23 September 2016

Produk Seqy Beauty Skincare Sesuai Untuk Kulit Bermasalah

Aku jarang nak review produk-produk skincare sebab aku tak jumpa produk sinkcare yang betul-betul mujarab ngan kulit muka aku. So, aku malas nak buat review percuma setiap kali guna produk tertentu.
Kult muka aku jenis sensitip. Ingatkan hati je sensitip ... rupanya muka pun lagilah sensitip.
Jerawat dan aku berpisah tiada ... huhuhuhu ... Selalu henpon Oppo Abang Kembong jadi mangsa semata nak bagi muka nampak flawless gitew ... Tapi nak buat camno … jerawat dan aku takleh berpisah  ...
Sedih beb! Tengok muka kengkawan licin mulus macam Neolopa tapi muka hakak bak bulan mengambang. Memang perasaan down selalu menghantui aku terutama bila datang bulan tapi aku kena redha dengan pemberian Tuhan  :-|
Dari remaja sampai dah ada anak remaja, dah macam-macam produk skincare aku guna. Korang sebutlah produk apa yang boleh hilangkan jerawat ... mesti aku cuba. Dari yang murah sampailah ke mahal. Awalnya memang muka jadi cantik ... beberapa bulan kemudian ... mula nampak kesannya. Cuma kesannya pada aku adalah tidak baik malah makin teruk.
Last produk muka aku gunakan adalah jenama 'Donkey' (bukan nama sebenar :) ). Terkesan dengan iklan kat tv dan radio. Akupun trylah untuk kulit sensitip. 2-3 bulan pakai nampak flawless tapi still kuar jerawat bila time bendera jepun. Lepas 2-3 bulan pakai ... muka aku mula keluar jerawat batu. Jerawat yang jenis bernanah. Habis muka aku masa tu ... sedih yaamat! Pastu ...sebulan aku stop tak pakai apa-apa. Cuma pakai sabun 'Eppy' (bukan nama sebenar jugak). Still camtu gak muka aku ... sedihnya tengok muka sendiri. Aku research lagi 2-3 produk yang tengah hot kat pasaran. Ada banyak terutama produk-produk nyah-nyah ni. Cantiknya aku nengok dorang ... tapi aku cuba try test tak mau terpengaruh lagi. Aku syak mungkin muka aku takleh guna bahan yang mengandungi bahan kimia kot.
Mengikut kajian aku, kebanyakkan produk skincare yang aku guna sebelum ni ada mengandungi bahan kimia. Tu pasal muka cepat cantik kot tapi sekejap je. Lama-lama jadi mak lampir. Itu pengalaman akulah. Tak semua yang sesuai kan. Macam adik ngan mak aku ... okay je dorang pakai brand yang tengah femes sekarang ni. Adik aku pakai skincare 'Taton' (nama samaran) ... cantik je muka dia. Aku tak sesuai plak ... huhuhu ...
Alternatifnya, aku kena cari produk skincare yang bebas bahan kimia kot. Maybe mengambil masa yang panjang tapi kalau kesannya menakjubkan apa salahnya mencuba kan ...
Perubahan selepas sebulan ... Jerawat bernanah kian pulih ... Abaikan kekembangan hakak ek  :lol:
Inilah Produk Seqy Beauty (isi dalamnya akan aku kupas kemudian)
Mungkin produk Seqy Beauty masih belum terkenal seperti jenama-jenama yang tengah femes sekarang ni. Aku nekadkan hati nak cuba walaupun produk ni agak mahal jugaklah. Lepas tengok review pengguna Seqy Beauty, aku nekad nak cuba. Yang penting Produk Seqy Beauty bebas bahan kimia :)
Alhamdulillah, aku pakai produk Seqy Beauty ni masa jerawat nanah aku tengah membiak dengan jayanya. Dalam 2 minggu guna, jerawat dah kecut dah hilang sikit demi sedikit. Suka sangat. Tapi tak boleh suka jugak. Kena tunggu 2-3 bulan lagi ... baru tau hebat ke tidak produk Seqy Beauty.
Nanti Akak Kembang sambung lagi ek ... kalu korang berkenan nak cuba Produk Seqy Beauty ni boleh contact :
P/S : Iklan ini adalah percuma jer ... hehehehe ...

19 September 2016

Misi Mencari Durian Bentong

Musim dorian tak habis lagi kan???
Bukan apa, takut ada yang mengidam ... kang jenuh hakak nak menjawab. Kot-kot ada yang mengidam bolehlah lagi cari dorian ni kat Bentong kan ... hehehehe ...
Sebenarnya Misi Mencari Durian Bentong ini adalah perancangan last minit. Masa kenduri rumah Iwan ritu, dorang dah rancang-rancang nak mencari durian especially Durian Musang King. Lagipun semuanya hantu durian maka makin berkobar-kobarlah nak gi Bentong. Tak sangka pulak menjadi dan sampai ke Bentong pulak nak mencari durian.
Perjalanan dari Sungai Buloh ke Bentong cuma mengambil masa satu jam sahaja.
Kami bertolak dari Sungai Buloh jam 10.00 pagi. Tidak sampai separuh jalan, kami terima whatsapp dari Geng Copy Paste ... brek kereta Iwan tak makan pulak. Alamak! menggelabah sekejap memasing. Kesian Iwan ... dia yang beria-ia nak makan Durian Bentong. Demi kawan-kawan ... Iwan sekeluarga tumpang kereta Isma. Kereta tinggal di stesyen minyak. Terharunya ... sob!sob!
Hampir sejam, kami sampai di pekan Bentong. Abang JJ dan Ijue dah menunggu kami di Dataran Bentong (dorang sekeluarga tidur kat Bentong). Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Dusun Durian kepunyaan majikan Abang JJ.
Perjalanan menju ke dusun durian  :lol: Kami melalui kawasan penempatan orang asli.
Sampai jugak ke Dusun Durian Bentong ni ... kedatangan kami disambut hujan renyai-renyai ...
Sementara menunggu hujan berhenti, kami berkelah dulu. Memasing bawak makanan.
Sorang sikit bawak jadi banyak jadinya. Alhamdulillah.
Makan dulu tapi jangan kenyang sangat. Kejap lagi nak makan durian pulak ... hehehehe ...
Rezeki kami dapat durian free jer dari jiran sebelah (kebetulan bos Abang JJ pun datang jenguk dusun dia ... hehehe). Apalagi!!! pantang di offer ... laju ajer kami menerimanya ... lagi power bila bini-bini jadi tukang kopek dorian ... power sehhh!!!
Tak dapat Musang King ... dapat Perak King pun jadilah (janji free). Uncle kata dia tak berani ambil Musang King sebab harga weekend agak mahal. Tak kisahlah janji ada durian. Perak King ni tebal isinya ... kuning isinya ... manis isinya ... sedaplah isinya.
Jangan tanya aku mana lagi sedap antara Musang King dan Perak King ek ... sebab bagi aku semua sedap .... maklumlah hantu durian kan. Lagipun aku mana pernah makan Musang King lagi ... kekekeke ...
Tapi kalau tanya aku mana lagi sedap antara durian yang ada gred ni dengan durian kampung? Jawapan aku lagi sedap durian yang ada gred ... wakakakaka ... dah dapat yang mahal terus lupa durian kampung ek ...
Masa untuk memborong durian nak bawak balik pulak. Uncle ni tokey durian merangkap penjaga dusun durian ni. Sebelum kami memilih, uncle bagi penerangan terlebih dahulu tentang jenis-jenis durian. Macam-macam jenis durianlah ada dan uncle ni memang dah kenal kriteria durian yang ada. Kami pun teruja mendengar ... kalau kena kelentong pun pedehal ... haahaha ...
Memasing wajib possing dulu dengan durian :lol: Ada macam-macam jenis gred durian. Ada durian gred D24, D33, D66 ... D916 pun ado  :-P
Yang Akak Kembang & Abang Kembong pegang ni durian gred D916 kot ... kekekeke (ada ke?)  :-P
Selesai uncle beri penerangan, dah pegang-pegang, dah possing ngan durian ... masa untuk memilih sambil di pantau oleh uncle. Mana yang tak elok uncle akan bagi tau. Bab pilih memilih bukan pakar aku. So, serahkan pada yang pakar ... hehehe ...
Dah sudah memilih untuk masing-masing punya, masa untuk timbang berat pulak. Bab kopek durian ... bab timbang menimbang ni kita serahkan pada businesswoman kita, Puan Ida. Harga dan berat dia boleh kawtim ngan uncle :-P
Harga durian sekilo RM8 tak kira gred apa-apapun. Murahkan??
Di dusun durian ni jugak ada anak sungai yang jernih dan bersih.
Budak-budaklah yang dapat mandi pun. Cetek sangat airnya ... tak sesuai untuk mak bapak ... hehehehehe ... baik kami makan durian ...
Bukan hantu durian.
Balqis memang tak suka durian. Qayyum layanlah jugak tapi tak sehebat mama dia yang boleh habis 2 biji durian sekali hadap :mrgreen:
Selain pokok durian dan sungai, terdapat kolam ikan talapia. Memang membiak dengan jayanya. Seronok tengok. Nasib baik tak bawa tangguk ikan ... hehehehe ...
6 mak dara pingitan :-P
Alhamdulillah. Misi mencari Durian Bentong berjaya akhirnya. Tak pernah hakak mencari durian kemain jauh ni. Inilah julung-julung kalinya ... hahahaha ...
Terima kasih buat Abang JJ, Ijue dan anak-anak yang rajin melayan kerenah kami. Tak sangka dapat jugak jejak Pekan Bentong ni ...
Ada jodoh ... ada umur yang panjang ... ada rezeki lebih ... tahun depan sampailah lagi ... boleh bawak kawan-kawan yang tak dapat pergi ritu  :-P
Belum habis lagi tau story Misi Mencari Durian Bentong ni tau ... Jika ke Bentong mencari durian ....
Boleh cari abang ni ek.
Ok bai!!! :lol:  :lol:

16 September 2016

Family Day Geng Copy Paste | Ronda Pulau (Final)

Selamat Hari Malaysia! Sapa tak pi mana-mana tu meh baca story Akak Kembang ke Pulau Pangkor lagik ek ...
Tak puas sebenarnya percutian 2H1M ni ... sekejap je dah nak balik ... huhuhu ...
Next trip harus 3 hari 2 malam ... baru bahagia ....
Apapun, sebelum balik mari kenyangkan perut dulu. Pakej hotel yang kami ambil dari Anjungan Beach Resort ni termasuk sarapan pagi. Makan kenyang-kenyang lepas tu boleh sambung aktiviti bebas.
Ada ruangan membaca jugak ...
Breakfast menghadap swimming pool ...Tak sabar nak berendam ... hehehe ...tapi sebelum berendam nak jalan-jalan tepi pantai dulu ...Tak pernah nak complete kalau bergambar berempat. Adik Qayyum memang tak sporting ...Nak mandi laut macam malu plak ... hahahaha ...
Cantiknya laut ... tenang sangat ... rasa macam taknak balik jer ...
Lagi cubaan berempat yang tak menjadi ...
Dalam pukul 12 tengahari kami berkumpul semula di lobi hotel. Lepas ni nak ronda-ronda sekitar Pulau Pangkor pulak.
Tempat menarik di Pulau Pangkor yang patut korang kunjungi ialah Kilang Satay Ikan.
Kami dibawa ke Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin yang terkenal di Pulau Pangkor.Rasa macam syurga makanan pulak bila masuk ke dalam kedai di Kilang Ikan ni ... ada macam-macam jenis produk laut dijual disini.
Masa untuk mengepow babah ... hahahahaha ...
PS Ikea tersengih jer ....
Selain makanan laut, Ikan Bilis dan Ikan Masin juga turut dijual di Kilang Satay Ikan Hai Seng Hin ini. Semua pulun borong stok ikan bilis dan ikan masin. Harganya agak berpatutanlah dari Sungai Buloh ... hehehe ...
Akak Kembang pun tak terlepas nak memborong Ikan Bilis Mata Biru. Freshhh katanya ...
Tak sampai sejam memborong, kami dibawa ke tempat tarikan kedua terkenal di Pulau Pangkor iaitu Tokong Ular.
Kami cuma bergambar di luar je ... tak masuk pun ke dalam ... tak taulah ada ular ke tidak ... hehehehe ...
Rindunya korang pulak ... hehehe
Kemudian kami di bawa ke tempat tarikan ketiga di Pulau Pangkor iaitu Kota Belanda. Kubu peninggalan di zaman peperangan yang berusia lebih 300 tahun.
Mini mine :)
Panas lit-lit tetap gigih possing ...
Misi gigi ... hehehe ...
Tak semua dapat bergambar sebab dorang dah dibawa lari oleh pakcik van ... hehehehe ..
Jom pulang ke Sungai Buloh ...
Rezeki kami dapat naik feri 2 tingkat. Dapatlah kami fefeling ala-ala filem Titanic gitew ... hehehehe
Fefeling Titanic ke bang ... hehehehe ...
Ahamdulillah ... selamat sampai ke Jeti Lumut lebih kurang jam 3.30 petang. Kami semua berpisah di jeti Lumut. Masing-masing ada yang nak terus balik. Ada yang nak sambung shopping ...
Terima kasih buat semua ahli keluarga Geng Copy Paste yang amat sporting morting baik dari suami/isteri dan anak-anak. Moga ikatan persabahatan tidak terhenti di sini. Semoga kekal dan harmoni hendaknya.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube
Entri berkaitan boleh baca :-