27 November 2010

PENGALAMAN MASUK HOSPITAL (PART 7)

18.10.2010 - 26.10.2010 (Hari ke 9 - 17)

Dekat 10 hari aku tak kerja. Berat hati sebenarnya tapi tugas mencari rezeki harus diteruskan.

Hari ni dah 5 hari aku keje. Hari ini jugak dah 17 hari Qayyum Bos-bosku jugak memahami keadaan namun kerja tetap kerja. Terima kasih jugak pada teman-teman sekerjaku yang sanggup nak bagi cuti dorang pada aku memandangkan cutiku telah habis terutama Abg Su dan Khairull. Tapi mana mungkin boleh kan. 

Jujurnya aku tidak tenang di tempat kerja. Mujur aku punya mak yang sanggup berkorban untuk cucunya. Terima kasih mak. Segala budi dan jasa mak takkan orang lupakan. Jika Qayyum baca kisahnya dalam blog mama, mama harap Qayyum dapat membalas budi nenek satu hari nanti.

Aku mendapat panggilan dari mak. Qayyum akan di tukar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Alamak. Jiwa raga aku mula bergetar. Macam-macam yang berlegar di fikiran aku. Ya!Allah permudahkanlah urusan anakku Firhan Qayyum. Engkau jauhilah dia dari kesakitan. Engkau sembuhkan dia Ya!Allah... 

Rupanya, 2-3 hari hari Qayyum dah dibenarkan pulang ke rumah. Lega rasanya. Lepas ni Qayyum kena refer pakar di PPUM pulak. 


Arial tv pun kena bawak balik jugak ... hehehehe ...

29.10.2010 (Hari ke 20)

Alhamdulillah. Genap 20 hari jadi penghuni hospital, doktor benarkan Qayyum pulang. Sujud syukur ku kepada hadrat illahi.

Aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada mak, abah, adik-adik, saudara-mara, sahabat-sahabat yang dikenali mahupun tidak dikenali yang sentiasa bagi kata-kata semangat pada kami sekeluarga. Pada majikan dan rakan sekerja yang memahami jiwa lemah ini. Terima kasih atas ucapan dan doa-doa anda semua. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Tolong doakan selalu agar Firhan Qayyum pulih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment