30 November 2016

BERMALAM DI THE KABIN, JERAM


Cakkkkkk!!!
Assalamualaikum....
Susah tau nak dapat siaran langsung dari kaqlin ni....heheehehe...
Percutian ini adalah tidak dirancang lebih awal. Pada mulanya merancang nak ke Kuantan. Hotel pun dah siap booking. Cuti pun dah apply. Sekali lupa pulak musim tengkujuh sekarang ni. Kena ubah plan gamaknya. Nasib baik booking tanpa bayaran dengan agoda. Boleh cancel booking awal-awal.
Bila dah berjanji dengan budak-budak ni memang payah sikit jika tak tunai. Kesian pulak tengok muka sedih dorang. Bukanlah nak ajar anak-anak bila setiap kali cuti sekolah kena pi bercuti. Orang kata ukur baju di badan sendirikan. Akhirnya, Pak Ra Shid pulak suruh cuti tempat yang dekat-dekat je sebab cuaca sekarang ni tak menentu. Cari punya cari.....
Yes! Akhirnya pilihan kaqlin nak cuba Container Hotel. The Kabin, Jeram, Pantai Remis adalah pilihan hati kaqlin.
Oklah...Kaqlin belanja korang kolam mandi best di The Kabin dulu ek....ok bai ?
P/S : Jemput follow Intagram kaqlin Akak Kembang kalau nak tengok gambar oversiti kaqlin yang lebih banyak ek. 

22 November 2016

Travelog : Jalan Asia Afrika & The Stone Cafe, Bandung (Part 4)

Masih di hari kedua ...
Selalunya kalau pegi mana-mana tempat, aku suka cari tempat makan best. Macam kat Bandung ni, taknaklah cuba tempat yang dah pernah makan. Kali ni, aku nak cuba tempat makan baru. Jom!!!
Cosplay Jalanan di Jalan Asia Afrika, Bandung
Dalam perjalanan menuju ke tempat makan makan kitaorang tu, Mas Iga Igol (baru tau ejaan nama driver kitaorang kat dalam FB wife dia ... tapi sebut Ige ...hehehehe) memberitahu kami tempat tarikan baru di Bandung. Kata Mas Igol, di sepanjang Jalan Asia Afrika, terdapat ramai artis jalanan yang memakai kostum yang menyerupai watak-watak seperti dalam filem-filem terkenal hollywood dan indonesia.
Memang kami tak lepaskan peluanglah ... cepat-cepat suruh Mas Igol berhentikan mobil.
Kat situ, korang boleh berselfie dengan pelbagai watak yang memakai pelbagai kostum. Lepas selfie jangan lupa bagilah sedikit tip pada mereka. Tabung memang disediakan. Paling best, nak ketip gambar berapa banyak pun dorang memang sporting.
Akak Kembang memang takleh nengok buku ... tiba-tiba bajet jadi ulat buku pulak.
"Dan Bandung bagiku bukan cuma masalah geografis, lebih jauh dari itu melibatkan perasaan, yang bersamaku ketika sunyi" - Pidi Baiq
Kebanyakan jalan di Bandung macet sebab ada pembaikan jalan raya di sana.
Kebetulan tema kami serupa ... hehehe
Comel kan :)
Bangga Micky Mouse dapat possing ngan Akak Kembang kan ... hehehe ...
Sejenis Superhero yang aku tak tau namanya ... hahahaha
Superhero comel ...
Nasib siang ... tak takut sangat ngan Cik Ponti ...
Cik Ponti yang bernama Suketie Binti Suzhana ... seramm mehhh!!! 
Pari-Pari comel ...
Pari-Pari vs Paru-Paru
Nak jadi Superwoman, kostum plak tak bawak ... hehehe ...
Mas Igol bilang lagi, jika malam hari lagi banyak cosplay yang ada. So, kami decide nak pi makan dulu. Nanti malam singgah lagi. Memang sporting Mas Igol ni melayan kami ... hehehehe ...
The Stone Cafe, Bandung
Agak terkenal di Bandung buat kaki makan. Kedatangan kami diiringi hujan renyai-renyai. The Stone Cafe terletak di atas bukit. Tak sangka Bandung ada tempat makan cool camni.
Korang boleh pilih tempat makan ikut pilihan hati. Terdapat banyak kategori ruang makan.

Pilih tempat makan bersila ... boleh baring-baring kan ... hehehehe ...
Appetizer pilihan kami iaitu sejenis tahu yang digoreng (lupa nama apa). Rasanya memang sedap bangat dong!
Paksa adik Moon makan beef grilled ... sebab aku nak makan nasik. Laparrr .... Air Sirsa (Durian Belanda) memang sodap gilakkk!! Dah lapar semua sedap kan ...
Disebabkan baru lepas hujan, maka tak dapatlah tengok view Bandung malam tu. Tertutup dek kabus.
Nak dengar citer tak? Masa kami tengah makan, ada geng belakang kami tu yang aku bajet maybe cha-nya-nun-alif negara jiran ... tengah borak-borak. Sekejap dengar Malaysia ... sekejap dengar Sungai Buloh ... aku syak mesti cerita Mat Pekan kot ... Semalam uncle kedai baju tu tanya pasal Mat Pekan gak ... malu weiiiii ...
Kalau tunggu lama sikit, ada live band kat The Stone Cafe ni ... disebabkan dah gelap ... kami pulang jelah dulu. Nak susun barang-barang lagi.
Sebelum dihantar ke hotel, Mas Igol bawak kami ke Jalan Asia, Afrika sekali lagi. Ingatkan dia lupa ... hehehehehe ... tu yang bagusnya supir kami dari Pakej Supir Murah Bandung
Sambung mencari Sundal Bolong dan Amukan Pocong ... hehehehe ...
Memang malam tu aku tak lena tidur dok terbayang 2 hantu ni ... kekekeke ...Suria Perkasa Hitam ... Eh! betul ke? hahahaha ...
Mother of the Ghost ... apa nama hantu ni ntah ... aku ingatkan perempuan rupanya lelaki ... hehehe ...
Hantu ni sopan jer ... nak amik gambar siap cakap maaf ya ... takut terpegang bagai agaknya ...
Habis segala cosplay aku terjah ... masa untuk beradu pulak walaupun baru jam 7.30 malam.
Mall di Fave Hotel Braga Bandung ...
Waktu balik, Mas Igol hantar kami ikut pintu depan Fave Hotel. Memang happening di sepanjang jalan Fave Hotel ni. Semuanya bakal merobek dompet kami ... hehehehe ...
Letak barang dalam bilik, kami turun semula. Bila malam memang ramai orang menjual kat lobi mall Fave Hotel ni.
Kuar jenjalan kat luar ... tetiba brader ni tanya :
"Kakak kalo minum susu rasanya apa?"
Aku ngan Moon tercengang jap. Nak try lawak solo ke brader ni. Nasib baik muka dia innoncent giler.
"Rasa susulah dek non..." "Saya jualnya susu rasanya cokelat kak ... boleh beli 20,000 rupiah ajaaa"
Ooooooo .... nak jual susu rupanya. Bagus marketing brader ni. Disebabkan dia jual sambil buat charity aku pun trylah satu sebab adik Moon memang tak minum susu.
Memang susu brader ni jual rasa cokelat ... hehehehe ...
Hasil borongan hari kedua ... masa untuk mengemas ...
Ok bai ... sambung lagi nanti ...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

16 November 2016

Travelog : Pasar Baru, Bandung (Part 3)

Hari kedua di Bandung ...
Malam di Bandung terasa panjang sangat. Maklumlah ... tidur awal malam tu kan. Memang lena sampai dua tiga kali bangun ... bilalah nak subuh ni ... hahahahaha ... Selepas breakfast, jam 9.00 pagi dah janji jumpa Mas Iga di parking. Memang tepat waktu Mas Iga sampai.
Tak sabar sebenarnya. Jika ke Bandung wajib singgah Pasar Baru, Bandung. Bersedialah dengan stamina kaki yang kuat dan rupiah yang banyak. Jangan lupa kuatkan iman ye ... hehehehe ...
Pasar Baru, Bandung mempunyai 8 lantai (tingkat) termasuk parking. Pelbagai barangan dijual disini. Dan sila percaya ... sehari suntuk di Pasar Baru tak akan cukup buat kaki shopping macam kami :)
Misi pertama adalah mencari baju untuk mak kami yang jelita. Selagi tak beli selagi tu asyik tanya ... hehehehe ...
Sekarang kan trend jubah dan tudung camni. Memang cantik-cantik. Rambang mata nak pilih mana satu untuk mak kami.
Moon menggayakan busana Indonesia. Dah macam ustazah Murni gayanya ...
Settle baju mak, nak cari kain lace pulak. Ada banyak kedai kain lace di Pasar Baru tapi kami suka ke kedai kain lace Laksmi Textile.
Geram-geram tengok lace kat sini.
Satin pun banyak. Harga memang berpatutan.
Cantiknya Prada Lace. Tapi aku tak beli pun. Tak sesuai cuaca di Malaysia. Very hot!
Sedap betul nengok kuih tu ... tapi tak berani nak beli sebab takut sakit perut. Dah terdedah je kan ... harap maklumlah ...
Tengok kuih perut jadi lapar. Kami terus ke food court Pasar Baru di lantai 7. Masuk je dalam food court tu ... mula jadi bingung sebab lalu dari satu kedai ke kedai sambil semua peniaga berteriak suruh ke kedai masing-masing. Kitaorang  gelak-gelak sambil tak tentu arah mana satu nak makan. Masalahnya ngan pelancong je dorang berteriak cam tu ... kekekeke ... kelakar pun ado ...
Tak tau nak pilih kedai mana satu sebab semua kedai sama je makanannya dan dekorasi lebih kurang sama jer ...
Akhirnya kami pilih kedai yang mula-mula lalu ... Menu untuk berdua tapi boleh makan 4 orang. Harga 95,000 ribu untuk set ini (RM31)
Lepas kenyang, kami teruskan pencarian kami. Nak cari telekong pulak.
Punyalah banyak kedai telekong, kedai sis ni jugak kami terpikat.
Cantik kan telekung ni. Macam-macam pattern telekong kalau di Bandung ni ...
Telekong travel. Wajib beli buat stok ... hehehehe ...
Dah settle untuk diri sendiri, baru boleh cari barang Abang Kembong. Tak tau nak beli apa. Teringat jaket dia yang bertahun tak tukar dan dah koyak pun ... terus cari jaket motor.
Tadaaa ...
Cun tak jaket Abang Kembong. Tapi model tu bukan Abang Kembong ek ... Menyesal beli selai je ...
Tips Shopping di Pasar Baru : Korang boleh start samada dari tingkat atas ataupun dari tingkat bawah sekali. Kami start dari tingkat atas sebab supir dah parking kat tingkat atas. Pastikan korang terus beli jika ternampak barang yang berkenan dihati sebab nanti bila korang pusing-pusing dan cari balik mesti tak jumpa. Tu yang terjadi pada adik Moon. Nampak cadar murah, pastu kata nanti nak balik baru singgah beli. Sekali bila dah nak balik tawaf seploh kali pun still tak jumpa kedai cadar nanti. Kan dah menyesal.

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

14 November 2016

Travelog : Bandung 2016 (Part 2)

Masih hari pertama di Kota Bandung ...
Habis makan siang di Kampung Daun, kami request nak gi Toko Mahmud. Toko Mahmud ni terkenal dengan jualan produk kecantikan dengan harga yang murah. Aku taupun melalui mas google :)
Dah sampai Toko Mahmud. Tak sabar nak borong barang make up ...
Memang ramai orang dalam Toko Mahmud ni. Nak jalan pun selisih bahu. Penuh dengan orang-orang Bandung je. Orang Malaysia hanya aku ngan adik Moon jek. Memang ada macam-macam jenis produk kecantikan pelbagai jenama di jual di Toko Mahmud ni. Harga pun boleh tahanlah ... cuma tak larat nak berpusu-pusu pilih barang. Aku jadi pusing donggg!!
Moon cari barang-barang make up dialah. Make up artistlah katakan ... hehehe ... Aku beli scrub muka dan badan cap Sari Ratu je. Bolehlah dari tak beli apa-apa kan ...
Alamat Toko Mahmud :-
Pasir Kaliki Jl. Mahmud No.8, Pamoyanan, Cicendo, Kota Bandung, Jawa Barat 40218, Indonesia
Waktu perniagaan : 8.00 pagi - 6.00 petang
Seterusnya, kami ke Jalan Riau. Jalan Riau terkenal dengan factory outlet. Tapi kalau tanya aku best ke idak FO Jalan Riau ni? Biasa-biasa jer. Harga pun lebih kurang Malaysia. Kualiti pun biasa jer. Tapi!!!sapa ada anak kecik memang giler sebab baju budak-budak cecantik.
Untuk pengetahuan, Grande di Jalan Dago sudah tutup. Sedih giler kot. Bila tengok FO di Jalan Riau macam tak best, Jalan Dago pun kami pangkah takyah singgah. Terus kami ke Rumah Mode.
Tak banyak pun membeli. Harga baju di Rumah Mode pun agak mahal.
Pastu singgah Collector Parfume depan FO Oasis, Jalan Riau. Nak beli parfume stok 5 tahun ... hahahaha ...
Hambik ko!!! buat stok 5 tahun. Rugi beli yang ori. Sekarang kena jimat cermat ...
Tips : Dah beli banyak botol parfume ni kenalah ada cara nak simpan. Takut pecah pulak botol nanti. Korang kena letak botol perfume ni dalam gulungan baju bagi mengelakkan botol pecah nanti. Letak dalam bagasi tau. 
Selesai parfume ... singgah cari makan malam pulak. Kami decide tapau je untuk dinner ni. Walaupun belum malam, kami nak check in hotel dulu. Nak rehat-rehatkan kaki sebab esok lagi mencabar jalannya ... hahahaha ...
Kali ni kami nak cuba makanan Bandung yang tak pernah kami cuba, jadinya kami cuba Martabak San Francisco yang tengah ngetop di Bandung.
Inilah kiosk Martabak San Francisco. Kiosk yang Mas Iga bawak ni berdekatan Jalan Riau.
Ralit tengok bro ni buat martabak. Di Bandung, dipanggil Martabak Manis. Kalau kat Sungai Buloh kita panggil Apam Balik. Kemain manisnya aku tengok termasuk tukang buat :)
Mesti cuba jika ke Bandung!
Martabak Special Sapi San Francisco. Rangup. Padat. Isi tebal. Harganya pula 115,000 rupiah jer. Agak mahal tapi berbaloi sebab sedap giler.
Siap tapau martabak, kami langsung minta dihantar ke hotel. Tak sabar nak lunjur kaki ni ... hehehehe ...
Fave Hotel Braga Bandung
Rupa-rupanya Fave Hotel ni bersebelahan je ngan Aston Braga (hotel yang pernah aku nginap tahun 2012). Fave Hotel ni bersebelahan dengan shopping mall. Tapi shopping mall biasa-biasa je ...
Fave Hotel Braga, Bandung (Pinjam gambar mas google:))
wahhhhhh!!! pinky kaler gitew ...
Selesa, bersih, kemas. Memadai buat kami berdua ...
Bilik Fave Hotel. Shower ada kat sebelah. Toileteris cuma ada berus gigi jer. Nak lain kena caj.
Selesa sangat walaupun dapat bilik paling hujung. Bila nak tidur kami tak tutup tv pun ... hahahahaha...
Kafeteria untuk breakfast. Dekorasi menarik. Makanan macam biasalah ...
Cool kan?
Bilik spa di Fave Hotel. Balik shopping boleh urut kaki ...
Hasil borongan hari pertama :)
Memang saya rekomenkan Fave Hotel Braga, Bandung ni jika korang ke Bandung. Selesa dan berbaloi. Ada wifi termasuk dalam bilik.
Harga penginapan di Fave Hotel, Braga Bandung untuk 2 malam ialah : -
 938,561.37 rupiah (RM308.50)
bersambung ...

with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube