20 January 2017

QAYYUM DAH MASUK TINGKATAN 1

Assalamualaikumwarahmatullah ...
Selamat Tahun Baru. Dah 20 hari di tahun baru baru sempat nak mengarang tentang tahun baru dan sekolah. Tak sempat nak wish sebab mood ke laut nak menulis. Dengan keadaan tak sihat. Dilanda batuk dan selsema. Pepaham jelah kalau hakak batuk kan makan bulan ... huhuhu ...
Harapan dan azam baru hakak untuk tahun ni sama je ngan tahun-tahun sebelum ni. Meh! akak list down apa wishlist akak untuk 2017 ni ek!
  1. Hakak nak kurus macam Kajol (48kg) ... huhuhuhu ... tak tercapai dari tahun lepas. Camner nak tercapai ... dah asyik mencekik je kan! hehehe ..
  2. Simpan duit bebanyak sebab hakak suka/banyak berangan. Nak pi Mekah lah ... nak pi Korea lah ... nak beli omeh lah ... so kena gigih simpan duit tahun 2017 ni ...
  3. Kunun-kununya nak lebih exercise. Maklumlah ... umur makin meningkat ni penyakit mudah singgah kan. So, nak tanamkan semangat atleast sebulan 2 kali jogging ... hahahaha ...
  4. Nak bawak family pi oversea. Tak kisahlah mana-mana yang boleh pegi ngan bajet hakak takat 2 ribu jer ... kekekeke ... verangan nak bawak budak-budak main snow ... harap-haraplah tercapailah sebab nipun wishlist tahun lepas ... huhuhuhu
  5. Nak beli kereta untuk diri sendiri tapi pemalas nak drive ... acaner tu? Berangan gak ni ... harap-harap tercapai ...
  6. Nipun wishlist dari tahun-tahun sudah ... huhuhu ... nak katam quran. InsyaAllah kena betulkan niat ... moga katam tahun ni.
  7. Akhir sekali .... wish me luck :)
Kebanyakan azam hakak semua carry forward dari tahun ke tahun. Tapi alhamdulillah, 2016 punya wishlist kebanyakannya tak wish pun tapi tercapai gak. Tu yang malas nak buat wishlist ni ... Apapun, akak harap 2017, diberikan kesihatan yang baik buat akak. Asyik sakit je ni ... huhuhu ...
Tahun 2017, kedua-dua anak hakak dah masuk sekolah menengah. Terasa tuanya hakak ... hehehehe ...
Anak bujang bagi Babah siapkan. 2 anak bujang Babah yang siapkan ikat tie. Hakak mana penah pakai tie ... hehehehe ...
Tahun ni, Kakak Balqis dah masuk form 4. Adik Qayyum pulak masuk form 1. Sangat mencabar menjaga anak-anak remaja zaman sekarang ni. Beza zaman hakak dulu. Dulu mak bising-bising tapi hakak reti jaga diri. Zaman sekarang mak bapak bising takut anak lari plak. Tu yang kena selalu pantau betul-betul kegiatan anak-anak.
Nasib baik adik Qayyum jenis suka kemas. So, Mama taklah teruk sangat nak touch up ... hehehehe ...
Tingkatan 1 dah tak sama kelas dengan kawan baik dia. Qayyum dapat kelas 1 USM, Abbas pulak dapat kelas 1 UIAM. Kakak pun dapat kelas 4 UIAM (Perdagangan). Harap-harap rayuan kakak Balqis nak masuk kelas akaun dimakbulkan hendaknya.
Masa aku form 1, mak abah aku tinggalkan je aku kat sekolah ... takde hal pun.  Tapi zaman ni kalau mak bapak tak join rasa berdosa sangat pulak ... hehehehe ...
Sepanjang anak aku sekolah, tak pernah tak join sekali masa hari pertama sekolah. Cuma bila kakak dah naik sekolah menengah, cuma hantar depan pagar sekolah jer. Dorang pun malu kot kalau mak bapak join masuk kelas :) 
Adik Qayyum sekolah petang. Kakak Balqis sekolah pagi.
Aku pulak memang suka cuti bila hari pertama sekolah. Bukan apa, dapatlah hantar dan amik dorang dari sekolah. Dorang pun suka sangat bila nengok Mama dorang yang jemput ... hehehehe ...
Moga 2017, semua urusan kehidupan dipermudahkan. Amin. Selamat Tahun Baru di hari yang ke 20 kawan-kawan. Semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Amin.

No comments:

Post a Comment