15 June 2011

Darjah Satu Bulan Enam

Ye! jika anak-anak lain sudahpun memasuki darjah satu dari awal tahun tapi Firhan Qayyum baru nak masuk darjah satu di bulan enam.

Pada yang sering mengikuti perkembangan Qayyum pasti tahu kenapa Qayyum masuk sekolah di bulan enam kan ...
 
Hati aku berdebar mengalahkan debaran Qayyum yang baru nak masuk kelas tu. 

Biasalah, naluri seorang Mama kan memang selalu over kan..

Tut!! Aku tengok Qayyum cool dan tenang je. 

Oh! Tuhan...terima kasih kerana mengurniakan aku anak yang begitu tabah.
 
Mak bapak mana yang tidak rasa excited bila anak masuk darjah satu kan? Walaupun ini debaran kali kedua setelah kakak Balqis 3 tahun lepas..aku tetap berdebar. Risau dengan keadaan Qayyum macam tu..macam-macam berlegar di fikiran. 

Takut kena buli ke...takde kawan nak kawan dengan dia ke..macam-macam;ah yang aku fikirkan. Pak Rashid? Dia tetap cool jek..
 

Untuk memudahkan dengan situasi Qayyum, aku belikan beg sekolah. Kasut sekolah memang tak belipun memandangkan kaki Qayyum masih belum pulih sepenuhnya. Aku beli kasut crocs je. Mudah nak sarung.

Sudah ku jelaskan pada guru kelasnya. Aku amat berharap guru dia memahami situasi Qayyum sepertimana jaga sekolah yang menegur cara Qayyum jalan. 
 
"Tak payahlah pergi sekolah lagi kalau tak elok kaki tu lagi" Aku senyum dan jawab "Dah ok tu...dah lama sangat dia tak sekolah...lagipun dia yang beria-ia nak sekolah cepat".
 
Mama bangga dengan adik. Mama tahu adik selalu sembunyikan kesedihan adik disebalik senyuman manis adik tu. Paling Mama sedih sewaktu adik melangkah kaki masuk ke kelas. Ya! Tuhan, permudahkan perjalanan anakku itu. Rasa sedih yang amat. Rasa pilu melihat wajah comelnya itu. 
 
p/s : Balik je dari sekolah..Qayyum terus mintak susu botol dan bantal busuk dia. Rindu katanya...hehehehe...