10 March 2014

Becuti di Ho Chi Min 2014 (Part 5)

Maaflah jika entri travel aku kali ini agak caca merba. Biasalah akak yang selalu terkesan ni kan....
Trip Cu Chi Tunnel
Petang hari kedua tu, dalam keadaan yang macam nak gi ke tak gi (asyik dop fikir 10 kali). Akhirnya kami meneruskan impian sahabat kami, Ad...untuk melawat tapak peninggalan peperangan Vietnam, Cu Chi Tunnel. Sebenarnya hati berbalam-balam masa nak pergi tu sebab niat dihati nak sambung shopping....perempuan kan!!!
Kami ambil je pakej lawatan dari Hotel Kingston sebab kesuntukkan masa. Pakej lawatan ke Cu Chi Tunnel melalui Hotel Kingston dikenakan sebanyak 15USD (RM50) seorang termasuk pengangkutan dan tiket masuk ke Cu Chi Tunnel. Terlebih dahulu, kami menaiki 2 teksi Vinasun dan di hantar di satu tempat yang tidak diketahui. Lalu disuruh menaiki sebuah bas bersama-sama pelancong-pelancong asing yang lain. Perjalanan ke Cu Chi Tunnel mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Kami sampai ke Cu CHi Tunnel hampir jam 4.30 petang. Dan kelihatan masih ramai group yang baru sampai. 
Kami disambut oleh 'tour guide' tempatan di sana yang telah lama menunggu kami bersama pelancong-pelancong asing yang lain. Disebabkan petugas tersebut tidak mencukupi wang, kami terpaksa mendahulukan wang kami dahulu untuk membeli tiket lawatan. Dan katanya, ejen hotel akan mengembalikan wang kami semula di hotel nanti. Tiket masuk ke Cu Chi Tunnel berjumlah 70,000 VND (RM11.50) seorang.
Kami diberi taklimat ringkas dan mula dibawa lawatan di sekitar Cu Chi Tunnel. Kumpulan kami terdiri daripada pelbagai pelancong negara lain termasuk Malaysia. Tapi cam biasalah...orang Malaysia kalau berada di over the sea memang tak kenal orang Malaysia.
Sebelum masuk ke kawasan bekas tubu pertahanan tersebut, kita akan melalui terowong tiket.
"Meeting Port" semuanya berkonsepkan bawah tanah. Gila gagah orang-orang Vietnam ni mengorek tanah tanpa jentera.
'Tour Guide' sedang memberi taklimat tentang asal usul Cu Chi Tunnel. Sungguh! Memang mengantok masa ni sebab dah petang kan...tapi kalu shopping langsung tak mengantok pun. Ngeeee....
Orang Vietnam ni memang kerlasssss betul  bab buat jerangkap samar. Bukan takat karpet terbang....lubang rahsia pun adoooo. Siap ada lubang aircond lagikk...kerlasss kan....Orang Vietnam juga mempunyai kepakaran dalam membuay bom sendiri. Sebab bom doranglah maka ramai askar Amerika matikk....
Musuh-musuh yang terkena jerangkap samar dorang ni mesti kalau hidup merana seumur hidup kot....dasyat...dasyat sungguh perangkap dorang nie....
Selain perangkap samar, kereta kebal bekas peninggalan Gerila Vietkong semasa perang pun masih tersimpan rapi lagi. Patung Gerila Vietkong turut diletakkan di Cu Chi Tunnel. Dapatlah kita tengok camnerlah rupa askar Vietnam kan....
Lagi lubang rahsia untuk persembunyian Gerila Vietkong. Patutlah orang-orang Vietnam ni kecik je saiz badan mereka. Lubang rahsia ni dibuat cukup-cukup muat untuk badan kecil molek jek. Jadi, askar-askar Amerika yang memang cukup besar badannya..takde can lah nak masuk...huhuhuhu...
Eddy mencuba nasib masuk dalam lubang rahsia tu....memang ngam-ngam badan dia. Maknanya, orang Vietnam lagi kecik kot...huhuhuhu...Fuhhhh!!! memang berpeluh kot kegelapan dalam lubang persembunyian ni. Kalau takde kaum Adam, aku macam nak cuba je masuk....sat gi terselak bagai...haru biru jap pulak......hehehehe....
Charlie Angles from Vietnam :)
Kemudian kami dibawa melawat ke tempat tembak menembak. Kalau teringin nak try guna senapang...bolehlah cuba. Tapi peluru kena bayar sendiri...hehehehe...
Kami ingatkan tempat menembak ini adalah tempat persinggahan terakhir kami...rupa-rupanya ada 2 lagi tempat persinggahan kami....fuhhhhhhh!!!! *pengsan*
Terowong Cu Chi  adalah sebuah sistem terowong di Kabupaten Cuchi, SaigonVietnam. Sistem ini terletak 40 km utara dari pusat bandar. Ia telah dibangunkan ketika era Perang Vietnam, oleh pasukan Komunis Vietnam. Ketika peperangan berlangsung, ramai askar serta pemimpin komunis telah menetap dalam sistem terowong ini sebagai salah satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan tidak dapat menghancurkan sistem ini. Hari ini, sistem terowong ini dijadikan aset pelancongan yang popular di Vietnam.
Gigih bos kami menunggu giliran nak masuk terowong Chu Chi....sambil berkipas-kipas (nasib baik aku bawak kipas)...ngeh...ngeh...
Sesiapa yang dah sampai ke Cu Chi Tunnel kalau kalau try masuk terowong sempit ni memang rugi. Itu perasaan akulah. Walhal, seawalnya bermati-matian aku takmau pi Cu Chi Tunnel ni...kat negara sendiri pun mana nak rasa jadi pendekar kan...jadi penyangak bolehlah. Tet!!! Alang-alang dah sampai sini dan tak tau bila lagi boleh sampai lagi kan....Bila ada geng masuk...aku pun sibuk follow...kami adalah 2 orang yang terakhir masuk...
Yezzzaaaa...akhirnya dengan jaya aku meyelusuri terowong bawah tanah di Vietnam. Jangan risau...ada lampu tapi agak malap. Korang akan berjalan macam jalan itik...stamina kena kuat beb. Tak dapat aku bayangkan kehidupan gerila Vietkong ni dalam terowong gelap ni. Sampai boleh beranak pinak kan....Aku yang masuk tak sampai 30 minit pun dah tercungap-cungap. Patutlah tak jadi askar atau polis. Ngeh!Ngeh!
Tunggu punya tunggu, aku dengan Saiy tak keluar-keluar dari laluan pertama. Rupa-rupanya kami keluar laluan yang agak jauh sikit dari kawan-kawan kami yang lain. Kami keluar di laluan kedua. Keluar-keluar je tengok kawan-kawan dah standby tunggu. Sayang jugak korang kat kitaorang..kekekeke...
Tempat terakhir persinggahan kami adalah tempat tengok video zaman perang gerila Vietkong. Sepatutnya sebelum tu ada sessi makan ubi rebus Vietnam. Tapi mungkin kedatangan kami dah petang sangat, so dorang tak sediakan pun ubi rebus. Takpelah...tak ralat pun...kat Malaysia pun ada ubi rebus :)
Hampir jam 7.15 malam kami bertolak dari Cu Chi Tunnel. Pengalaman yang cukup berharga pada aku. Memanglah sebelum tu asyik kata, lebih baik pi shopping dari bazir duit pi Cu Chi Tunnel ni tapi.......serius aku katakan, jika korang ke Ho Chi Minh...silalah melawat tempat bersejarah dorang. Tak rugi. Belum tentu di negara sendiri merasa.
Cuma kami tak sempat nak ke Sungai Mekong kerana perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa selama satu hari. Kami cuma berada di Vietnam 3 hari je...mungkin lain kali jika ada rezeki.

No comments:

Post a Comment