16 November 2010

PENGALAMAN MASUK HOSPITAL (PART 3)

12.11.2010 (Jumaat) 
Hari ketiga ...
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul ...
Sudah 3 hari kami berkampung di wad kanak-kanak Hospital Sungai Buloh (HSB). Sudah 3 hari juga menjadi rutinku berulang alik ke HSB kerana hanya salah seorang penjaga yang dibenarkan menemankan pesakit waktu malam.

Seawal jam 8 pagi aku akan ke HSB dan selewat 8.00 malam aku pulang rumah. Malah … sudah 3 hari jugak suamiku tidak keluar-keluar dari hospital. Qayyum taknak aku menemankannya. Dia mahu babah yang temankan tidur malamnya. Mungkin lebih selesa dan mungkin dia tak mahu melihat aku asyik menangis sahaja.
Bantal busuk memang tak dapat dipisahkan ...
Alhamdulillah. Keputusan dari pembedahan tersebut, kaki Qayyum cantik merah. Leganya hati aku ketika itu. Tapi pagi itu, Qayyum demam kata suamiku. Panas badannya. Aku mula risau lagi. Doktor kata mungkin akibat dari pembedahan dulu semalam. Tapi tidak boleh dibiarkan takut melarat. Aku jelumkan dengan tuala basah. Paksa makan dan minum susu.
Pengalaman dressing kaki benda yang paling aku geruni di hospital. Aku jadi trauma bila misi dan budak praktikal nak dressing kaki Qayyum. Aku sebenarnya tak sanggup nak melihat Qayyum menangis menahan sakit. Malahan setiap kali para misi dan budak praktikal nak buat dressing kakinya, aku akan lari keluar. Lari sejauhnya. Tak sanggup melihat dia menjerit kesakitan. Korang baying jika kita sendiri luka sedikit pun kemain sakitnya inikan pulak budak 6 tahun …
Qayyum pulak ... setiap kali cuci kaki mesti dia buat drama yang mencuit hati semua penghuni yang menginap wad sama dengan Qayyum. Sambil dicuci kakinya, dia akan menjerit ... menangis ... meronta sambil memanggil nama atuk ... nenek ... kakak ... makngah ... moksu ... nama orang-orang yang tiada bersamanya ketika itu. Nak kata kelakar ... sedih pun ada. Semua penghuni wad tersebut dah paham dengan kerenah Qayyum. Ada jugak peneman-peneman pesakit datang membantu suamiku menenangkan Qayyum.
Perasaan lega setiap kali selepas cuci kaki ...
Dan setiap kali usai kakinya dicuci … aku akan masuk semula dan setiap kali itulah Qayyum akan mengerling mata sembabku. Dia memang tak suka tengok aku menangis. Tu pasal dia lebih suka babah dia yang menemaninya dari aku. Anakku Qayyum ... sebenarnya dia dapat membaca isi hatiku ... huhuhuhu ...

No comments:

Post a Comment