26 July 2011

Outdoor Moon & Yuz

Lagi marathon gambar kahwin adikku..
Zaman saya dulu mana ada outdoor2 wedding nie...paling koman pon pi amik gambar kat studio..yang gambarnyer sangat skema...hahahaha...
 
Tu yang jeles bila nengok gambar pengantin zaman sekarang nie..cantek!
 
 
 
Best kan ??

25 July 2011

Majlis Bersanding Moon & Yuz

Tak habis lagi entri tentang adikku kahwin ye.....
 
Kali ini gambar-gambar masa persandingan di siang harinya. Layan jek gambar2 ye..

Sweets Pengapit
 
 Acara baling gula2 + duit syiling. Yang nipun tradisi turun temurun keluarga kami.
 
 Gambar famili ni jelah yang ada..
 Lagi gambar keluarga yang tak lengkap..
 Bersama-sama makcik-makcikku yang Diva's
 Penyambut tetamu....
 Mak & Abah tercinta...
 3 hero + photogragher..
 
 
Sila abaikan selipar itu ye...tak menyempat2 nak sarung kasut tumit tinggi..^_^

21 July 2011

Malam Berinai Moon & Yuz

Salam semua....bersambung semula marathon Edisi Perkahwinan Adik Bongsu Alin Marlini....
Meh saya citer skit latar belakang Malam Berinai. Malam Berinai ni..satu majlis keramaian yang diadakan oleh keluarga yang berpegang kuat kepada adat istiadat perkahwinan dan budaya Melayu atau Jawa. Setiap majlis berlangsung sedikit berbeza mengikut adat kebudayaan negeri dan negara masing-masing. Majlis seronok-seronok antara saudara mara dan jiran tetangga.Malam Berinai secara umumnya terbahagi kepada dua iaitu Berinai Kecil dan Berinai Besar. Tapi selalunya keluarga saya cuma buat Majlis Berinai Besar terus.. yang melibatkan persandingan kedua pasangan pengantin yang telahpun selamat dinikahkan. Selalunya malam minggu. Majlis ini juga hanya diraikan oleh rakan rapat serta saudara mara kedua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan. Ia hanya diadakan di rumah pengantin perempuan.  Tapi keluarga saya juga turut mengadakan kat rumah lelaki jugak sebab disponsor.Ngeh!Tujuan Majlis Berinai Besar ini diadakan selain untuk meraikan kehadiran keluarga pengantin lelaki ia juga lebih kepada ingin berkenalan sesama ahli keluarga. Memandangkan ia tidak dapat dilakukan dengan sempurna pada hari persandingan kerana terdapat tetamu yang ramai sehingga menyukarkan untuk memberikan layanan yang lebih istimewa.
 
Jom layan gambar dulu ye...
 
Pelamin + Make up + Baju..ditaja oleh Moksu tercinta kami Sri Andaman Collections. Jika berminat sila contact-contact saya atau boleh usher line DISINI
 
 
Restu dari Abah tercinta..Kami sayang Abah kami...
Restu Mak pulak...Sayang Emak...
Restu dari Kakak2 n abang ipar jugak...
 Qayyum jugak seronok dapat Poksu baru...Welcome to our Big Family...
Malam Berinai ni memang acara wajib keluarga kami. Selalu timelah kami menggasak segala macam jenis baju yang Moksu ada...larat dengan tak larat jek tak pakai..opss!!pengantin jek ek..
 
Adik Bongsu saya bertukar-tukar baju nak pakai..sampai ada baju yang terlupa nak pakai...hehehehe...
Interpreme jap ek..
 Bersama-sama Makcik2 saya yang Divas....
Lagik....saya...^_^
 
Saya akui jika tiada Majlis Berinai ni memang sangat tidak seronok. Majlis Berinai sebenarnya simbolik masyarakat Melayu. Sifat-sifat yang dapat kita lihat  dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturrahim sesama sedara mara dan jiran sekampung. Nasib baik keluarga saya masih mengamalkan tradisi turun temurun tu..generasi muda dapatlah merasainya.
 
Okaylah...sekian saja..nanti sambung balik marathon Majlis perkahwinan Adik Bongsu Alin Marlini.