorang ni Kak Fieda beria2 sangat nak nengok lemari gobok aka Kitchen Cabinet aku.....maka aku terpaksa tempekkanlah jugak lemari gobok aku untuk tontonan dia.
Tadaaaaaaaa
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

18 August 2010

TEMPAT MAKAN BEST DI BANDUNG

Jalan-Jalan Cari Makan di Bandung!
Tempat ke 2 yang saya syorkan...silalah suruh Pak Supir korang bawak ke RM Sunda Kelapa Garden. Asyik sekali... saya kasi 5 bintang. RM Sunda Kelapa Garden menyediakan makanan Sunda...kali ni kitaorang dapat makan Ikan bakar jugak...tapi berlainan menu. 
Jangan lupa kalau pergi ke Bandung...sila singgah ke sini..
with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

16 August 2010

RESTORAN SARI PAWON DI BANDUNG

Jalan-Jalan Cari Makan di Bandung!
Kali ini kami dibawa oleh pak supir ke tempat makan yang lebih menarik. Berkonsepkan restoran dalam taman ada ikan...hehehehe....
Dari depan restoran pun dah nampak menarik. Mesti makan pun sedap :)
Lihat! Bestkan.....rasa tenang je melangkah ke dalam restoran Sari Pawon ini.
Semua ikan gurame, ditangkap segar dari kolam sekitar Restoran Sari Pawon tersebut.  
Memang menyelerakan sungguh makanan di Restoran Sari Pawon. Teringat-ingat sampai ke Malaysia. Kapan mau ke sana lagi ya....

Sempat beli bakul nasi buat cenderahati pulang ke Malaysia. Murah je...cuma rp70 ribu.

Buat ibuk-ibuk dan bapak-bapak yang kepingin mahu ke Bandung, boleh segera singgah ke Restoran Sari Pawon ini. Memang berbaloi makan dengan penuk kenikmatan :)
Alamat Restoran Sari Pawon :
Jl. Karangsari, No.5 Setiabudhi-Bandung

15 August 2010

TRIP BANDUNG 2010 (Part 5)

Hari Kelima Trip ke Bandung
Hari terakhir di kota Bandung. Sedih plak nak meninggalkan bumi membeli belah ni. Sebelum balik sempat ronda-ronda Rumah Mode lagi. Ada je yang tertinggal...hehehehehe...
KartikaSari Bandung
Kalau ke Bandung, tak membeli buah tangan memang tak sah. Lebih-lebih lagi kek di Kartikasari. Memang kerlas kedai Kartikasari ni. Besar dan selesa. Kat Malaysia memang takde kedai kek segedek ini :)
Adik aku menggiler tengok cookies yang comel-comel sangat dan unik rekabentuknya. Aku gila makanan yang ada cili padi tu :) Coklat kat sana pun comel-comel tapi agak mahal.
Percutian yang menyeronokkan sebab adik Moon sihat je sepanjang di Bandung tak macam dulu....hehehehe....Alhamdulillah...semua settle dengan jayanya. InsyaAllah, ada duit..ada umur yang panjang, bolehlah ke Bandung lagi. Memang tak jemu ke sana...hahahahahaha...Terima kasih buat Pak Davit, supir kami....sudi menjaga kebajikan dan perut kami di sana. Panjang umur jumpa lagi...
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

14 August 2010

TRIP BANDUNG 2010 (Part 4)

Hari Keempat Trip ke Bandung
Gasibu Sunday Shocking Market/Pasar Pagi Bandung
Hari ini kami mahu ke Pasar Pagi Bandung atau dikenali Gasibu Sunday Shocking Market atau Pasar Ahad Terkejut Gasibu. Memang korang akan rasa shock/terkejut beruk bila gi asar Pagi Bandung/Gasibu Sunday Shocking Market ni. Punya besar dan luas tapi selesa. Korang suruh je pak supir korang bawak ke situ...mesti dia tau..
Laki aku yang sangat nak kesini. Nak cari pesanan anak bujang dia tapi yang dibeli untuk anak pompuan plak...hehehehe...Macam-macam ada dijual disini. Memang besar pasar ni...dah macam pasar sekampung pulak.
Memang seronok berada di Pasar Pagi Bandung/Gasibu Sunday Shocking Market. Barang-barang ada yang lebih murah dari Pasar Baru Bandung.
Penat nak jalan, boleh naik kereta kuda ye. Seround cuma RM10 hengget jek..
Fenomena biasa di Bandung. Pengamen memang bersepah sekitar kota Bandung. Apatah lagi seniman jalanan. Sambil nyanyi sambil jalan. Awas!! Sila Berhati-hati dengan pengemis/pengamen di sana. Sorang korang derma...berduyun-duyun dorang serbu korang.

Satu lagi, jalan terkejut kalau tengok orang jual kain ela dan rim tepi jalan je. Tak payah ada kedai. Macam-macam dorang boleh jual kat kaki-kaki jalan Bandung.
Cihemplas
Lepas berpuas hati di Pasar Pagi Bandung/Gasibu Sunday Shocking Market, kami ke Jalan Cihemplas pula. Sebenarnya tak best sangat pun tapi saja nak bawak Kak Maria dan Siti tengok jalan yang penuh dengan patung superhero yang besar gedabak.  

Kalau korang adalah peminat Superhero atau Superwoman, boleh cari barangan kesukaan korang disini. Ada outlet Superman, Batman, Spiderman, Ramboo dan macam-macam lagik. 
Ada jugak barangan unik seperti tumb lighter. Nampak real. Ada yang lebih dasyat pun ado..... 
Jangan lupa suruh pak supir korang bawak kesini. Dah alang-alang sampai Bandung, tempat wajib pergi walaupun cuma bergambar :)
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

12 August 2010

TRIP BANDUNG 2010 (Part 3)

Hari Ketiga Trip ke Bandung.
Pasar Baru, Bandung
Kedai belum buka kami dah sampai :) Pasar Baru Bandung ni memang haven. Macam-macam korang boleh cari. Sekali/Sehari pergi memang tak cukup. Itu akulah...hehehehehehehe....
Hati-hati dengan beg tangan korang. Selagi boleh silang/sorok...sila buat demi keselamatan. Sesungguhnya Pasar Baru Bandung ni memang ramai manusia. Kata Pak Supir, bila hujung minggu, ramai penduduk Jakarta turun ke Bandung untuk liburan.
Tempat pertama kami tuju ialah kedai telekung. Telekung di Bandung memang berkualiti dan cantik sangat. Naik juling biji mata memilih mana yang berkenan. Yang beli masa gi ritu pun tak pakai lagi. Sayang katanya. Kali ni aku cari telekung jenis kain cotton. 

Lepas habis borong telekung, terus menuju kedai kesayangan aku, Kedai Laxksmi. Terkenal dengan kain lace yang murah dan berkualiti. Boleh bargain lagi. Tokey Laxksmi ni orang India (ala-ala Hindustan) rupanya tapi bisa ngomong Indon :) Memang banyak jugak aku borong kain lace dan kain cotton Jepun buat bekalan 2-3 tahun.....
Disebabkan pemergian kami ke Bandung kali ini lebih fokus untuk mencari baju pengantin adik Moon, banyak jugak kedai kami tawaf tapi masih belum jumpa apa yang dia berkenan. Ada lagi satu kedai kain pengantin dalam Pasar Baru Bandung ni, memang cantik-cantik dan harga juga sangat cantik. Kat situ juga Moon ni berkenan...hentam saja....

Habis tawaf berlantai-lantai kat Pasar Baru Bandung, kami tawaf bahagian bawah pulak. Aku tak ingat lantai berapa. Tapi kat bahagian bawah lagi penuh orang. Jalan pun berselisih bahu. Memang happening! 

Aku tak taupun ada banyak kosmetik/barang solek yang kat Malaysia jual mahal giler....kat Pasar Baru Bandung ni murah gilerrrrrr...Apa lagi...2 orang adik aku yang minat make up tu memborong bagai tak hengat!!!....hehehehehe....Tapi promoter kat situ memang baik bangat dan cantik-cantik plak tu.....

Dah habis shopping, baru teringat perut lapar...hehehehehe....kat lantai Pasar Baru Bandung ni pun banyak kedai makan. Tapi aws!! kena pandai cari ek. Tak semuanya hahal. Kami cuba makanan Sunda lagi sekali. Gurame Bakar...yummeeyyyy!!! Harga? memang berpatutan. Paling sedap ialah Teh Botol :)
Perasan tak?? Gambar laki aku, satu pun takdak...hahahahahaha...nampak sangat tak suka gi situ....tolong angkat barang bini jelah...kekekekeke....
Jom sambung jalan lagi....
Istana Helmet, Bandung

Jika di Malaysia, kedai motor Welly pun tak hingin nak pergi kan....kat sini macam jakun masuk kedai helmet. Memang cantik dan murah sangat. Laki aku siap beli untuk Qayyum lagi.....
Pak David ni memang suka bawak kedai/restoran makan yang best-best. Memang kami udah pesan, mahu makan yang enak-enak. Semua tempat makan yang dia bawak sangat memenuhi citarasa tekak melayu kami. Malangnya aku tak ingat cafe makan yang dia bawak malam tu....

Paris Van Java
Ada banyak masa lagi lepas makan tu, so kami suruh Pak David bawak ke Paris Van Java. Nak sangat tengok...apa yang bestnya Paris Van Java tu. Pak David turunkan kami kat pintu masuk. Sementara Pak David cari parking, kami masuk jenjalan dulu. Lebih kurang shopping mall kat Malaysia je cumanya setingkat dan luas sangat. Macam-macam outlet branded ada di situ. Macam boring jeee....terus call Pak David. Dia pun terkejut sebab belum sempat dapat parking kami dah sudah jalan...hehehehehe...bosan pak.....jom pulang.....

10 August 2010

TRIP BANDUNG 2010 (Part 2)

Hari kedua Trip ke Bandung

Hotel Karmila
Hari kedua lebih refreshing sebab dapat tidur. Hari ini kami nak jalan-jalan sekitar Jalan Dago iaitu tempat factory outlet di Bandung. Pertama kali jalan tanpa anak-anak. Rindunya hanya Tuhan yang tahu.

Factory Outlet Bandung
Terlalu banyak factory outlet di sekitar Bandung. Korang boleh jalan kaki je sebab berdekatan antara satu sama lain. Kali ini semua factory outlet kami masuk. Ada Grande, Donatello dan sebagainya....pilih je mana suka :)
Hari ini kami kurang berjalan dan kurang aktiviti. Kami nak berjalan-jalan sekitar hotel kami je. Makan malam kami di KFC yang terletak tidak jauh dari hotel kami. Jalan kaki dah sampai.

Jangan risau...KFC di Bandung halal....
Jom sambung jalan lagi. Pak Supir kami dah hantar pulang. Esok pagi-pagi nak ke Pasar Baru pulak....

9 August 2010

TRIP BANDUNG 2010 (Part 1)

Lapangan Terbang Bandar Husein Sastranegara Bandung
Setahun sampai 2 kali kami ke Bandung. Inipun sebab memenuhi kehendak Adik Moon. Masa pergi awal tahun ritu kan dia demam sepanjang 6 hari kami kat sana. Tapi kali ni kami turun di Bandung pulak sebab masa 5 hari 4 malam je kami di sana. Kali ni pergi cuma aku, laki aku, Adik Moon, Adik Azie, sepupu kami Kak Maria dan anaknya Siti. Kami masih menggunakan perkhidmatan Air Asia ternyata lebih murah...poyosss...
Dan kami dah contact Pak Tatang dari Malaysia lagi. Tup..tup..yang datang orang lain...sepupunya katanya. Memang sedikit frust sebab kami dah biasa dengan Pak Tatang. Tapi apa boleh buat redha jelah dengan Pak David ni. Orangnya agak pendiam tidak seperti Pak Tatang yang peramah.
Kali ni aku pergi tanpa anak-anak. Ala-ala honeymoon gitew...hehehehehe...
Alhamdulillah. Sampai jugak kami di Lapangan Terbang Bandara Husein Sastranegara BandungAirport di Bandung ni kecil jek.

Yok!!!tak sabar nak shopping....
Kami disambut oleh Pak David. Walaupun terkilan tak dapat jumpa Pak Tatang...Pak David pun ok gak. Kami dibawa ke hotel terlebih dahulu.
Bab accomodation aku serahkan pada Adik Moon untuk uruskan. Kami memilih Hotel Karmila. Hotel Karmila ni terletak di tengah-tengah kota Jakarta. Dekat dengan Pizza Hut dan KFC.
Kali ni pergi pun kami tak buat itenary. Hentam je...ikut kami mana nak gi... 
Ikan Bakar Pak Chi Med
Usai selesai segala urusan di hotel, Pak David bawa kami makan. Kami suruh Pak David bawa tempat makan yang top dan berpatutan. Kami taknak makan Nasi Padang. 
Langsung kami dibawa ke Ikan Bakar Pak Chi Med. Nama kedai pelik. Tapi kedai memang kerlassss. Cantik dan nyaman sekali. Apa yang sedap kat Ikan Bakar Pak Chi Med ni? Pak David kata Gurame Bakar sedap. 

Kebiasaannya, kami akan taja makan untuk Pak Supir sekali. Senang sikit nak suruh hantar siang malam nanti...hehehehe... 

Sambil menunggu makanan...possing dulu ye....

Memang tak rasa rugi makan di Ikan Bakar Pak Chi Med ni. Memang sedap-sedap makanan di Ikan Bakar di Pak Chi Med. Selain Gurame Bakar yang femes disini....Es Campur pun sedap jugak. Istimewanya ada nangka dalamnya. Nyaman sekali.

Harga di Ikan Bakar Pak Chi Med jugak berpatutan. Bayangkan untuk 7 orang makan cuma Rp200 ribu jek (lebih kurang RM80 hengget)

Kalau korang ke Bandung, jangan lupa singgah ke sini. Aku asyik teringat-ingat je ni...

Rumah Mode

Lepas makan, kami suruh Pak David hantar ke Rumah Mode. Memang tak jemu kalau ke sini. Macam-macam ada...

Amboi!!Kak Melah...Kak Temah...Kak Enon...sakan memilih ye :)

Puas hati memasing dapat beli baju memasing....tak tahulah nak repeat berapa
kali plak kat sini...

Tak banyak pun yang kami borong disini. Beli apa yang berkenan jek...udah capettt......

Sekian laporan dari mbakk alin...:)


with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube