15 February 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN - NAGOYA, AKIHABARA & SHIBUYA (Part 6)


Hari Ketiga - 24.12.2015
Nippori Textile Town (Nagoya)
Kunun-kunun bila bos ajak gi Jepun (negara yang terkenal dengan barang mahal) takmau shopping. Tapi paksa jugak Nisa masukkan itenarary gi kedai kain cotton yang femes amous kat Jepun tu. Alang-alang gi Jepun kan baik singgah jer ... Biasalah nafsu wanita kan ...

"Wanita & Shopping Berpisah Tiada"
Lepas main salji ... lepas kenyang perut ... bolehlah pi shopping pulak.
Orang yang pernah gi Jepun ni kata kalau nak cari kain cotton kena pi cari di Nippori. Nippori (Fabric Town) atau Nippori Sen-i gai terkenal sebagai daerah yang menjual pelbagai fabrik kain. Ada lebih kurang 85 buah kedai. Tapi kami nak mencari kedai kain cotton yang tersohor di Jepun iaitu kedai kain cotton Tomato :) 

Bila korang keluar dari Nippori Station tu, jalan straight je sampai nampak signboard Nippori Textile Town. Belok ke kanan dan jalan terus sampai korang akan nampak kedai kain cotton yang glamer tu, Tomato. 

Sebelum sampai ke kedai Tomato tu, geram je tengok munga-munga ni ...Pastu korang akan jumpa macam-macam kedai fabrik dan assesori jahitan. Jangan lupa singgah kedai jeans Edwin ni. Murah jugak seluar jeans kat sini.

Sekitar jalan Nippori ni tak banyak kereta dan tidak sesak. Kita boleh jalan dan shopping dengan tenang.

Tadaaaaa!!!! Kami dah jumpa kedai kain cotton Tomato (kedai pertama) ... 

Pastikan korang tengok-tengok je dulu sebab ada beberapa kedai kain sekitar jalan ni. Kedai kain Tomato je ada 3 cawangan kat sini. 

Kemudian, di seberang jalan ada satu lagi kedai Tomato (kedai kedua). Tapi kami singgah kedai sebelah tu dulu. Nama kedai kain tu Mihama Cloth. Rupanya kedai kain Mihama Cloth ni antara yang popular di Nippori. 
Aku : Agak-agak berapa helai sorang kita nak belikan untuk orang kampung?Kak Wanie : Sorang 5 helai cukup kot :) Ngeee
Uncle kedai ni pandai speaking dan dia pun tau apa tu baju kurung. Kedai kain Mihama Cloth ni menjual kain yang lebih kepada corak Kejepunan macam corak bunga sakura, kipas dan macam-macam lagilah. Semuanya dah siap dipotong 2 meter setiap satu. Jika anda meminati sapu tangan, kain membalut bakul pun ada di kedai Mihama Cloth ni. Harga pulak agak pricy tapi bolehlah beli selai dua buat orang kampung ... hehehehe ...
Ikut hati nak borong banyak tapiiiiiii ..... aku punya masalah pulak kat sini ... huhuhuhu .... kemudian kami beralih ke kedai Tomato yang bersebelahan dengan kedai Mihama Cloth ni. 
Rambang mata Akak Kembang tengok kain cotton kat Tomato Textile ni. Harga kain cotton disini serendah 100 (RM3.60) dan keatas ...
Kalau korang jenis suka kraftangan, memang banyak sangat pilih kain cantik untuk buat sarung bantal ke ... lapik meja ke ... semua cantik dan harga agak berpatutan jugak. Tapi aku agak pelik dengan sistem pemotongan di Tomato ni. Korang kena angkat sendiri gulungan kain tersebut, pergi ke kaunter pemotongan, bagitau nak berapa meter dan boleh bayar di kaunter pembayaran. Kalau 10 jenis kain korang nak beli, sila hangkut 10 gulung kain tersebut di kaunter pemotongan ek. Boleh je kalau korang nak mintak tolong salesman/salesgirl yang limited tapi kena sabar banyak ek. Jadi ... jangan malas ... angkut jer sendiri ... hahahaha

Muka mula senyum sebab dah lega .... pastu paksa budak sekolah ambilkan gambar kami ... kekekeke ... 
Cuba teka berapa kodi Akak Kembang shopping kain cotton?

Kedai ketiga Tomato Textiles di Nippori Textiles... berdepan jer dengan kedai Tomato kedua :)

Sambil menunggu kawan-kawan yang lain shooping, kami duduk sambil kagum dengan sistem construction kat belakang kami tu ... jangan risau, kat sini banyak kerusi di sediakan sepanjang jalan ... cuma tempat makan jer takde yang halal ...

Aku dok peratikan dari kawasan construction, orang-orang yang sedang buat construction dan lori simen yang bersih giler! Sapa tak kagum kan? Kagum lagi bila pemandunya adalah Mak Jemah  :-P 

Superbike rare di Jepun :)

Teringin nak naik beskal ...

Hasil tuaian Nisa :) Aku? Jeng!Jeng!

Sejarah baru dalam dunia shopaholic Akak Kembang. Aku cuma beli 4 pasang kain cotton jepun + 2 meter kain cotton nak buat sarung bantal jer harini. Tak percaya kan? Hahahahaha ... sebenarnya masa sampai kat Nippori ni, perut aku memulas-mulas mintak cari tandas. Aduyaiiii....memang spoil mood shopping betul lah ... Kalau tak kerana perut aku memulas mungkin aku beli lebih sikit kot. 
Tak sampai 2 jam pun kami jalan sekitar Nippori Textiles ni. Badan memasing dah lemau tambah lapar pulak. Padahal tadi dah makan ... biasalah jalan musim sejuk memang lapar sentiasa. Nasib baik beg doreomon masing-masing ada makanan ... boleh buat kudap-kudap. Next destination ialah Akihabara :)
Cara Naik Train dari Tokyo Station ke Nippori Station :

Dari Tokyo Station ambil JR Yamanote Line (Inner Loop) untuk Osaki ke Nippori Station [11 minit]
Akihabara
Keluar je dari Akihabara Station (JR), korang boleh terus nampak bandar Akihabara.

Macam biasa ... masih tercari-cari arah tujuan

 Kami sampai di sini dalam pukul 4 petang. Dah gelap dan sesak pulak kat sini.
Kalau gi waktu malam memang cantik kawasan Akihabara ni ... penuh cahaya lampu. Di Akihabara ni agak sesak maklumlah kawasan tumpuan. Ramai orang shopping nak Krismas esok kot ...

Akihabara terkenal dengan barangan elektronik dan gajet. Ada banyak kedai-kedai yang menjual gajet seperti Labi, Laox dan banyak lagi. Kat sini ada Maid Cafe tau. Alaaaa...yang waitress pakai costum macam maid comel tu tapi berani pulak kami try  nak masuk ... hehehehe ...
Sebelum ni ada baca pengalaman orang beli jam murah ... kamera murah di Akihabara ni ... tapi bila dah sampai ... haru biru ... tak tau mana satu nak terjah... huhuhuhu ... Nasihat Akak Kembang, jangan terlalu excited sampai telupa kedai mana yang murah tu. Pergi waktu siang sebab malam macam kelam kabut.
Muka frust tak dapat cari jam impian ... tambah pulak kaki dah sakit (melecet). Samalah ngan aku. Menahan sakit jer masa ni. Takpelah ... esok kita cari lagi ek Mr. Keroll San :)

Singgah kedai elektronik Laox. Boleh tahan jugak harga di Laox ni. Kunun nak cari mainan untuk Qayyum tapi semua harga tak masuk akal. Nak beli souniver pun agak mahal jugak ... 
Kak Wanie ngan keroll san yang membeli kat Laox ni. Aku beli gak ... cuma beli dompet ngan poskad je (terikut minat Nisa plak). Masa tengah shopping, keluar pulak student Malaysia yang kerja part time kat kedai ni. Seronoknya kami dah macam jumpa orang kampung pulak. Yela ... barulah dapat cakap Melayu ngan salesgirl. Hidayah namanya. Orang Johor. Sudah 5 tahun belajar di salah sebuah Universiti di Jepun dan tahun ini adalah merupakan tahun akhir dia. Hidayah ni peramah dan sangat fasih berbahasa Jepun. Kagum jap. Bila ditanya bila nak balik Malaysia... jawab Hidayah ... dia akan bekerja di Jepun. Terkejut jugak kami mendengarnya. Mulalah soklan polis pencen kuar dari kami ... hehehehe ... keluarga tak risau ke? Nak kahwin ngan orang Jepun ek? Boypren orang Jepun ke? Tak takut ke? Selamber je di Dayah ni jawab mak dia memberi kebenaran bekerja di Jepun sebab tak perlu risau tentang keselamatan. Dayah kata Jepun adalah salah satu negara yang selamat buat kaum hawa. Cekal sungguh hati Dayah ni. Rupanya Dayah pun ada buat tour guide untuk sapa-sapa yang nak ke Jepun ni...tapi aku lupa plak FB dia ... huhuhuhu ...
Niat dari Malaysia kunun nak beli jam G Shock. Sampai Jepun terus ter'shock' bila tengok harga ... bukan mampu milik. Next time lah ... huhuhuhu ...

Kimono kat sini kemain mahal ....

Nak cari souviner yang paling murah memang takdelah kat sini. Semua mahal-mahal ... huhuhuhu ... tapi masa jalan-jalan tu aku jumpa satu kedai nama Akky One. Akky One ni aku jumpa T'Shirt I Love Tokyo dengan harga yang agak murah sikit berbanding kedai dayah keje tu. Selain t'shirt, ada macam-macam souviners korang boleh beli macam fridge magnet, chopsticks, ketip kuku, keychain dan macam-macam lagi. Aku pun beli sikit fridge magnet buat diri sendiri je. Dapat pulak salesgirl yang agak peramah. Tanya aku dari mana. Pastu tanya bab pakai tudung pulak. Kenapa kena pakai tudung? Kat mana kena pakai tudung? Jenuh lidah aku berbelit nak menjawab. Bagus jugak minah Jepun ni alert ngan tudung pulak kan ... Next time Akak Kembang datang... hadiahkan shawl kat awak ek :)
Ok ... sambung bab shopping pulak :) Di kedai Akky One ni, t'shirt I Love Tokyo baru berharga 1000 yen (tupun saiz S-L). Kalau saiz besar lagi mahal ... sedar tak sedar sampai 9 helai aku beli t'shirt Jepun tu. Balik Malaysia baru sedar diri betapa mahalnya aku beli t'shirt tu ... takpelah rezeki adik beradik ... So, sila jangan sentap buat yang lain tu ek bila tak dapat apa-apa souviner dari aku ... mahal nokkk ... huhuhuhuhu ....

Haritu, kupu-kupu aku (Eika) suruh tengok-tengokkkan beg sekolah budak-budak kat Jepun ni. Dia kata kat Malaysia dalam Rm800 - RM1,000 camtu... sekali jumpa pulak beg ni kat kedai Akky One tu. Akupun wasap kat #GengAkakGorjes. Melopong memasing tengok harga. Memang mahal baq hang kot .... sapa nak beli beg sekolah sampai RM1,548.00 .... huhuhuhu...
Disebabkan malam masih muda... kami pakat nak singgah Shibuya sekali lagi. Aku dengan Mr. Keroll San dah rasa macam tidak berpijak di bumi yang nyata. Sakit kakiiiii ..... huhuhuhuhu ....
Cara Naik Train dari Nippori Station ke Akihabara Station :

Dari Nippori Station ambil JR Yamanote Line (Inner Loop) untuk Osaki ke Akihabara Station [4 minit]
Shibuya

Nak cari kedai makan di Shibuya memang agak mencabar. Dari hari pertama kami dok cari Restoran Gyumon (BBQ) tapi tak jumpa-jumpa. Nak makan Mc Donalds & KFC...sah!sah! tak halal kan ....
Try kebab Shibuya. Nampak menyelerakan.
Kemudian, kami terus pi kedai kasut yang memang dari hari pertama kami dok usya. Kena cari sport shoes sebab kasut sneakers aku ni memang makan kaki aku. Carilah kasut New Balance yang paling murah. Banyakkkk ... tapiii .... semua saiz kecik. Kebanyakannya saiz 5 yang ada. Kalau 5 ngam-ngam je ngan kaki aku. Aku kena cari kasut saiz besar sikit supaya selesa nak berjalan jauh. Frust giler .... merata kedai cari semua saiz kecik. Putus asa mencari kasut idaman. Mr. Keroll San dah selamat dapat kasut dia bukannya beli kasut ... dia beli selipar santa claus... hahahahahaha ... dia kata janji kaki dia tak sakit ...
Pastu kami pusing-pusing lagi area Shibuya ni dengan hati yang kecewa...huhuhuhu ... Nak sedapkan hati, kami singgah pulak Uniqlo Shibuya. Dari semalam aku dengan Nisa dok peratikan orang Jepun ni dok usung plastik Uniqlo. Banyak pulak tu. Kami syak, ada sale besar-besaran kot atau mungkin depa borong sebab nak raya krismas kot. Bila masuk Uniqlo tingkat bawah ... biasa je aku tengok harga baju. Aku terus naik atas. Sekali tengok sweater yang comel tu murah giler. Macam tak percaya pun ado. Bila Kak Wani tanya ... murah ke dari Malaysia? Murah kak ... kak sini baru 890 yen  kat Malaysia RM79.90 tak termasuk GST ... apalagi ... aku memborong 3-4 pasang buat buah tangan adik badik lagik.   
Aummmmm!!!!
Lepas habis memborong di Uniqlo, aku dengan Nisa sekali lagi pi cari kasut kiriman adik Nisa di kedai kasut tadi. Akupun carilah alternatif kasut brand lain. Kalau boleh nak harga 4000 yen ke bawah. Sebelum tu singgah Adidas jap sebab terpengaruh kecomelan kasut Abang Su ngan Keroll baru beli. Murah katanya. Cari punya cari takde yang berkenan pulak. 
Hati riang gembira dapat kasut memasing. Tak sabar nak pakai esok :) Tapi  nasib memang tidak menyebelahi Nisa. Tiada saiz jugak untuk kasut adik dia. Akhirnya dia beli untuk diri sendiri dan aku pulak beli kasut Adidas Jepun. Dah alang-alang seploh kali tawaf Shibuya ... kena beli jugaklah memandangkan kaki dah sakit pakai kasut k-pop aku tu. 
Kami beredar dari Shibuya dalam pukul 8 lebih malam. Malam ni nak balik awal sikit ke hotel sebab esok dah menempuh perjalanan agak jauh. Terserempak pulak dengan santa claus naik motor. Esok kan nak krismas. Meriah sekitar Shibuya malam ni ...
Cara Naik Train dari Akihabara Station ke Shibuya Station :

Dari Akibabara Station ambil JR Yamanote Line (Inner Loop) untuk Osaki ke Shibuya Station [27 minit]
Sepatutnya dalam itenarary, kami akan ke Ginza & Roponggi. Biasalah ... bila keadaan tidak menentukan terpaksalah kami skip untuk ke sana dan terus balik ke hotel. Pengurusan masa amat penting bila ke Jepun ek. Kumpul tenaga untuk esok hari plak. Kombanwa!!!!
Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih :)


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment