8 March 2014

Bercuti di Ho Chi Minh 2014 (Part 3)

Inilah untungnya jika mendapat rakan-rakan sepejabat yang satu kepala. Kaki gelak, kaki gurau, kaki jalan, kaki shopping...hehehehehe...Dan paling best bila dapat bos yang sporting morting. Jenis tak kisah follow je kaum Hawa ni yang sakan shopping.
Saigon Square
Habis tawaf Ben Thanh Market, kami nak cari Taka Plaza dan Saigon Square. Dah siap print map, tapi tak reti jugak. Sudahnya, kami tanya peniaga-peniaga tepi jalanan. Dah jauh jalan tak nampak gak Taka Plaza. Yang dah nampak Saigon Square. Sudahnya jugak, kami abaikan pencarian kami untuk ke Taka Plaza dan kami terus ke Saigon Square.
Inilah Saigon Square. Disini hanya matawang Dong dan USD sahaja digunakan untuk urusan jual beli. Ringgit Malaysia bolayan ye. Kebanyakkan barangan di Saigon Square ni ialah baju wanita, baju lelaki, beg gred AAA dan macam-macam lagilah. Sediakan dong atau USD saje.
Ben Thanh Nightmarket/Pasar Malam Ben Thanh
Habis tawaf Saigon Square, kami selusuri pulak Ben Thanh Nightmarket. Dibuka dari jam 7.00 malam - 12.00 tengah malam. Lokasi Ben Thanh Nightmarket terletak di kiri kanan jalan Benh Thanh Market. Jangan terkejut bila korang jumpa lagi peniaga yang kat dalam Ben Thanh Market. Aku pun tak perasan sebenarnya sampai sorang amoi ni dok sapa aku.
"Uittt...uitt....." camtulah dia sapa aku. Rupa-rupanya dia cam aku lagi. Masakan tidak...dah berdolar-dolar duit kengkawan aku labur kat kedai dia siang tadi.
Muka-muka yang tak pernah capek :)
Lihat! Betapa sportingnya bos kami. Dengan tak tukar baju baru balik dari court pagi tadi...terus follow kami....sampai orang ingat, bos kami pi attend client kat Vietnam (*__*)
Sepanjang 3 hari di Ho Chi Minh, dapatlah 2 kali kami ke Ben Thanh Nighmarket. Malam pertama saja jalan-jalan dulu. Malam kedua baru beli-beli apa yang patut. Untungnya pergi ngan orang lelaki....boleh bantu kami kaum Hawa ni. Asal barang berat je...suruh dia bawakkan. hehehehe...
Dan aku takdelah shopping sangat kat Ben Thanh Nightmarket ni sebab dah menghabis duit kat area 'Malaysia Street'. Cuma aku teruja sangat nak cari kedai seluar jeans Lyna seperti yang disyorkan oleh Bro Mazidul Akmal. Katanya seluar jeans berjenama di kedai Lyna sangat berkualiti dan murah.
Disebabkan memasing sudah kepenatan lalu tiada gambar pun bersama Lyna, tokei kedai Jeans di Ben Thanh Nightmarket. Aku sempat sambar 2 helai seluar jeans Levi's buat suami tercinta. Dah tu menyesal tak sudah sebab tak beli untuk diri sendiri. Jeans yang aku beli pun adalah pada tahun 2011 di Toko 3, Bandung. Memang murah sangat jeans di kedai Lyna ni, suami pun puas hati. Harga jeans adalah mengikut kualiti kain jeans itu sendiri. Ada yang berharga RM45, RM65 dan sebagainya mengikut kualiti. Ada diskaun lagi...Jangan risau...kedai Lyna gunakan matawang Ringgit Malaysia, USD & Dong jugak....
Anda inginkan diskaun dari Lyna? Nanti aku bagitau caranya.....

No comments:

Post a Comment