14 Mac 2011

Bercuti di Melaka 2011 (Part 1)

Ini hutang entry namanya..masih ingat 5 Mac lepas....

Kali terakhir ke Melaka, masa Qayyum berumur 3 bulan. Maknanya sudah lebih 7 tahun, baru aku menjejak kaki semula ke bandar Hang Tuah ini :)
 
Kami bertolak dari Sg Buloh lebih kurang pukul 12 tengahari. Tiada sebarang perancangan rapi pun. Main redah dan redho je :) Akupun sebenarnya malas nak jalan-jalan sebab kesian dengan keadaan terbatas Qayyum. Kaki masih bersimen lagi...tapis semangat dia sangat kuat. Dia jugak yang beria-ia nak ke Melaka.
 
Bila main redah ni, faham-faham jelah nak cari hotel kan...Hotel Mahkota 'Full House'..Hotel2 yang berdekatan Mahkota Parade juga 'Full House'..Holiday Inn pulak 'so expensive'. Akhirnya, jumpa satu hotel bajet, Hotel City ParkNot bad condition. 1 malam RM110 jek..murahkan...memang berbaloi... Lepas check in..usai mandi, makan, rehat..kami keluar merayau. 
 
Kami mulakan roud tours ke Melaka dengan Muzium Samudera.
Apalah yang melangok tu 3 beranak ni??
Lepas penat-penat berposing kat depan Muzium Samudera tu..kami beralih ke Menara Taming Sari plak..jalan kaki jek..
 
Kami lepak sambil tengok Qayyum, Danish & Danial main kereta control kat bawah  Menara Taming Sari  Aku memutuskan takmo naik Menara Taming Sarisebab aku penakut.  Sila jangan gelak ek..Cukuplah Menara KL jek..Adik-adikku + Balqis excited nak naik...Balqis memang sukapun..
Disebabkan keseronokan melampau naik kereta control nlah..sampai Qayyum suruh Babah beli plak..adohyaiiii!!!! 
 
Lepas puas di  kami pulang ke hotel...pasal malam ni mau naik Melaka River Cruise.
 
p/s : malangnya gambar kat Menara Taming Sari dah hilang dari pandangan google :(
 
 
 

Bercuti di Melaka 2011 (Part 2)

Melaka River Cruise
 
Malamnya, kami dah berkobar-kobar nak naik bot merentasi sungai Melaka. Saja je nak naik waktu malam, suasana lagi menarik :)
 
Kami naik Jeti No. 8. Berhadapan bangunan Stadthuys. Tiket untuk dewasa berharga Rm10.00, manakala untuk kanak-kanak pula berharga RM5.00. 
Sebenarnya, anda boleh menaiki cruise ini pada waktu siang atau bila-bila waktu saja. Cumanya, permandangan pada waktu malam sangat cantik. Sepanjang sungai Melaka, dikelilingi dengan lampu neon yang berwarna warni.
 
Sepanjang perjalanan, di kiri dan kanan anda, dihiasi permandangan yang bergemerlapan. 
Ada macam Awie tak :)
Ada macam Erra Fazira tak :)
 
Lepas tawaf Sungai Melaka, kami terus Ue umbai untuk makan ikan bakar. Jenuh tanya orang Melaka camner nak ke sana. Akhirnya sampai jugak. Tapi tak sempat nak bergambar..pasal dah pukul 11 lebih..semua orang dah nak meroyan...terutama budak2...hehehehe...
 
Orang kata ikan bakar Umbai sangat sedap...tapikan taktaulah tekak aku ni...takdelah sedap sangat pun...sedap lagi kat Jeram...tapi dek sebab perut dah lapar..hentam sajalah...

17 Januari 2011

Birthday Kakak Balqis 10 Tahun

10 tahun yang lalu..pada 17.1.2001...aku melahirkan anak pertamaku yang diberi nama Fatin Farhana Balqis. Rasa sangat bahagia kerana anak adalah penyambung kasih sayang antara aku dan Encik Suami..memang aku nak sangat anak perempuan..alhamdulillah..Allah berikan...
 
Kini...17.1.2011...sudah 10 tahun usianya. dah besar anak dara Mama kan....
 
Doa Mama...semoga Balqis jadi anak yang solehah..bahagia dunia & akhirat..dilimpahi rahmat..jadi pelajar cemrlang..anak yang baik...
 
Nasib baik Mama saya boleh buat kek...tiap-tiap boleh dapat kek free...hehehe
 
Actually...tak rancang pun nak raikan...Adik Tengahku sibuk tanya...aku buatkan jugak kek kecik untuk Balqis. Hanya untuk kami sekeluarga je...
 
Tengoklah anak buah aku tu..Danish...dia yang terlebih nganga..kesian adik Qayyum..masa ni dia ngajuk...
 
Tengoklah muka adik Qayyum...kena paksa amik gambar...dia lowprofile sekarang ni...
 
 
Terima kasih Mama sebab buatkan kek barbie...next year kakak nak kek patung barbie plak tau....:)



Lolichoc untuk kawan-kawan...pandai demand sekarang nie...37 btg Lolichoc untuk sekolah kebangsaan..25 btg Lolichoc untuk sekolah agama plak..tahun lepas aku buat fancy cookies..tahun depan????

Sebenarnya budak-budak ni...cuma nak potong kek n dapat adiah...tu jek...
 
Babah nak bagi advance adiah...Balqis dapat basikal...Makngah bagi beg sekolah...Mama ngan Moksu nak bagi aper???tetiba blurrrr....... 
 
Alin Marlini : Mama nak Kakak Balqis belajar bersungguh-sungguh...

8 Januari 2011

Resepi Bubur Nasi & Sambal Ketuk

Salam semua.
 
Hari ni badan rasa tak sedap. Tekak rasa pahit. Teringin sangat nak makan Bubur Nasi + Sambal Ketuk. Balik je dari keje terus menerus bersiaran dari dapur Little Voice Luscious.
 
Bahan-Bahan :
 
2 pot kecik beras (basuh bersih)
2 cm halia (dihiris)
sedikit daun sup (saya tak guna sebab dalam peti ais takdak :))
garam secukup rasa
 
Cara-cara :
 
  1. Masukkan beras + halia + garam dalam periuk yang berisi air. Biarkan beras kembang. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masak sehingga lembut. 
 
Sambal Ketuk
 
Bahan-Bahan :
 
15 biji cili padi
segenggam ikan bilis
minyak masak
secubit garam

Cara-cara :
 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan.
  3. Tumbuk cili padi (jangan terlalu lumat)
  4. Masukkan ikan bilis. Tumbuk (jangan terlalu lumat)
Bubur Nasi saya memang simple jek. Anda boleh letak ayam, daging, udang, sotong ke...Saya memang tak suka yang sarat-sarat. Simple & Cepat.
 
Selamat Menjamu selera....