28 July 2016

RAYA 2016 (PART 5)

Saudara mara kedua-dua belah Abah dan Mak aku memang kebanyakkannya menetap di sekitar Selangor. Takde can lah nak berjalan raya jejauh ... huhuhu ... Kalau ada pun abang Abah aku yang nak kata jauh taklah jauh sangat … tupun tak sampai-sampai lagi beraya ke Tanjung Tualang, Perak … hehehehe …
Abah aku ni jenis boleh tahanlah suka jalan beraya. Cuma kekadang kami marah gak sebab asyik dia jer pi beraya rumah yang muda mudi dulu. Sepatutnya yang muda mudilah datang melawat Abah. Padahal bukan jauhpun … huhuhu. Dan ayat Abah paling win “takpelah…”. tu jekkk … huhuhuhu …
Dan sedara Abah aku yang paling bagus … pantang pelawa mesti sedaya upaya datang gak, Pakcik Salim sekeluarga. Sedara abah yang satu ketika dahulu terpisah lama baru bertemu. Setiap tahun tak pernah miss datang beraya. Kali ni kami plak berbalas kunjungan ke Putrajaya, rumah Kak Alin (anaknya).
Berselera sungguh kami makan Gulai Udang Nenas, Sayur Togey, Ayam Goreng, Rendang dan macam-macam lagi. Paling best dapat gak rasa kek coklat Kak Alin yang femes tu ... orang Putrajaya boleh roger-roger Kak Alin ek.
Dalam adik badik Kak Alin, kami paling rapat ngan Kak Alin ... hehehehe ...
Meriah keluarga kami bergabung ... tupun tak semua ada . Terima kasih buat keluarga Pakcik Salim sudi jemput dan jamu kami beraya. Teringat kata-kata mereka .. sedara jangan dilupakan :)
Dari Putrajaya ke Kelana Jaya pulak. Rumah kakak dan abang sepupu belah mak. Rumah Kakngah pun memang setiap tahun akan singgah beraya. Tupun kira jauh jugak rumah dorang ... hehehehe. Rumah dia kalau beraya memang happening. Makan + pakej wayang memang wajib…hehehehe…
Sebahagian waris IB Clans yang datang ...
Kemain makcik-makcik den ni ...
Terima kasih Kakngah & Abang Nizam. Semua sedap-sedap. Tahun depan nak air kedondong tau ....
P/S : Minggu ni turn dorang plak nak beraya hotel Akak Kembang ngan Abang Kembong. Kalau awal-awal buat appoinment senang nak set masa ... hehehehe ... sapa free boleh roger2 Akak Kembang ek.

26 July 2016

RAYA 2016 (PART 4)

Assalamualaikum. Bulan raya ni citer Akak Kembang haruslah cerita raya kan … silap haribulan lepas raya nanti timbul cerita bulan puasa plak … hehehehe … maklumlah … tengah sakan nak menulis ni banyaklah cerita yang terpendam. Jangan kecam hakak tau …
Habis baraan di rumah sanak saudara, baraan dengan kawan-kawan plak. Alhamdulillah, tradisi baraan raya Geng Copy Paste masih diamalkan. Time baraan raya nilah yang dapat mengeratkan silaturahim persahabatan kami. Boleh jumpa seisi keluarga. Seronok dan bahagia sangat.
Ahad lepas, baraan batch 1 dimulakan dengan rumah Cik Munah di Kundang. Tokey nasi lemak … tokey ketupat daun palas … tokey segala tokey makananlah … hehehehe …
Cik Munah nak bagi duit raya tu … sampai terlupa nak berposing kat rumah Cik Munah … huhuhuhu … penat Cik Munah dok mengecat rumah bagai. Sori Mona …
Sapa malas masak boleh suruh Cik Munah masakkan. Cik Munah ada jual Ketupat Daun Palas. Cik Munah ada buat katering. Paling ngetop Nasi Lemak Singgit Cik Munah. Boleh whatsapp/mesej Cik Munah 012 2393005.
Kami dihidangkan dengan Masak Lemak Cili Padi Daging, ulam-ulaman dan Laksa Utara. Memang berseleralah kami berulang makan. Hampir lupa diet memasing.
Kemudian, rumah kedua kami nak serbu rumah bendahari GCP (Isma) pulak. Tak semua geng GCP join,maklumlah banyak open house kan. Mana yang ada je dapat join.
Kami dijamu dengan meehon tomyam. Sedap Isma masak. Bagi buah tembikai sedulang … sedulang habis … buruk lantak sangat kami ni …
Sambil makan sambil bincang trip seterusnya. Nak kemana kita ni??
Abang Kembong pun dah ngam ngan bff aku ni … hehehehe …
Nama je duduk sekampung ngan Shikin tapi tak penah Nampak muka pun … huhuhu .. Shikin firstime join baraan raya GCP tahun ni. Jangan terkejut ngan kekepohan kami sampai tahun depan takmau join pulak … hehehehe
Orang rumah bff yang senyum sokmo …
Buat tatapan yang teringat-teringat 2 orang Abang Sado ni … wakakakaka
10 tahun lagi kena amik gambar camni semula … kekekeke …
Terima kasih tuan rumah Mona dan Isma yang sudi menjamu kami. Sedap-sedap belaka. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Semoga persahabatan kita (ex class 5A2) akan berkekalan buat selamanya.
P/S : Aku memang tak buat open house tiap tahun pun sebab tak terbuat kot nanti. Capekkk!!! Tapi sapa nak datang hotel aku tu amatlah dialu-alukan dengan syarat kena bagitau seminggu sebelum kejadian. Kalau dah sampai depan pagar baru call aku, alamatnya cuci mata tengok hotel aku jela … hehehehe … jangan marah … jangan kecam hakak tau! Akhir kata, Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

25 July 2016

RAYA 2016 (PART 3)

Assalamualaikum ....
Jangan ada yang muntah hijau pulak baca kisah hari raya Akak Kembang ek ... Lama dok diam je kan .. sekali kuar ... panjang berjela update Akak Kembang ...
Tahun nie Akak Kembang tak banyak buat/beli baju raya. Semua recyle dari baju-baju yang pakai masa kazen kawin last year. Yang sempat tempah cuma 3 helai jer ...
Ramai yang tanya baju Akak Kembang ni dari MekKembang ke? Taklah ... baju ni dari Akak Kembanglah ... hehehehehe ... kain cotton yang beli kat Ho Chi Minh 2 tahun lepas.

Nak beraya ngan amoi Korea ni ...

Dah banyak hari raya ni udah tak sedondon dah ... hentam sajalah ... memang tahun ni last minit semuanya. Bayangkan lagi shari nak raya baru pi shopping baju anak-anak. Sudahnya semua seluar jeans (Padini) untuk Qayyum tiada stok. Nangis tepi katil .... huhuhuhu ... sudahnya jumpa selai kat Brand Outlet ... semua Abang Kembong punya pasal ...

Rutin setiap tahun mesti beraya rumah BFF (Lily) dengan family aku. Sebenarnya tak sabar nak tengok rumah BFF yang baru di renovate. Memang cantik & awesome. Nangis lagi bawah ketiak Abang Kembong ...

Terima kasih buat BFF ku Lily. Setiap tahun mesti datang 2 kali beraya ... hehehehe ...

Beraya rumah kakak sepupu (Kak Maria) ... kebetulan anak-anak fruity ngan cucu baru sampai dari Perak.

Dorang pulak beraya rumah Abah aku ...

Raya ke 5. Jom sambung raya ...

Beraya rumah Makngah pulak.

Makngah terselit pulak ... hehehehe ...
Anak-anak perempuan Abah. Abah nampak gelap sebab dah lama tak makan Qu Puteh ... hehehehehe ... Beraya rumah baru Kaklong & Abanglong kawasan. Aku memang suka betul tengok rumah baru ni ... hehehee...amik aura ...

Yang nipun keluaran Akak Kembang ek ... kain 2 tahun lepas jugak ...
Sekian, laporan Hari-Hari Hari Raya dari Akak Kembang :)

22 July 2016

RAYA 2016 (PART 2)

Sambungan Raya Akak Kembang …
Malam raya pertama tu, kami sekeluarga balik Seremban. Kami sampai lewat malam di rumah mentua. Esoknya, ajak mak abah mentua balik kampong mak mentua di Chembong, Rembau. Aku memang suka balik Chembong sebab boleh makan masakan pure Negeri Sembilan. Paling suka rendang itam yang induk (adik mak mentua den) buat. Lupa nak mintak resepi :) Lepas makan rendang sedap induk buat .... kami dihidangkan pulak masak lomak rebung. Perghhhh!!! Memang terangkat …
Punah diet hakak tau ...
Dekat setengah hari kami beraya kat rumah peninggalan arwah wan (mak mentua den punyo omak). Tetamu datang silih berganti dan aku salute kat induk sebab kena masak banyak-banyak tanpa mengeluh pun.
Sebelum balik moh kito bergambor dulu :) Rumah peninggalan nie dah jadi port kami possing ala-ala kampong ...

Cakkkk!!!

Kali ni anak teruna hakak memberi kerjasama yang suam-suam pabila nak bergambar ... hehehehe ...

Feeling ala-ala perantin baru gitew sebab sedaro Abang Kembong ingat kami baru nikoh ... wakakakaka ...

Permintaan Qayyum sendiri nak bergambar ...

Kami tetamu terakhir yang balik dari umah induk ... thanks induk sebab masak sedap-sedap untuk kami ...
Balik dari Chembong, kami singgah Rembau, rumah makngah (kakak mak mentua den). Lepas kenyang singgah Seperi pulak. Memang makan je keja kami haritu …
Tiap kali datang Seperi mesti tenang sebab dekat ngan gunung ganang ...

Nampak belakang tu gunung ganang ... banyak pokok petai tau ...
Okay! Jom pulang ... petang kang nak balik Sungai Buloh balik :)

21 July 2016

RAYA 2016 (PART 1)

Salam Lebaran ke 16. Amacam raya korang? Raya aku macam biasa-biasa je. Dah namanya raya kan ... haruslah beraya-raya ... hehehehe ... Prinsip selagi ada bahagia mari kita kita bahagia masih dipraktikkan.
Awalnya, Abang Kembong ajak beraya di Seremban tapi ada sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan, maka hakak suka sakanlah dapat beraya di Sungai Buloh. Terima kasih Abang Kembong sebab sentiasa memahami jiwa raga bini mu ini. Dia takut banjir melanda katanya :) Sayang abang ketat-ketat. Janganlah ada yang kecam hakak pulak, balik-balik raya Sungai Buloh jer tau … rumahtangga hakak … biar hakak je yang hadap tau. Jaga jer rumahtangga hangpa ...
Tahun ni giliran adik tengah aku pilih tema baju raya. Maka jadilah #teambabyblue untuk baju raya kami tahun ni. Gigih beli kain sekodi (hahaha … tipu je). Ada yang tanya beli kain kat mana? Hakak beli kat Jakel yang murah-murah jer. Pastu tempah kat Kak Ani Tailor. Tudung opkos dari Vanilla Jasmine by Mulin. Baju melayu plak pun semua tempah. Dulu selalu tempah ngan tailor Bangladesh tapi baiya dah keje kat Arab pulak … so port baru tempah kat tailor Kemboja pulak. Janji murah kan ... hehehehe …
Malam Raya ...Malam raya biasanya ada acara Baraan Raya. Alhamdulillah, masih diamalkan di Sungai Buloh. Semoga ada kesinambungannya kelak ...
Pagi Raya ...
Seperti biasa, lepas balik sembahyang raya, isi perut dulu ... baru kami saling bermaafan (gambar salam menyalam tak sempat nak masuk sini). Lepas tu terus siap-siap nak balik kampung Mak pulak (dengar macam jauh je kan ... kekeke). Kenapa tak balik kampung Abah? Sebab rumah yang kami duduk tulah kampung Abah ... kekekekeke ...
Tapi sebelum balik kampung haruslah kena amik gambar raya dulu kan ... hehehehe ...
"Pah dah pakaikan butang baju melayu untuk abang ni ... jangan nak menggatal pi nikah sorang lagi plak" :mrgreen:
Makku yang jelita bersama Abahku yang hensem gitew ...
Girls in the house :)
Belum pi beraya, sampin Qayyum dah tercabut.
Atuk dan nenek bersama cucu-cucu yang tak lengkap. Yang lagi berdua bapak tak bagi beraya kat Sungai Buloh ... huhhh ....
Keluarga kecil hakak ...
Single mingle makngah bergambar ek ... tunggu anak-anak tak kunjung tiba gamaknya ...
Keluarga kecil adik bongsuku ... Rara & Roro  :lol:
Selamat Hari Raya dari Akak Kembang sekeluarga  :lol: Yeyyy!! sampai kampung dah .... padahal kampung sebelah jer ...
Gabungan sedara Abah di petang raya ...
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Akak Kembang vs Abang Kembong.
P/S : Gembira di atas kegembiraan orang lain adalah suatu perasaan yang amat bahagia. Tapi jika iri dengan kebahagiaan orang itu adalah sifat yang perlu dicampak sejauh-jauhnya. Setiap insan berhak merasa bahagia selagi bahagia itu hak mereka. Hidup ini tidak lama. Esok lusa pasti masa kita. Renung-renungkan :)