29 January 2011

PENGALAMAN MASUK HOSPITAL (PART 9)

26.1.2011

Lepas dua kali appointment di PPUM, baru doktor decide untuk buat operation nak keluarkan arial tv kat kaki Qayyum.

Hari inilah penentunya. Hampir 2 bulan adik pakai arial tv tu. Berat mata memandang berat lagi bahu dia memikul. Sayunya mama tengok adik setiap hari. 

InsyaAllah. Hari ini kita tengok hasilnya.


Dah siap tukar baju. Dia punya senyum boleh cair hati mama tau.


Babah pun kena tukar baju sebab nanti nak iring Qayyum masuk bilik pembedahan. Terima kasih buat rakan sekerja dan bos tempat kerja suami yang sudi menderma bagi Qayyum kerusi roda. Terharunya tak terkata. Buat bos aku jugak terima kasih sudi bagi derma sampai aku menangis depan boss huhuhu ... malunya lahai ...

Sebelum tu kena tunggu doktor bius sampai. Bila doktor tu sampai aku mula tak tentu arah. Faham-faham jelah ... kata-kata doktor ni selalu menggerunkan.


Alhamdulillah hampir 1/2 jam, pembedahan Qayyum selamat selesai. Masih lena sebab bius tak habis lagi.


Namun, hati mak mana yang tak sayu tengok anak camni. Macam-macam perasaan berkecamuk dalam fikiran aku tika itu. Mengapa kami di duga sehebat ini Ya Tuhan? Begitu keluh kesah aku ketika itu. 


Bila bius dah habis, Qayyum mengamuk suruh bukak baju. Panas barangkali. Yang lagi sadis, bila dia nak balik arial tv kat kaki dia. Dia tak boleh terima hakikat kaki dah kena simen pulak. Riuh rendah wad sementara bila misi pun menenangkan Qayyum. Jenuh kami tenangkan dia. Rasa nak gelak pun ada ... huhuhu


Rupa kaki Qayyum setelah di simen.


Arial tv kaki Qayyum. Babah dia nak simpan buat kenangan katanya.

No comments:

Post a Comment