26 January 2017

TILAM TRAVEL

Anak aku 2 orang jer. Tapi kalau nak pi bercuti tu aku suka hangkut anak orang :) Baru meriah sikit kan ....
Pastu masa booking hotel, booking untuk bilik berdua jelah pulak. Dah menggelabah fikir acaner nak tidur nanti .... Nak tambah tilam kena tambah duit plak kan ... hakak sayang duit dek nonnn ....
Mari fikir jalan penyelesaiannya ....
Akhirnya, aku beli tilam travel ni kat Lazada. Dalam gambar aku tak dapat bayangkan camnerlah rupanya tilam travel ni kan. Sekali dah bukak ......
Alahaiii ... nipisnya tilam travel ni .... Kalau aku yang tidur mau sakit-sakit badan kot. Untuk budak-budak sesuai sangatlah ...
Zara jadi model tilam travel ...
Nak bawak toto besar sangatkan. Tilam travel ni memang sesuai letak dalam kereta. Saiznya kecil jer.
Harga tilam travel ni hanya RM38.04 di Lazada. Percuma bantal purple tu lagi tau.

20 January 2017

QAYYUM DAH MASUK TINGKATAN 1

Assalamualaikumwarahmatullah ...
Selamat Tahun Baru. Dah 20 hari di tahun baru baru sempat nak mengarang tentang tahun baru dan sekolah. Tak sempat nak wish sebab mood ke laut nak menulis. Dengan keadaan tak sihat. Dilanda batuk dan selsema. Pepaham jelah kalau hakak batuk kan makan bulan ... huhuhu ...
Harapan dan azam baru hakak untuk tahun ni sama je ngan tahun-tahun sebelum ni. Meh! akak list down apa wishlist akak untuk 2017 ni ek!
  1. Hakak nak kurus macam Kajol (48kg) ... huhuhuhu ... tak tercapai dari tahun lepas. Camner nak tercapai ... dah asyik mencekik je kan! hehehe ..
  2. Simpan duit bebanyak sebab hakak suka/banyak berangan. Nak pi Mekah lah ... nak pi Korea lah ... nak beli omeh lah ... so kena gigih simpan duit tahun 2017 ni ...
  3. Kunun-kununya nak lebih exercise. Maklumlah ... umur makin meningkat ni penyakit mudah singgah kan. So, nak tanamkan semangat atleast sebulan 2 kali jogging ... hahahaha ...
  4. Nak bawak family pi oversea. Tak kisahlah mana-mana yang boleh pegi ngan bajet hakak takat 2 ribu jer ... kekekeke ... verangan nak bawak budak-budak main snow ... harap-haraplah tercapailah sebab nipun wishlist tahun lepas ... huhuhuhu
  5. Nak beli kereta untuk diri sendiri tapi pemalas nak drive ... acaner tu? Berangan gak ni ... harap-harap tercapai ...
  6. Nipun wishlist dari tahun-tahun sudah ... huhuhu ... nak katam quran. InsyaAllah kena betulkan niat ... moga katam tahun ni.
  7. Akhir sekali .... wish me luck :)
Kebanyakan azam hakak semua carry forward dari tahun ke tahun. Tapi alhamdulillah, 2016 punya wishlist kebanyakannya tak wish pun tapi tercapai gak. Tu yang malas nak buat wishlist ni ... Apapun, akak harap 2017, diberikan kesihatan yang baik buat akak. Asyik sakit je ni ... huhuhu ...
Tahun 2017, kedua-dua anak hakak dah masuk sekolah menengah. Terasa tuanya hakak ... hehehehe ...
Anak bujang bagi Babah siapkan. 2 anak bujang Babah yang siapkan ikat tie. Hakak mana penah pakai tie ... hehehehe ...
Tahun ni, Kakak Balqis dah masuk form 4. Adik Qayyum pulak masuk form 1. Sangat mencabar menjaga anak-anak remaja zaman sekarang ni. Beza zaman hakak dulu. Dulu mak bising-bising tapi hakak reti jaga diri. Zaman sekarang mak bapak bising takut anak lari plak. Tu yang kena selalu pantau betul-betul kegiatan anak-anak.
Nasib baik adik Qayyum jenis suka kemas. So, Mama taklah teruk sangat nak touch up ... hehehehe ...
Tingkatan 1 dah tak sama kelas dengan kawan baik dia. Qayyum dapat kelas 1 USM, Abbas pulak dapat kelas 1 UIAM. Kakak pun dapat kelas 4 UIAM (Perdagangan). Harap-harap rayuan kakak Balqis nak masuk kelas akaun dimakbulkan hendaknya.
Masa aku form 1, mak abah aku tinggalkan je aku kat sekolah ... takde hal pun.  Tapi zaman ni kalau mak bapak tak join rasa berdosa sangat pulak ... hehehehe ...
Sepanjang anak aku sekolah, tak pernah tak join sekali masa hari pertama sekolah. Cuma bila kakak dah naik sekolah menengah, cuma hantar depan pagar sekolah jer. Dorang pun malu kot kalau mak bapak join masuk kelas :) 
Adik Qayyum sekolah petang. Kakak Balqis sekolah pagi.
Aku pulak memang suka cuti bila hari pertama sekolah. Bukan apa, dapatlah hantar dan amik dorang dari sekolah. Dorang pun suka sangat bila nengok Mama dorang yang jemput ... hehehehe ...
Moga 2017, semua urusan kehidupan dipermudahkan. Amin. Selamat Tahun Baru di hari yang ke 20 kawan-kawan. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Amin.

17 January 2017

HAPPY 16TH BIRTHDAY

Kepada cinta hati Mama.
Dari saat Mama lahirkan kamu, sehingga ke hari ini usiamu telahpun 16 tahun. Mama dan Babah tidak pernah menyesal melahirkan dan membesarkan kamu. Malah Mama dan Babah bangga dikurniakan anak seperti kamu. Yang jarang menyakiti hati Mama dan Babah (tipu kalau takde). Yang selalu menyejukkan hati Mama dan Babah (tapi banyak panas jugak kekadanglah). Yang tak  kuat merajuk sangat (tak boleh kalahkan Mama tau). Yang selalu tolong Mama walaupun banyak lagi kena belajar ...
Selamat Hari Jadi Fatin Farhana Balqis Binti Rashidan!
Semoga dilanjutkan usia. Semoga dimurahkan rezeki. Semoga berjaya dalam pelajaran. Semoga menjadi anak yang solehah buat keluarga.
Berjaya di dunia adalah bonus. Tapi berjaya di akhirat penentu segalanya. Mama, Babah & Adik sayang kakak ketat-ketat :)
Dari,
Mama with love

11 January 2017

Buat Kad Pengenalan Firhan Qayyum

Psttt!!! anak bujang hakak dah ada kad pengenalan. Dari start masuk darjah 6 lagi dia dah asyik tanya bila nak buat kad pengenalan. Nasiblah dik ... sapa suruh keluar bulan 12 ...
Akak buat i.c Qayyum dua hari lepas hari jadi Qayyum. Buat kat Plaza Masalam. Akak ni ada masalah sikit bila nak buat i.c ke pasport ke ... benda-benda yang melibatkan isi borang ni memang selalu lupa ... huhuhu ...
Lepas ambil nombor giliran, korang kena isi borang permohonan kad pengenalan. Jangan lupa bawak sijil kelahiran anak korang.
Contoh bagaimana nak isi borang permohonan Borang Kad Pengenalan Firhan Qayyum. Kalau tak reti jugak, kat papan board ada dilampirkan contoh isi borang permohonan.
Yang ni bahagian belakang Borang Permohonan Kad Pengenalan.
Pastu korang tunggulah sampai nombor dipanggil dengan sabar ye. Tapi tak lama pun menunggu. Sejam dua jam nombor korang naiklah ... hehehe.
Standby ....
Dalam masa 2 jam kad pengenalan boleh di collect. Tak payah nak datang 2-3 kali. Bagus betul Jabatan Pendaftaran sekarang ni. Hakak bagi 5 bintang :)
Lepas 2 jam boleh, boleh collect kad pengenalan korang kat kaunter 15 & 16. Jangan lupa ambil nombor giliran plak. Dan masukkan borang sementara kad pengenalan dalam box bersebelahan kaunter 15 & 16. Kemudian tunggu angka giliran korang dipanggil. Yang ni memang tak lama. Sekejap je ...
Tadaaaaa .... akhirnya Firhan Qayyum dah ada kad pengenalan. Bukan boleh nikah pun lagi ... hehehehe ...
Macam tak percaya jer adik dah nak masuk 13 tahun. Macam baru semalam je Mama lahirkan adik. Membesarkan sebagai anak yang soleh dan boleh berbakti pada keluarga. Mama sayangggg adik.