25 February 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN - SHINJUKU GYEON NATIONAL PARK (Part 9)

Hari Kelima - 26.12.2015 (last but not least)
Hari ini merupakan hari terakhir di Jepun. Sekejap je 5 hari berlalu begitu pantas. Masih belum puas sebenarnya. Shinjuku pun kami tak habis keliling lagi. Orang kata … Shinjuku ni 5 hari pun belum tentu habis ronda sebab kawasannya terlalu besar.
Pagi ini masing-masing ada agenda sendiri. Kira acara bebaslah sebab flight kami malam. Kami check out dalam jam 11.00 pagi. Sebelum tu, aku temankan Nisa nak ke taman katanya. Aku layan jer. Cuma pagi ni kami keluar jam 8.00 pagi.
Shinjuku lengang pulak hari ini. Mungkin ada yang bercuti sebab semalamkan hari Krismas.

Jarang tengok orang Jepun ni bawak motor. Bila jumpa motor-motor rare … macam best pulak kan …

Rasa nak belikan satu untuk Abang Kembong pulak motor rare ni
Nisa nak belikan untuk sapa plak ... hehehehe ...

Di antara lori sampah yang bukan macam lori sampah. Lori sampah pun teramatlah bersih. Teringin pulak nak tengok bagaimana cara dorang ni menjaga kebersihan lori-lori di Jepun.

Sebelum ni kagum dengan pengutip sampah di Beijing, hari ni kagum dengan pengutip sampah di Jepun. Sedut je …

Cik Nisa kita tengah tengok arah jalan ke Shinjuku Gyoen. Jalan dengan Nisa rasa selamat sokmo :)

Teksiiiii!!!!! Stoppp

Lengang sangat ...
Geram jer aku tengok pokok-pokok munga tu …
Aku tengok sistem pelintas jalan (lampu isyarat) di Jepun ni lenmacam. Selalunya kita tengok kiraan tu dengan nombor kan? Kat Jepun, kiraan masa lampu isyarat dengan bar. Semakin sikit bar yang tinggal, semakin singkat masa untuk melintas. 

Bolehlah korang nak bajet hot sambil melintas sebab banyak bar yang tinggal tu ... kekekeke ... pakcik sebelah tu gelakkan aku pulak ...

Dah 5 hari, baru Nampak homeless di Jepun. Homeless bukan sebarang homeless tau. Siap ada tilam dan bantal gitew. Dan bersih pulak tu …
Akhirnya, sampai jugak kami di Shinjuku Gyoen National Garden ni …
Sebelum masuk kena bayar ek. Aduyaiii!!! Kalau Taman Tasek Perdana kena bayar mesti ramai taknak masukkan …

Mesin tiket … jommm!!!
Shinjuku Gyoen National Garden
Shinjuku Gyoen merupakan taman yang terbesar dan popular di Tokyo. Lokasi tidak jauh dari Shinjuku (JR) Station. Jika dari hotel kami mengambil masa lebih kurang 10 minit jika berjalan kaki untuk ke Shinjuku Gyoen National Garden. Shinjuku Gyoen terbahagi kepada 3 taman iaitu Japanese Landscape Garden, French Garden & English Garden.

Berbaloilah bayar tiket 200 yen (RM7.20) untuk masuk Shinjuku Gyoen National Garden ni. Awesome kot!!!

Mana satu nak pi dulu ni ek??
Walaupun kita tengok ada pokok-pokok yang togel cam ni kan ... tapi cantik beb!!!

Sejenis pokok bunga yang comel

Celah pokok jugak yang dia suka...hehehe...

Cantik kan warna daun pokok ni ...

Pandang kiri kanan dulu … baru boleh curi-curi masuk … hehehe …
Rasa nak gigit-gigit jer munga ni …
Nisa pun sama kan…kan…
Ada tasik ...
Takde orang nak amikkan gambar...kita selpie berdua jelah Nisa ...

SubhaAllah!!! Indah sangat ciptaan Tuhan. Tak rugi aku follow Nisa ke sini …

Chill ... picnic best gak ni ...

Nak balik ni tak terasa sejuk sangat pulak di Jepun ni ... hehehehe ...

Sedihnya nak tinggalkan bumi Jepun ni ... huhuhu

Nak bawak baliklah dedaun ni ... nyesal tak simpan sekeping ...

Peace :)

Pohon-pohon sakura. Jika musim bunga, Shinjuku Gyoen lagi cantik sebab penuh dengan pokok sakura ni ...

Paksa orang Jepun amikkan gambar kami ...

Nanti ajak boypren amik gambar post wedding kat sini tau ....

Rasa tak puas pulak berjalan sekitar Shinjuku Gyeon National Garden ni. Masa mencemburui kami. Sekejap jer dah nak pukul 10.00 pagi ...

Siap boleh baring lagi 
                                                                                                                                                Image : Credit Google
"Flowers always make people better, happier and more helpful. They are sunshine, food & medicine for the soul"
Beginilah suasana di Shinjuku Gyeon ni jika musim bunga. Bestkan? 
Memang berbaloi kalau korang jadikan Shinjuku Gyeon ni salah satu tempat korang nak singgah jika ke Tokyo. Menikmati alam semulajadi yang tak terjangkal dek fikiran. Jika diberi peluang, nak ajak Abang Kembong pulak bila musim munga  :mrgreen: 

Pastu nampak pulak macam taman kecik. Tumpang sekaki lagi ek …

Dalam perjalanan pulang ke hotel barulah nampak butik Gucci & Coach. Aduyaiii … melepas dan nasib baik (duit dah habis :))
Honda 70 ... hehehehe ...

Khas buat sahabat ku Farid yang sangat minat ngan motor Harley Davidson. Siap suruh aku cari lagi. Amacam? Rare tak motor kat Jepun ni ....
bersambung ....
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment