11 March 2016

BERMALAM DI SWISS GARDEN HOTEL & RESIDENCES MELAKA (Part 2)

Assalamualaikum.  
Sambungan Trip Melaka ... 
Hari Kedua
Lepas sarapan pagi dan berendam, kami keluar nak gi makan tengahari di Pantai Klebang. Sebelum cari kedai makan, kami singgah jalan-jalan sekitar Pantai Klebang.
Menjejakkan kaki buat pertama kali di Pantai Klebang membuatkan aku jadi jakun jap. Oh!!! Kat sini rupanya Bustel. 
Pastu dalam whatsapp group, kazen-kazen aku sibuk share location dah sampai tempat coconut shake.  Aku pulak memang tak tahu yang Melaka ni terkenal dengan Coconut Shake :mrgreen: Yang aku tahu ... Melaka ni terkenal dengan belacan dan cencalok jer ...kekekekeke...
Tak lama pun kami lepak kat Pantai Klebang sebab cuaca haritu punyalah panas terik baq hang :) Sapa nak menginap hotel lain dari yang lain, boleh contact nombor telefon Bustel tu ek :)
Akhirnya misi mencari coconut shake popular di Melaka berjaya akhirnya. Terima kasih abang Waze (walaupun aku tak berapa gheti nak follow).
Tu diaaaaa! nampak dah pintu gerbang Restoran Klebang Original Coconut Shake. Salah satu kedai coconut shake yang popular di Melaka ni. Kalau taknak lepak minum kat kedai, boleh je tapau coconut shake kat gerai tepi simpang nak masuk ke kedai Klebang Original Coconut Shake ni. Tapi que punyalah panjang. 
Banyak stok buah kelapa untuk dibuat coconut shake ...Coconut Shake best in Melaka. Harga segelas coconut shake ialah RM2.50.
Pestime minum coconut shake :) so tak tau camner nak bagitau kesedapannya. So-so je bagi aku ... ngeee #laintekaklainrasa
Tak sangka, Firhan Qayyum minum sampai licin :)
Makcik & Pakcik yang sporting morting kalau bawak jenjalan ...
Selain coconut shake, Restoran Klebang Original Coconut Shake juga menghidangkan makanan seperti laksa, meehon bungkus, nasi lemak bungkus dan kuih muih. Bolehlah buat kudap-kudapan. Tapi aku tak kenyang ... huhuhuhu ...
Kemudian, kami nak mencari pasir berdengung kat area Pantai Klebang ni. Alaaa... kawasan macam Padang Pasir yang glamor kat Melaka tuuu.....Masa lalu nak ke Pantai Klebang tadi, ada nampak macam pasir-pasir bertimbun. Park Ra Shid pun melayan jelah karenah bini dia (tak bawak kang merajuk pulak) dan bawa kami ke tempat yang kami nampak macam padang pasir tadi. Tapi.....kenapa macam lain je??? Janji pasir jugakkan ... hehehe ... Tetiba dapat whatsapp groub IB Clans ... dorang dah sampai pun tempat Padang Pasir yang sebenarnya ... huhuhuhu ... patutlah lain ... yang ni pasir sungai ... wakakakaka ... Park Ra Shid start keta terus cari padang pasir tu ... rupanya kat area Pantai Klebang jer tapi agak tersorok dan ke dalam tempatnya. Malangnya, bila kami sampai area padang pasir tu ... hujan pulak turun selebat-lebatnya ... lenkali kita pergi lagik ye saiyangggg .... pujuk Park Ra Shid ... huhuhu ...
Kami terus balik hotel. Tapi aku round-round dulu sekitar The Shore Mall dulu. Takdelah best sangat pon. Kemudian, aku ngan kakak Balqis pi tengok kawasan sekitar The Shore Mall tu je ...  
Ferris Wheel MelakaKalau nak naik Cruise Melaka tu dekat je ngan Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka.
Dah petang sikit tu, kitaorang jalan kaki dari hotel ke Bandar Hilir. Dalam 10 minit jer kalau jalan kaki tapi lenguh lutut jugaklah. Mak aku mula-mula gigih nak follow, sampai setengah jalan dia dah tak larat. Pastu adik aku tahan teksi suruh hantar balik hotel. Cian mak.
Memang sesak Bandar Hilir time ni ... maklumlah hari cuti perayaan kan ...
Bila jalan reramai taklah terasa penat sangat ...
Tahan napasss ... kekekeekeMemang payah nak bergambar cukup 4 beranak sekarang ni ...Belanjer gambar Uncle Grandpa :)
 :arrow: Kuiz Menarik Untuk AndaSampai dah gelap still merayap ..
Jika menginap di Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka, banyak tempat yang berdekatan yang boleh kita lawat dengan jalan kaki jer. Kira tak payah nak bawak kereta pun boleh. Cruise dekat .. nak naik Ferris Wheel pun dekat .. nak cari 7 Eleven pun dekat ... nak cari kedai makan pun dekat ..
Tapi tulaaaa....Ada budak ni takleh berjalan lama-lama sangat. Suruh tinggal dengan nenek tak mau ... kan dah sakit kaki ... terpaksalah babahnya dukung ... huhuhuhu ... jomlah kita naik cruise pulak ...
Malangnya, kami agak terlambat. Tiket semua dah sold out. Gedik nak merayap kan...terlepas sudah...huhuhu .. 
Menangis tengok geng-geng nenek ngan atuk dapat naik cruise ... huhuhuhu ...
Disebabkan frust menonggeng tak dapat naik cruise ... jomlah pi carik makan pulak .. dah tawaf keliling hotel .. tak nampak pun kedai makan yang mengancam. Nak makan asam pedas melakaaa ... 
Tadaaaaaa .... akhirnya jumpa Asam Pedas Melaka ...
Adir ipar aku yang tolong googlekan. Direkomenkan oleh kawan-kawannya jugak. Restoran Melayu Melaka yang terkenal dengan asam pedas Melaka. Jemput makan!
Park Ra Shid ni memang mana-mana pi kalau nampak sejenis cekodok mesti nak try ....
Hancusss gambar bila suruh waitress kat situ amikkan. Kesian kakak Balqis tak nampak ...
Baru nampak muka kakak Balqis tapi muka aku yang takde ...
By the way, aku bukanlah penggemar Asam Pedas tegar. Bagi aku asam pedas di Restoran Melayu Melaka ni okaylah. Kenalah dengan tekak aku. Harga pun amat berpatutan. Lokasi memang menarik ... ditepian sungai Melaka tapi kalau waktu malam kena tahan hidung ek ... Akak Kembang bagi 6/10 bintang :)
Alamat Restoran Melayu :-
Restoran Melayu Melaka
Lot 332, Kampung Morten KB VIII
75300 Kampong Tengah, Melaka
Memang cantik bangunan The Shore & Swiss-Garden Hotel & Residences Melaka waktu malam. Bercahaya sungguh. Jika nak tengok seluruh bandar Melaka pula, boleh cuba naik Sky Tower Melaka di tingkat 43. Harga tiket untuk Sky Tower Melaka ialah RM18 (Dewasa) & RM15 (Kanak-Kanak). Kami tak sempat pun nak naik sebab terlalu ramai oranggg...
bersambung ...
with love 💗 
pls follow/like/subcribe

BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment