12 January 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN - SHINJUKU, HARAJUKU & SHIBUYA (Part 2)


Assalamualaikum ... Ohaiyo Gozaimasu (Selamat Pagi) ...
Hai! Apa khabar bloggerian? Maafkan Akak Kembang sebab tunggu lama travelogue seterusnya Akak Kembang ni. Bukan mudah ye untuk mengingati kisah-kisah manis di sana ye ... lebih-lebih lagi bab naik turun train. Puas nak recall semua tu .... hehehehe ....
Jom sambung. Sebelum tu layan video sisturrr dulu ye.


Like, Share & Subcribe
Shinjuku Prince Hotel

Dalam pukul 1 lebih, kami sampai ke Shinjuku Prince Hotel a.k.a Prince Hotel Shinjuku untuk check in. Kami booking melalui agoda.com (semua bos yang bookingkan ... hehehehe). Sebelum rekomen hotel ni, ada banyak hotel yang kami dah riki-riki. Ingat nak duduk homestay je. Nak rasa macamana cara orang Jepun hidupkan tapi homestay agak jauh sikit dan bos pulak berat hati. Kunun-kunun lagi pilih hotel ni sebab bawah dan atas ada laluan train. Rupanya...train tu tak di cover oleh JR Pass. Dah tu, hotel ni kan halal maka sebab itu agaknya akhirnya kami booking tapi takde free breakfast pong .... huhuhuhu ... terlepas pandang mungkin.   
Tambahan >> Kalau korang sampai awal di Jepun, korang boleh simpan beg bagasi korang di hotel terlebih dahulu. Tak perlu risau nak usung beg besar nanti kehulu kehilir kan ... (hotel lain tak sure tapi Prince Hotel Shinjuku boleh :))
Hahahaha ... masa check in nipun bos yang uruskan ... habislah kena potong bonus nanti. Sorry bos ... boskan terror  :mrgreen: 

Bilik aku ngan Kak Wanie. Ada 5 bilik semuanya. Semua bersebelahan kecuali Ad ngan Keroll tingkat lain sebab bilik smoking.

Agaknya hotel-hotel di Jepun ni memang agak kecil dan sempit. Orang Jepun kan kecil molek ... tu yang dorang buat kecik-kecik. Untuk aku berdua kira memadai je. 

Bos aku request sejadah masa booking ritu ... sekali dengan al quran hotel ni bagi. Alhamdulillah ... (macamlah sempat bacakan ... hehehehe) 

Meja bersolek merangkap dapur kami. Lepas je ambil gambar bilik ni, meja nipun penuh dengan makanan yang kami bawak ...  

Toileteries yang menarik .....


Cermin panjang depan pintu masuk. Takde almari baju. Cuma hotel sediakan tempat gantung baju jer ... sampai je jopun ... habis naik jerawat mukak Akak Kembang ... huhuhu 

Masuk toilet ... kagum dengan toilet di Jepun yang semua automatik.  Canggih manggih. Kalau lepas shi shi tu nak jirus kat tengah ke belakang ke pun boleh. Boleh adjust sejuk ke panas ke. Musim sejuk-sejuk ni automatik bowl toilet tu warm jek. Canggih beb. Yang lagi best siap ada bunyi kalau korang tengah berak keras...ahahahaha. Tapi tu kat toilet di lobi hotel lah. Korang boleh bayangkan? Kalau takut orang dengar korang tengah meneran tekan jer button bunyi tu .... .hahahaha ...

Paling syok bathtab lah weiiii. Korang nak mandi buih pun kemain banyak sabun ngan shampoo pihak hotel sediakan. Tak lupa hydryer pun disediakn.

Boleh booking melalui agoda.com atau terus ke website Shinjuku Prince Hotel
Tambahan : Harap maklum, pihak hotel menyediakan kettle (tarmos), teh jepun, gula tapi air panas kena ambil sendiri atau suruhlah housekeeping ambilkan. Mesin air panas terletak di luar (dekat dengan pintu lif). Kalau nak charge telefon ke kamera ke ada 3 jek suis termasuk dalam toilet. Jika nak iron baju, request (call) je kat bahagian housekeeping. Nanti dorang hantar dan ambil semula. 
Sekitar Shinjuku Prince Hotel jugak terdapat macam-macam kedai. Tangga naik tu boleh naik train (tak cover JR Pass)
Lebih kurang jam 2.30 petang, kami keluar semula. Mengikut itenarary yang telah disediakan oleh Nisa, kami akan ke Harujuku terlebih dahulu.
Harujuku
Untuk ke Harujuku, kami kena pergi semula ke Shinjuku JR Station. Lebih kurang dalam 5 minit perjalanan dari Shinjuku Prince Hotel.
Harujuku terkenal sebagai pusat peragaan fesyen remaja extreme di Jepun. Sekarang kat KLCC pun dah ala-ala Harujuku jugak :) Selain itu, terkenal dengan pusat membeli belah dan butik-butik pakaian yang unik. 
Sementara menunggu train sampai, aku peratikan je orang Jepun ni. Orang Jepun sangat berdisplin. Sebelum train sampai, semua beratur kemas jek. Aku pun turut sama beratur macam dorang. Baru feel orang Jepun kannn ....

 Naik train di Jepun bila waktu kemuncak kena bersedia untuk berdiri. Aku perhatikan dah kurang orang Jepun yang terkenal ulat buku ni baca buku waktu dalam train. Semuanya sibuk dengan smartphone sekarang ni. 
4 minit je dah sampai ke Harujuku Station. Bunyi macam dekat je kan ... Lepas keluar dari Harujuku Station, dah nampak pintu gerbang Takeshita Street. Tapi kena lintas jalan dulu tau. Apa yang aku lihat orang Jepun ni sangat berdisplin. Bayangkan, lampu masih merah dan jalan lengang...dorang setia berdiri kaku menunggu lampu hijau. Baguskan? Kalau di negaraku, berduyun-duyun orang dah lintas ni ...


  Selamat datang ke Takeshita Street, Harujuku :)
Masuk je pintu gerbang Takeshita Street, lihat lautan manusia. Hari bekerja pun still berduyun-duyun orang ke situ Maybe nak cari baju untuk perayaan Hari Natal barangkali ...
Bos aku tadah muka je dengan staff yang giler possing ni...hahahahahaha ... alaaa ... bos pun suka ken ... ken ... hahaha ... ampun bos ...
Kami berpecah jalan. Tak lama tu bos whatsapp dia balik dulu...mentang-mentang 3.30 petang hari dah gelap ... nak dating ler tu ... heheheheh ... ok bos ... jangan risau ... kami pandai jaga diri ...

Sebelum masuk Daiso Harujuku ...
Sukanya hati Akak Kembang dapat jugak singgah Daiso Harujuku ni. Daiso Harujuku di antara yang terbesar. Memang dari negaraku dah set minda, tak dapat shopping baju ... shopping di Daiso pun jadilahkan ... macam-macam Akak Kembang nak borong kat Daiso Jepun ni. Siap nak beli bakul bagai ... wakakakakaka ... yelah kalau kat Malaysia kan RM5.30 (termasuk GST) kat Jepun ni baru 108 yen (RM3.80 jew) ...
Masuk je Akak Kembang jadi tak tentu arah. Semua nak kaut rasaya ... 

                                                                   Selepas masuk Daiso ...
Hahahahahaha ... awat kecik je beg plastik Akak Kembang ni kan ... Putus selera nak shopping sebab ramai orang kot ... Dapatlah aku beli eyeliner ngan celak mata 2-3 ketul. 

Puas jugak jalan sambil usha-usha budak-budak muda mudi yang berpakaian seperti coseplay yang menyerupai anime, ahli muzik, ahli sihir dan macam-macam lagilah...Yang jumpa akak comel ni je tengah promote karoeke ke apa ke ntah ... hehehehe. Dia pun sporting bila kami sibuk nak bergambar ngan dia. Bajet hot ler tukan ... hahahahaha ... Arigatou Gomaisu ...


Di kedai-kedai yang bebas cukai, jika anda berbelanja 10,000 yen keatas, anda tidak perlu membayar cukai dorang sebanyak 8 %. Persoalannya, sanggupkah korang belanja RM388.80 untuk kedai seperti di atas ni. Kedai ni ala-ala macam Guardian & Watson gitew ... hehehehehe ... mestilah tak kan?
Apa yang aku peratikan, di Jepun ni banyak jual produk-produk kecantikan. Ada yang murah ada yang mahal. Setakat losyen badan ni baik beli di Malaysia je ... buat berat beg je nanti ... hehehehe ...

Akhirnya aku cuma beli Kit Kat Green Tea dan lip balm je di kedai ni ... mahal woooooo ... cuma Kit Kat Green Tea agak murah. 1 peket cuma 248 yen (RM8.00). Pastu nyesal sebab 3 peket jer ...

Kebanyak kedai disini menjual pakaian-pakaian yang aneh mahupun yang trendy di Jepun. Kalau korang nak jadi hip hop, berlambak baju. Nak jadi serigala pun boleh ... hahahaha ... Sweater kat sini memang cantik dan stylo mylo. Tapi harganya mahal sekali dalam 2000 yen  dan ke atas. 

Benda yang wajib cuba di Harujuku katanya. Harujuku Crepes! Tapi disebabkan Akak Kembang kenyang masa ni, tengok jelah Nisa beli sambil rasa sikit...Harga Creepes dari 500 yen (RM18.00) dan ke atas.

Dah datang Harujuku, wajib try creeps kat sini. Sedap weiiiii! Rugi tak beli ... huhuhu ... Kalau korang datang Jepun, silalah rasa Creepes Jepun walaupun korang tengah diet ke ... tengah kenyang ke ... takut berak ke ... hahahahaha ... Jangan  jadi  cam akak kembang nyesal tak sudah ... tu jer pesan Akak Kembang :)

Dah berjalan sepanjang Takeshita Street ni dari pintu masuk sampai pintu keluar. Perut pun lapaq weiiiii ... sedap-sedap pulak aku tengok makanan dalam cermin ni ... Orang Jepun kreatif sangat. Nampak real kot makanan hiasan ni. Tapi tak Halal ek ... kena cari kedai makan lain ... susah nak jumpa kedai makan halal area Shinjuku ni (ada je kedai Turkish tapi siang tadi dah makan nak cuba lain pulak atau makan maggi je kat hotel)
Dalam itenarary sepatutnya, selain Harujuku kami akan ke Meiji Shrine, Omotesando Hills dan Oriental Bazaar. Tapi dek kerana masa dah time terpaksa skip. Tak puas weiii jalan sini takat sejam dua.
Cadangan Akak Kembang, jika ke Tokyo...sila singgah Harujuku. Tempat wajib kot. Tapi kalau nak shopping souvinier memang mahal di Harujuku ni. Dapat makan Creepes sedap pun jadilah kan. Kalau nak singgah banyak lagi tempat-tempat menarik sekitar Harujuku, sila datang awal (siang). 
Cara Naik Train ke Harujuku Station : Dari Shinjuku JR Station ambil JR Yamanote Line (Inner loop) (Line Hijau) untuk OSAKI ke Harujuku Station [4 minit]
Shibuya
Shibuya Crossing Road terkenal sebagai kawasan membeli belah, hiburan dan laluan pejalan kaki tersibuk di dunia. Memang besar pun crossing road tu. Tak terjangka dek akal pun. Bercabang-cabang. Aku melihat dari mata kasarku, dimana-mana sahaja bandar di Jepun ini (macam banyak sangat padahal baru 3 tempat je aku pergi kan) sentiasa sesak dan padat dengan manusia.
Jika ke Tokyo, Shibuya juga salah satu tempat wajib untuk singgah. Aku dah pasang angan-angan nak possing sambil pura-pura melintas di Shibuya Crossing Road tu ... macam selalu orang buat tu .. ngeeee ... Pastu sambil minum kopi starbucks, boleh lihat ribuan manusia melintas sambil melopong ... hahahaha ... verangan jer lebih.
 Masih pening dengan sistem pengangkutan train di Jepun. 

Aku yang bajet macam makcik kembang baru masuk bandar tercangang melihat ribuan manusia sampai tak nampak mana satu Shibuya Crossing Road ni ... rupanya depan mata je ... hahahahaha ... sebab semua tempat penuh dengan ribuan manusia. Peliknya, masa aku jenjalan sekitar Shibuya dan Center Gai, tak nampak pun orang senagaraku lagi tapi bila tengok gambar atas ni, ada jugak terselit rupanya ... hahahahaha ...

Disebabkan belum biasa dengan kesibukan maksimum di Shibuya, kami jalan-jalan dulu sekitar Center Gai. Center Gai terkenal sebagai tempat membeli belah dan pusat hiburan. Yang buat aku pelik lagi, apalah dorang ni buat memalam kat sini. Tak penat ke kalau balik kerja terus jalan sini? Rupanya, orang Jepun lebih kurang orang Korea yang gemarkan hiburan selepas kerja. Setelah seharian bekerja, mereka perlu hiburan untuk hilangkan stress. Ooooooo ... like that ek :)
Ada berjenis-jenis kedai di sini. Tapi harganya agak mahal. Kasut New Balance cantik-cantik kat sini ... harga pun boleh tahan ... tahan nafsu je dulu ... kami window shopping je dulu. Tak semua kedai pun kami singgah sebab terlalu besar kot. Sakit kaki pun hadooooo ... 

Cubaan pertama Akak Kembang di celahan orang lalu lintas ni ... payah dek non ... mana nak hadap ribuan manusia ... nak suruh member standby ketip gambar lagi ... bila dah ready tiba-tiba lampu hijau pulak ... nayaaaa ... hampeh!

Yeyyyy!!!! Akhirnya dapat jugak possing tengah-tengah Shibuya Crossing Road tu setelah berkali-kali cubaan. Orang Jepun tak heran aku yang dah macam orang jakun dok berdiri sensorang kat tengah-tengah jalan sambil Kak Wanie standby kat hujung sana untuk ambil gambarku ... kekekeke ...

Lantak koranglah nak berguling ke nak merangkak ke untuk dapat angle yang best di Shibuya Crossing Road ... orang Jepun tak heran pun ...
Pstttt : Ada orang tanya, awat Akak Kembang possing asyik silang kaki jer ... soalan membunuh tu dek non ... Oklah! Akak Kembang jawabkan jer ... Kalau nak tau, tulah tips untuk nampak peha slim melim ... Hahahahaha.... 

Selain terkenal dengan Shibuya Scramble Crossing Road, Shibuya juga terkenal dengan kisah si Hachiko, kisah anjing yang setia dengan tuannya. Sejarah mengatakan bahawa Hachiko selalu menghantar/menunggu tuannya, seorang Professor yang mengajar di Universiti Tokyo. Satu hari, professor tersebut telah meninggal di tempat beliau mengajar tanpa diketahui oleh Hachiko. Selepas daripada itu,setiap hari Hachiko akan menunggu tuannya pulang dari kerja di Shibuya Station sehingga 7 tahun lamanya sehinggalah Hachiko mati di depan Shibuya Station. Maka dikuburkan dan diberi penghormatan tugu khas buat anjing yang setia dengan tuannya. Sadis sungguh kisah Hachiko ni ... binatang pun ada perasaan.  

Dah puas hati dapat possing kat tengah-tengah Shibuya Crossing Road dan tengok si anjing yang setiap, marilah pulang ke pangkal jalan. Pandangan dari fly over nak ke Shibuya Station. Punyalah penuh dengan manusia. Tak kira siang ke malam. Liburan aje agaknya ...

Angan-angan nak minum kopi starbucks Shibuya sambil lihat ribuan manusia melintas, kat sini pun jadilah ...
Kaki pun makin penat, mari pulang ke pangkal jalan. Esok pagi-pagi dah nak keluar. Masa balik ni, korang jangan lupa pulak kat mana korang naik train masa datang. Kalau lupa, masak juga nak mencari. Train dorang ni agak senang sebenarnya cuma kena pandai dan rajin bertanya jer ... hehehehe ...
Sampai sahaja di Shinjuku Station, kami terus ke kaunter JR Pass untuk ambil tiket esok pagi ... banyak risalah tentang Jepun disediakan di luar kaunter JR Pass. Tak faham je ... hehehehe ...

Jika menggunakan JR Pass Green Car (reserved seat), kita boleh ambil tiket terus (untuk bullet train) untuk keesokan harinya. Contohnya, jika korang mahu naik bullet ke suatu destinasi, korang boleh ambil tiket terlebih dahulu. Tidaklah tergesa-gesa pagi esok tu baru kelam kabut nak beratur kan. Terangkan pada pihak petugas JR Pass kemana destinasi korang. Ada jugak yang tak pandai speaking tapi insyaAllah korang tunjuk je itenarary korang tu ... mesti dorang paham. Lepas tu, nanti pihak JR Pass akan beri anda tiket yang telah ditetapkan waktu untuk bertolak, waktu sampai dan nombor tempat duduk korang untuk destinasi yang korang nak pergi keesokan harinya. Pastikan korang sampai di train lebih awal dari waktu yang tertulis di tiket destinasi anda takut terlepas pulak nanti.   

Alhamdulillah itenarary hari pertama sukses. Sebelum balik ke hotel, kami singgah beli nasi putih di Family Mart. Lepas berendam dalam bathtab sambil  regang urat-urat kaki ... baru makan nasik dengan sambal ikan bilis :)  
Kombanwa (Gudnight ...)
Cara Naik Train dari Harujuku Station ke Shibuya Station :
Dari Harujuku Station ambil JR Yamanote Line (Inner loop) (Line Hijau)  untuk OSAKI ke Shibuya Station [3 minit]
Cara Naik Train dari Shibuya Station ke Shinjuku Station :
Dari Shibuya Station ambil JR Yamanote Line (Inner loop) (Line Hijau)  untuk OSAKI ke Shinjuku Station [7 minit]
Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih :)


with love šŸ’— 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube


No comments:

Post a Comment