29 January 2011

PENGALAMAN MASUK HOSPITAL (PART 9)

26.1.2011

Lepas dua kali appointment di PPUM, baru doktor decide untuk buat operation nak keluarkan arial tv kat kaki Qayyum.

Hari inilah penentunya. Hampir 2 bulan adik pakai arial tv tu. Berat mata memandang berat lagi bahu dia memikul. Sayunya mama tengok adik setiap hari. 

InsyaAllah. Hari ini kita tengok hasilnya.


Dah siap tukar baju. Dia punya senyum boleh cair hati mama tau.


Babah pun kena tukar baju sebab nanti nak iring Qayyum masuk bilik pembedahan. Terima kasih buat rakan sekerja dan bos tempat kerja suami yang sudi menderma bagi Qayyum kerusi roda. Terharunya tak terkata. Buat bos aku jugak terima kasih sudi bagi derma sampai aku menangis depan boss huhuhu ... malunya lahai ...

Sebelum tu kena tunggu doktor bius sampai. Bila doktor tu sampai aku mula tak tentu arah. Faham-faham jelah ... kata-kata doktor ni selalu menggerunkan.


Alhamdulillah hampir 1/2 jam, pembedahan Qayyum selamat selesai. Masih lena sebab bius tak habis lagi.


Namun, hati mak mana yang tak sayu tengok anak camni. Macam-macam perasaan berkecamuk dalam fikiran aku tika itu. Mengapa kami di duga sehebat ini Ya Tuhan? Begitu keluh kesah aku ketika itu. 


Bila bius dah habis, Qayyum mengamuk suruh bukak baju. Panas barangkali. Yang lagi sadis, bila dia nak balik arial tv kat kaki dia. Dia tak boleh terima hakikat kaki dah kena simen pulak. Riuh rendah wad sementara bila misi pun menenangkan Qayyum. Jenuh kami tenangkan dia. Rasa nak gelak pun ada ... huhuhu


Rupa kaki Qayyum setelah di simen.


Arial tv kaki Qayyum. Babah dia nak simpan buat kenangan katanya.

17 January 2011

Birthday Kakak Balqis 10 Tahun

10 tahun yang lalu..pada 17.1.2001...aku melahirkan anak pertamaku yang diberi nama Fatin Farhana Balqis. Rasa sangat bahagia kerana anak adalah penyambung kasih sayang antara aku dan Encik Suami..memang aku nak sangat anak perempuan..alhamdulillah..Allah berikan...
Kini...17.1.2011...sudah 10 tahun usianya. dah besar anak dara Mama kan....
Doa Mama...semoga Balqis jadi anak yang solehah..bahagia dunia & akhirat..dilimpahi rahmat..jadi pelajar cemrlang..anak yang baik...
Nasib baik Mama saya boleh buat kek...tiap-tiap boleh dapat kek free...hehehe
Actually...tak rancang pun nak raikan...Adik Tengahku sibuk tanya...aku buatkan jugak kek kecik untuk Balqis. Hanya untuk kami sekeluarga je...
Tengoklah anak buah aku tu..Danish...dia yang terlebih nganga..kesian adik Qayyum..masa ni dia ngajuk...
Tengoklah muka adik Qayyum...kena paksa amik gambar...dia lowprofile sekarang ni...
Terima kasih Mama sebab buatkan kek barbie...next year kakak nak kek patung barbie plak tau....:)



Lolichoc untuk kawan-kawan...pandai demand sekarang nie...37 btg Lolichoc untuk sekolah kebangsaan..25 btg Lolichoc untuk sekolah agama plak..tahun lepas aku buat fancy cookies..tahun depan????

Sebenarnya budak-budak ni...cuma nak potong kek n dapat adiah...tu jek...
Babah nak bagi advance adiah...Balqis dapat basikal...Makngah bagi beg sekolah...Mama ngan Moksu nak bagi aper???tetiba blurrrr....... 
Alin Marlini : Mama nak Kakak Balqis belajar bersungguh-sungguh...

8 January 2011

Resepi Bubur Nasi & Sambal Ketuk

Salam semua.
 
Hari ni badan rasa tak sedap. Tekak rasa pahit. Teringin sangat nak makan Bubur Nasi + Sambal Ketuk. Balik je dari keje terus menerus bersiaran dari dapur Little Voice Luscious.
 
Bahan-Bahan :
 
2 pot kecik beras (basuh bersih)
2 cm halia (dihiris)
sedikit daun sup (saya tak guna sebab dalam peti ais takdak :))
garam secukup rasa
 
Cara-cara :
 
  1. Masukkan beras + halia + garam dalam periuk yang berisi air. Biarkan beras kembang. Masukkan air sedikit demi sedikit. Masak sehingga lembut. 
 
Sambal Ketuk
 
Bahan-Bahan :
 
15 biji cili padi
segenggam ikan bilis
minyak masak
secubit garam

Cara-cara :
 
  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Goreng ikan bilis sehingga garing. Toskan.
  3. Tumbuk cili padi (jangan terlalu lumat)
  4. Masukkan ikan bilis. Tumbuk (jangan terlalu lumat)
Bubur Nasi saya memang simple jek. Anda boleh letak ayam, daging, udang, sotong ke...Saya memang tak suka yang sarat-sarat. Simple & Cepat.
 
Selamat Menjamu selera....