23 February 2016

TRIP MUSIM SEJUK JEPUN - USJ & KYOTO (Part 8)

Sambungan dari Part 7 | Osaka Castle
Hari Keempat - 25.12.2015 
UNIVERSAL STUDIO JAPAN 
Usai melawat Osaka Castle, itenarary kami ke Universal Studio Japan  pulak. Last minit planning, awalnya kami takut tak sempat nak ke USJ tapi bos kata alang-alang dah sampai Osaka kita jenguk jap USJ. Bukan nak masuk pun just walking-walking jer lagipun tak sempat nak masuk entrance USJ tu sebab masa memang terhad.


"I miss riding those fast trains in Japan cause I'd never seen a train that fast in my life"

Suasana di Osakakojeon Station. Sangat tenang.

Pastikan berdiri tidak melebihi garisan kuning kalau tak korang kena ngorat ngan train guard tu :)
Di sini tak ramai sangat orang naik train ... 

Comel-comel train kat Osaka ni ... macam Go!Go! Thomas ...

Di Jepun memang agak payah untuk jumpa tong sampah waima di train station atau di kaki jalan. Kalau jumpa di train station tu kirang beruntonglah ...
Sampai je di Universal City Station, korang akan terus masuk entrance Universal City Walk. Dah boleh terus jenjalan. Kami bajet mesti ramai orang sebab harini Krismas. Tapi ternyata tidaklah ramai sangat. Sempat jenguk orang buat pertunjukkan sarkas.
Di sekitar Universal City Walk ni, ada pelbagai kedai makan dan kedai berunsurkan animasi.

Welcome to Universal City Walk, Osaka. Tima kasih Nisa kerana merealisasikan impian kami nak jejak USJ walaupun kat luar jer  :-P 


The Park Front  Hotel. Sapa banyak duit boleh stay kat hotel ni. Senang nak pi USJ :)

Tak sangka jumpa peminat Akak Kembang kat sini .... hahahahaha

Di Jepun korang akan lihat benda-benda yang comel dan awesome seperti tong sampah ini.

Welcome to USJ

Kasi can lah makcik possing ala-ala kanak-kanak ribena :)
Kasi can lagi mak hencik ngan bodyguard  :lol: 

Wefie from us  :-) 


Bila nak masuknya ni.... huhuhuhu

sama tak ? hehehehehe

Jika ke USJ, globe ini yang sangat popular. Tidak sah dan tidak lengkap travel kita jika tak singgah dan bergambar  disini...

Eh!Eh!

Eh!Eh!Eh!


Kaunter tiket untuk masuk ke USJ. Lebih baik booking online lagi cepat kot.
Tengok dari luar jelah mampu ... huhuhu ... jom hiburkan hati jenguk kedai souviners USJ :)
Geram je tengok tin-tin biskut ni...

Keychain ni mahal giler kot ...

Aku beli mug jer buat kenangan. Beli dua dapat diskaun skit ... share ngan Nisa :)
HARD ROCK CAFE, OSAKA
Lepas puas bergambar sakan sekitar USJ tu, kami singgah ke Hard Rock Cafe, Osaka pulak. Tak jauhpun, masih dalam kawasan USJ jugak. Masuk je dalam HRC Osaka ni mula rambang mata makcik ... 
Jom pilih....

Baru aku sedar lepas dah 4 hari kat Jepun ni. Di Jepun, penggunaan tray dipraktikkan di setiap kedai. Tray digunakan oleh pelanggan untuk meletakkan duit dan untuk pemulangan duit baki. Awak ni dah terbiasa dengan cara Malaysia, bagi duit selonggok je letak atas meja..jakun jap. Tray tersebut memudahkan cashier dan pelanggan sebenarnya. Pastu cashier pulak akan membebel cakap terima duit, harga barang dan duit baki. Walaupun aku tak paham aku anggukkan aje :)

Untuk orang kampung !!! Yeyyyy!!!

Sebelum meneruskan perjalanan ke Kyoto, singgah memanaskan badan jap. Tak dapat minum kopi Starbucks di Shibuya ... kat USJ ni pun jadilah ....leganya dapat hirup kopi panas. Hilang ngantuk!!!
Cara Naik Train dari  Osakajokeon Station ke Universal City Station :

Dari Osakajokeon ambil Osaka Loop Line (Outer loop)  untuk Sakurajima  untuk turun di Nishikujo  [13 minit]

Dari Nishikujo Station tukar train JR Yumesaki Line  untuk Sakurajim untuk turun di Universal City Station  [4 minit]
KYOTO 
Kemudian kami menuju ke Kyoto pula. Nak cari istana. Nak pakai kimono.
Jika mahu ke Kyoto dari Osaka Station, kena naik subway. JR Pass tak cover. So kena beli tiket. Nak beli kena beli kat mesin tiket pulak. Terkial-kial jugak tapi nasib baik ada sorang Ojisan ni menolong. Kan aku dah kata ... orang Jepun baik hati. Dorang suka menolong orang yang dalam kesusahan. Ojisan ni memang tak faham bahasa Inggeris. Payah jugak tapi dia sedaya upaya nak tolong. Cakap melayu baru paham kot ... hehehehe. Bila kami tunjuk je itenarary kami yang ada tulis Kyoto. Diapun terus tunjuk ajar cara nak beli tiket. 
Di Jepun tak ramai yang tahu berbahasa Inggeris. Kadang-kadang menyukarkan kita gak sebagai pelancong. Itu pentingnya ada itenarray. Terus tunjuk tempat .. otomatik dorang paham. Cakap je melayu ngan dorang...dorang lagi suka .... kekekeke ...
Tiket ke Kyoto berharga 260 yen (RM9.36) untuk sehala dan perjalanan selama 29 minit. 
Jangan tanjat jika ojisan ni adalah bekas pegawai bank satu ketika dahulu :)
Tiba-tiba aku dok dengar Keroll dok berborak sakan. Ingatkan borak ngan Nisa rupanya ngan orang Jepun. Pandai pulak Keroll ni cakap Jepun tetiba. Dengar lagi rupanya, orang Jepun ni pandai cakap bahasa melayu indon. Keroll kata, dia yang tegur dulu. Aku pun beralih tempat sebelah Nisa ngan Keroll. Masa aku amik gambar ni dia pasrah jer...hehehehe...
Nama beliau ialah Yoshihiko Ono. Seorang pensyarah di University Kyoto. Beliau pandai berbahasa melayu indon sebab selalu bagi talk kat Jakarta. Bukan calang-calang orang rupanya. Tapi solute kat dia sebab dia sudi tegur kami :)
Kami turun di Imadegawa Station. Itupun Yoshihiko Ono San yang tunjukkan kami jalan. Kami pun follow je beliau ...

Bandar Kyoto. Lebih kurang suasana di Nippori. Kurang sibuk ...

Dalam pada kami menonong mengikut Oshihiko Ono San tu ... aku ingat dia nak bawak kami pi umah dia .... rupanya nak tunjuk Universiti tempat dia mengajar ....wakakakakka...kalau tak boleh gak merasa bini dia masak kan ... kekekekeke

Seorang yang peramah, baik hati dan sporting .... arigatou gomaisu Ono san sebab sudi wefie ngan kami :) 
Kiut miut motor rare kat Jepun ni ...
KYOTO IMPERIAL PALACE
Kemudian kami meneruskan perjalanan menuju ke Kyoto Imperial Palace. Masa ni dah nak gelap padahal baru pukul 4 lebih petang.  
Nampak dah pintu gerbang .... yeayyyy!!!

Malang sekali Kyoto Imperial Palace dah tutup pulak masa ni ... kempunan giler.


Possing jelah dengan pintu pagar istana tertutup ...

Pusing-pusing punyalah besar istana kyoto ni. Kempunan makcik nak pakai kimono ....

Tak lama pun kami di Kyoto ... frust menonggeng tak dapat tengok istana termasuklah Nijo Castle. Kalau nak ke Kyoto, kena pi pagi-pagi ... kalau pi petang jadilah nasib seperti kami ... huhuhu
Cara Naik Train dari  Universal City Station ke Kyoto Station:

Dari Universal City Station ambil JR Yumesaki Line  untuk Nishikujoo turun di NishiKujoo  [5 minit]

Dari Nishikujoo Station ambil Osaka Loop Line (outer loop) untuk Tennoji  untuk  turun di Osaka Station  [6 minit]

Dari Osaka Station ambil JR Special Rapid Service  untuk Nagahama untuk  turun di Kyoto Station  [29 minit]

Dari Kyoto Station ambil Kyoto City Subway Karasuma Line  untuk Kokusaikaikan untuk turun di Imadegawa Station  [10 minit]
Peningkan korang? hahahahahaha...memang pening pun bab naik turun train kat Jepun ni. Korang boleh tengok Hyperdia.Com ni untuk rujukan masa dan jenis train di Jepun. Aku memang tak faham langsung sebelum pergi. Bila dah balik Malaysia ... terkial-kial nak tulis entri ... baru aku faham fungsi Hyperdia ni ... kekekeke ... 
Sementara nak beli tiket balik ke Tokyo Station, singgah kedai dalam Kyoto Station. Aku kagum sangat dengan style packaging orang Jepun ni. Cantik. Comel. Kiut. Kenapalah coklat kat Malaysia tak dibungkus seperti ini ...
Perjalanan dari Kyoto Station ke Tokyo mengambil masa selama 3 jam jugak. Ok...balik ni boleh tidur dulu dalam Shinkansen :)
Sampai sahaja di Tokyo Station, aku perhatikan mesti ada makcik-makcik pakai baju pink ni dah ready kat luar train. Dah dua tiga kali aku peratikan. Rupanya dorang ni cleaner train. Siap tabik hormat dulu. Bila semua penumpang dah habis keluar, para cleaner train ni cepat-cepat masuk dalam setiap coach train untuk sessi pembersihan. Pantas tau. Tak silap dorang ada masa 7 minit bagi setiap gerabak. Patutlah Jepun bersih. Sampai kamipun tak berani nak buang sampah merata dalam train. Patutnya panggil makcik-makcik yang susah tu kerja jadi cleaner camni kat Malaysia. Tak payah nak panggil pendatang asing bagai. Buang karen jer...
Setiap kali sampai di Shinjuku menuju ke Shinjuku Prince Hotel, kami akan ikut jalan balik arah yang berbeza. Saja tukar-tukar jalan. Nanti tembus gak depan hotel kami. Shinjuku ni besar. Dah 4 hari di sini pun belum habis tawaf Shinjuku. Malam tu kami ikut jalan lain dari semalam. Punyalah happening. Yelah ... hari krismas kot. Rupa-rupanya, jalan panas sini. Tempat abanglong Padil. Orang kata Shinjuku terkenal dengan Yakuza (geng abanglong Padil :)). Seram jugak. Alhamdulillah semuanya ok sepanjang jalan tadi.
Singgah lagi 7 Eleven cari nasik untuk malam terakhir di Jepun.
Geram-geram tengok makanan kat sini. 
Seibu Shinjuku Station ni bawah hotel kami jek ... tapi tak tau line train ke mana dan di cover oleh JR Pass. Sampai je dalam bilik hotel, aku pun pasang air panas bagi penuh tub mandi tu. Sementara tu isi perut dulu. Bagi perabih makanan yang ada...malas nak hangkut balik Malaysia.
.... sambung lagi
Cara Naik Train dari  Osaka Station ke Osakajokoen Station :

Dari Osaka ambil Osaka Loop Line (Outer loop)  untuk Tennoji untuk turun di Osakajokoen Station  [10 minit]
Akak Kembang Nak Bagitau Sikit >> Segala pengalaman ini berdasarkan pengalaman sendiri. Jika ada salah dan silap mohon dimaafkan. Entri ini mungkin akan berubah-ubah jika ingatan Akak Kembang semakin pulih :)


with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment