7 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 2)

Hari Pertama, 28 Feb 2014
Ben Thanh Market
Aku kagum dengan penduduk Vietnam. Mereka begitu menjaga keterampilan semasa menunggang motorsikal. Semua bertutup. Tutup mulut dengan topeng mulut dan yang perempuan pulak kalau pakai skirt siap ada kain penutup di bahagian kaki lagi. Takut hitam kot. Tapi dari pandangan aku...orang Vietnam ni takde yang cun dan hensem sangat-sangat.
Sebelum berangkat ke Ho Chi Minh, aku ada buat beberapa research ngan blogger-blogger yang pernah ke Ho Chi Minh. Sebenarnya, macam-macam tempat menarik yang kita boleh pi especially tempat-tempat shopping yang di suggestkan....Tapi bila sampai sana...terpinga-pinga mana satu nak dituju. Maklumlah....masing-masing belum pernah ke sana. Aku memang dah siap print map lokasi yang wajib terjah tapi akhirnya kami main redah jek.
First sekali, kami dengan tidak sabar-sabar nak terjah Ben Thanh Market yang terletak 5 minit je dari hotel kami (Hotel Kingston).
Nampak bangunan di tengah-tengah tu? Itulah Ben Thanh Market...Taksub wayar eletrik di Ho Chi Minh, bersimpul-simpul...macamanalah agaknya technician dorang settlekan....Kat Malaysia mana ada kot....
Seram nengok wayar berbelit tu ...
Nak melintas jalan pun memang mencabar minda. Orang Vietnam ni jenis main langgar lampu merah jek. Pepandailah kita nak lintas jalan dalam keadaan yang kelam kelibut tu. Lagi satu...dorang ni suka main hon macam kat Indonesia plak. Kalau kat Malaysia, memang kena baling batulah korang.
Tips nak melintas jalan di Ho Chi Minh City, korang jangan takut-takut nak melintas. Jalan je terus. Tak payah nak toleh-toleh kat dorang tu...lintas dengan cecepat. Dorang automatik akan memperlahankan kenderaan dorang. Paling dasyat pun korang kena hon jek. InsyaAllah...selamat.
Aku tengah menghafal matawang USD & Dong. Money!Money! bakal melayang.....
Sebelum shopping, banding-bandingkan antara duit Malaysia, duit Vietnam dan duit USD. Aku cuma tukar duit USD je. Masa aku tukar, nilai USD1 = RM3.29. Selebihnya duit Aku tak tukar duit Dong sebab last day nak pergi tu..aku pi merata money changer sekitar Bukit Bintang...semua duit VND habis. Agaknya ramai orang nak pi Vietnam masa tu....
Tukaran matawang Dong ke Ringgit pada tahun 2014. Masa ni 1 juta Dong bersamaan RM164.00
List pertukaran wang ini aku buat sendiri berpandukan matawang terkini (Mac 2014).Jenuh jugak nak membanding jenis matawang USD dan Dong ni. Tapi jangan risau....dorang terima matawang Ringgit Malaysia.
Kami masuk dari pintu mana satu pun tak pasti. Rupanya ada banyak pintu masuk ke Ben Thanh Market ni.
'Abang Long' sorang tu diwajibkan follow kemana kami nak pergi sepanjang berada di Vietnam. Ngeh!Ngeh! Bos dah bagi tugas itu padanya setiap kali kami melancong. Sebab badan dia macam bonzer kan....kot-kotlah ada orang kacau kami...'Abang Long' boleh tolong...hehehehe....
Pemandangan dalam Ben Thanh Market. Memang besar tempatnya. Ada macam-macam dijual. Kain Cotton, Sutera Vietnam, Baju Kot, Kain bersulam, kasut, cadar, souvinier dan macam-macam lagilah.Hari pertama, aku cuma survey-survey dulu....member-member yang lain ada gak yang dah start pulun shopping.
Tapi aku tak boleh tahan bila lalu satu kedai ni ternampak prada lace warna Emerald Green. Tanpa berfikir panjang aku dah jumpa apa yang aku cari. Terus sambar ngan amoi Vietnam ni.
Aku dapat semeter prada lace ni USD15 (RM50). Aku tak taulah murah sangat ke...mahal ke..sebab setahu aku kat KL...harga prada lace mencecah ratusan ringgit....Mula-mula aku beli untuk diri sendiri je...bila balik hotel saje whatsapp tayang ngan adik beradik. Semua pakat nak jugak....melayang RM200 lagi.....
Pengalaman pertama berjual beli dengan orang Vietnam. Kelakar beb. Bahasa Inggeris akupun so-so jek. Sekali cakap english + melayu. Wakakakakakaka!! Tapi jangan risau...orang Vietnam ni boleh cakap Melayu dan Inggeris dalam keadaan yang tak berapa fasih sangat...Korang bedal je...kalau tak faham juga nanti dorang tunjuk kalkulator...hehehehehe...
Nasiblah orang lelaki kan...kalau follow orang perempuan shopping...tapi kedai amoi Vietnam ni ada sediakan buah-buahan. Sambil shopping boleh makan free lagi....lagipun dorang ni kena tunggu kami sebab bos dah pesan, jalan sama-sama....
Amoi ni ada banyak kedai. Sebelah kedai dia, kedai kain untuk buat blazer, kot, baju melayu, blaus, kemeja...dia punya gak. Murahlah berbanding di Malaysia. Siap 24 jam jek. Siap hantar dan fitting kat hotel lagi.  Kebetulan kami jumpa sorang brother dari Malaysia yang tengah tempah blazer. Dialah yang rekomenkan pada kami kedai tu. Aku tak tempah apa pun, kalau laki aku ikut boleh gak suruh dia tempah seluar kerja. Aku teman pak lelaki-lelaki ni plak tempah baju dorang.
Satu keistismewaan peniaga di Ho Chi Minh ni, dorang akan sediakan kerusi untuk pembeli duduk. Memang bagus strategi dorang, takdelah penat kami berdirikan. Kalau dapat kerusi tu lagi luaslah kuasa nak membelikan...hehehehe...
adegan tawar-menawar....untung besar amoi Vietnam....
Harus semuanya cantik belaka prada lace ni...yang paling kelakar..ada ke abang Suhairi kata aku beli prada lace ni nak buat lapik meja....Kah!Kah!....lawakkk derrr!!!
Aku ni kalau dah berkenan kat kain tu, terus kasi potong jek. Takdelah nak belek sana belek sini. Itu salah satu tips aku bershopping. Kita pergikan satu kumpulan. Masa sangat terhad. Kesian plak yang lain kena tunggu lama nanti. Sambil member-member yang lain memborong di kedai amoi tadi, aku ke kedai bersebelahan pulak. OMG! ternampak kain lace pulak :) Terus tanya berapa harga? Aku tanya dalam USD sebab tu je wang yang aku ada..mula-mula amoi ni kata semeter USD10 (RM33)...mak aiiii....mahalnyer...kat Bandung dulu murah je....Disebabkan ada warna Emerald Green, aku tabahkan hati untuk dimaki. Selamber je aku mintak tawar USD5 (RM16).
Sesi ngorat awek aka adik tokei kedai. Saje mengusik si Khairul yang masih bujang trang tang tang! Minah Vietnam ni pun dah macam syok ngan Khairul...hehehehe...Menurut minah Vietnam ni kalau nak kahwin dengan wanita Vietnam setakat 2-3 juta VND tak mainlah...mak dia pun tak setuju. Agak-agaknya berapalah kos nak meminang awek Vietnam kan?
Kan sini kena pandai tawae menawar. Sedap je minah ni tak layan aku. "No!No!" kata amoi tu. "It's ok!".aku nak blah nih.....maka terjadilah adegan tawar menawar yang havoc. Dah uturn balik pun dia still tak bagi harga yang aku nak tu. Ok beb! Gua chow! Kekekekekeke...taktik yang sangat berkesan. Amoi tu panggil balik...dan dapat harga yang aku nak. Kalau korang nak tau...memang dorang akan bagi harga yang kita mintak tapi.....sambil potong kain sambil membebel-bebel dalam bahasa doranglah. Ingat aku tak faham (memang tak faham pun) tapi aku taulah dia membebel sebab aku mintak turun harga. Kekekekekeke....ada aku kisah...janji aku dapat kain dengan harga yang aku nak. Lepas aku beli...Aisyah dan Saiy pun terjebak. Hah! kan aku dah kata...aku ni bawak rezeki kat ko lah amoi....barulah si amoi tu senyum-senyum. Masyukkkk!!!
Giler beb! Dekat 3-4 kali kami singgah kedai amoi kain lace ni sepanjang 3 hari kat Ho Chi Minh. Member aku Saiy dan Aisyah beli kain lace paling banyak kot. Aku beli 3 pasang kain lace je. Simpan untuk masa hadapan :)
Singgah pulak kedai kain jubah. Berhadapan depan kedai tempah blazer tu je. Tak banyak kedai yang kami terjah. Apa yang nampak tu je kami redah. Tips shopping aku, kalau dah jumpa yang berkenan di hati sambar je. Tak perlu fikir panjang-panjang. Tempah jubah + kain cuma RM130 sepasang. Kalau kurung moden + kain cuma RM100. Murahkan? Tapi aku tak tempah pun sebab aku tak berapa gemar pakai jubah. Pakaipun bulan puasa je. Aku cuma beli kain chiffon yang bermanik-manik. Baju + lining cuma RM45.
Amoi nilah tokei kain chiffon labuci. Dorang ni kekadang nampak je muka ketat tapi ok je. Takdepun adegan tarik menarik. Aku yang tarik tangan dorang mintak diskaun adalaaaa.....hehehehe...Aku ni jenis havoc jugak kalau mintak diskau. Seboleh-bolehnya nak yang paling murah.
ooooo....inilah mercu tanda petunjuk nak ke Ben Thanh Market. Patutlah tak jumpa sebab kami ikut pintu belakang. Pasar Ben Thanh ni ada 4 pintu utama. Pintu Utara, Pintu Timur, Pintu Selatan & Pintu Barat.
Kalau sesat boleh tengok map Ben Thanh Market ni.
Lebih kurang jam 4.30 petang, kami terpaksa pulang ke hotel untuk menyambut ketibaan bos :) Bos kami ada kes di Mahkamah pagi tu...thats why dia naik flight petang. Sambil tunggu kami berehat dan solat dulu. Lepas bos sampai, kami pi balik Ben Thanh Market. Tengah-tengah jalan tu...kami disapa dengan sorang pakcik ni. Pandai cakap melayu. Rupanya pakcik ni melayu champa. Pakcik Haji Halim namanya. Dan paling menarik, rupa-rupanya Pakcik Halim nilah tokei kedai makan Halal Champa Muslim yang telah direkomenkan oleh KC Ella. Malangnya menurut Pakcik Halim, kedai makan tersebut telah ditutup akibat kos sewa yang terlalu mahal.
Pakcik Halim juga menawarkan pakej untuk ke Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel. Tu yang kami bincang kemain lama depan kedai kain dan baju kurung kepunyaan dia dan anaknya Kak Linda.
Bangunan-bangunan di Ho Chi Minh City semuanya berbentuk panjang dan kecil. Menurut Pakcik Halim lagi, sewa untuk satu lot kedai di Ho Chi Minh mencecah RM10,000 sebulan. Mahal kot? Patutlah beliau terpaksa menutup kedai makannya. Mungkin tak balik modal. Yelaaa...harapkan pelancong islam terutamanya orang Malaysia je makan kat kedai Halal dorang. Orang Vietnam mana masuk kedai-kedai Halal ni.
bersambung ...

No comments:

Post a Comment