7 February 2017

TRAVELOG BANDUNG & JAKARTA 2017 (Part 1)

Alhamdulillah. Rezeki Akak Kembang dapat jejak bumi Bandung lagi untuk kali ke 5. Ye! dah masuk 5 kali weiiii ... tak penah jemu kot.
Kali ni trip dengan department hakak. Trip kali ni kami akan jelajah kota Bandung dan Jakarta selama 4 hari 3 malam.
Seawal jam 4.30 pagi kami berkumpul di KLIA2. Mana yang nak check in bagasi boleh buat awal. Sementara tu kami lepak minum-minum dulu bagi terang mata.
Bertolak dari KLIA2 dengan menaiki Air Asia jam 6.40 pagi sebab tu je flight yang boleh bawak kami terus ke Bandung … hehehehe …
Kali ni Akak Kembang jenjalan bawak Abang Kembong. Kesian asyik kena tinggal je kan … sat gi dia cari Adik Keding masak hakakkkk … hehehe …
Semua bawak couple memasing kecuali yang paling kanan tu ... darah manis tu ... hehehe ...
Pak Hiba, Pak Rashid & Pak Syam
Alhamdulillah ... selamat mendarat tepat waktunya di Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung.
Dari jauh dah nampak nama aku “Alin HSK”. Ini merupakan kali kedua aku menggunakan perkhidmatan supir Angga dari Andra Rentour (Pakej Supir Bandung Murah). Dan nampak Mas Igol yang menjemputku. Bertemu lagi buat kali kedua sama Mas Igol. Dia pun terperanjat tengok muka aku lagi … hahahaha … mesti dia fikir aku ni orang kaya … selang sebulan datang Bandung lagi … hahahaha …
Kami decide tak mahu breakfast atas kapal. Kami nak breakfast di Bandung. Angga rekomenkan kami breakfast di Warung Suluh.
Terujanya bila masuk Warung Suluh ni. Semua bajet macam warung tepi jalan mula tu ... bila masuk ... wowwww ... memang best giler (aku akan cerita kemudian tempat makan best di Bandung).
Oh! ya ... sebelum meneruskan perjalanan, aku terus tukar simkad indon. Simkad tu dah pesan awal-awal dengan Angga. Tinggal bayar je nanti kat dia. Kami guna simkad XL yang berharga 100,000 rupiah (RM33.50). Tapi aku pelik, kenapa masa aku pi bulan 11 ritu, kemain laju internetnya tapi kali ni kemain siput internetnya ... huhuhuhu ... Kalau korang nak beli simkad ni berlambak jual kat luar airport tu. Tapi aku lebih senang suruh supir je belikan :)
Lepas breakfast kami terus ke Pasar Baru. Mas Igol turunkan kami di hadapan pintu besar Pasar Baru Bandung kerana van tu tak boleh naik ke tempat parking.
Kami terus berpecah memandangkan masing-masing ada arah tujuan memasing. Bukan apa, takut tak dapat beli apa yang berkenan di hati kalau jalan sesama nanti. Percaya tak aku ngan laki aku shopping sejam je kat Pasar Baru ... tupun sebab aku jadi Personal Shopper ... hehehehe. Lepas beli barangan kiriman aku ngan laki aku lepak sambil tunggu dorang shopping.
Hampir 4 jam di Pasar Baru, kami singgah Toko Tiga.
Sapa nak cari seluar jeans ... t'shirt ngetop boleh cari di Toko Tiga. Beli banyak boleh dapat diskon.
Sapa nak cari barang-barang aksesori motor, sekitar Toko Tiga ni ada beberapa kedai jual barang-barang motor. Tapi kami tak singgahlah sebab laki aku tanya supir selepas pulang dari Toko Tiga ... huhuhuhu ... memang takkan berulang kembalilah ke situ kan sebab nak kejar masa. Next time kita pi lagi ye bang ...
Kemudian kami ke Jalan Riau. Nak cari perfume di Collector Parfume. Kat sini pun aku jadi PS parfume :)
Jalan Riau ni ada factory outlet jugak. Korang kena rajin berjalan. Sapa malas jalan jadi cam aku ... makan aiskrim jer ... hehehehe ...
Muka suka gembira sebab Abang Kembong lenjer makan Ais Krim Durian Bandung. Rugi sapa pi Bandung tak try ais krim durian ni ... 2 skop aiskrim + seulas durian cuma 10,000 rupiah (RM3.35)
Masa gi ngan adik Moon ritu, dia sibuk nak try tapi aku yang tak konpiden nak makan. Tapi bila nengok stall Aiskrim ni suci bersih ... tu yang berani try :)
Sambil menunggu sambil berhibur. Memang suara orang Bandung sedap-sedap bangat ... Jangan lupa sedekahlah dalam senyap-senyap ... sebab kalau sedekah terang-terangan takut kena serbu nanti ... #matilanak
Geng Budak Kacamata :)
Hampir 2 jam berlegar-legar di situ, kami ke Jalan Asia Afrika pulak. Saja bawak dorang ke situ tapi tak semua turun pun. Memasing dah penat shopping kan. Macam aku memang tak reti penat sebab aku memang suka berjalan ... hehehehehe ...
Manjanya Abang Kembong ngan Doreamon ek ...
Disebabkan kekurangan wang kecil, tak banyak bergambar dengan cosplay di Jalan Asia Afrika ni ...
Mak lampir ke Mak Merah ni ...
Pandai Hantu Suster Ngesot ni ngajar kami possing ... habis aku ditolak-tolak sampai naik seram ...
Tu jelah yang sempat aku bergambar ... yang lain dah tak cukup duit kecil ... huhuhuu ... lepas ni aku nak bawak dorang pi The Stone Cafe plak. Mau makan malam.
Alhamdulillah. Cuaca malam ni nyaman dan terang sekali. Bolehlah lihat view Bandung. Dan nasib baik Angga dah bookingkan tempat untuk kami. Kalau tak mau menunggu lama.
Ada yang tanya, best ke makan situ? Mahal tak makanan kat situ? Nanti aku cerita lain tau ...
Habis makan baru kami akan check in hotel. Sebelum tu memang aku dah call kami akan check in lewat. Kali ni bos aku booking di De Java Hotel. Sebelum sampai aku tak dapat bayangkan kat mana hotel ni ...
Bila sampai je depan hotel, aku macam pernah lihat mall yang berhadapan dengan De Java Hotel ni. Rupa-rupanya De Java Hotel berhadapan je dengan Paris Van Java. Dan percayalah, walaupun seberang jalan, sekali pun tak sempat kami nak jejak kaki ke Paris Van Java sebab masa tidak mencukupi.
Aku suka hotel De Java ni. Superb best. Boleh direkomen pada orang ramai. Tapi kalau nak ke Pasar Baru ambil masa dalam 25-30 minit. Tapi pedehal ... supir kan adooo ... hahahaha ...
Katil best. Bilik best. Bilik air pun best walaupun takde bathtub. Toileteries ada walaupun cuma berus gigi nan sebatang, korek telinga & sabun + shampoo. Selipar ada 2 pasang. Mini peti ais ada. Seterika ada tapi kena mintak. Plug travel pun boleh mintak. Wifi free dalam bilik. Breakfast banyak pilihan. Ada kolam renang tau. Sapa larat boleh berenang-renang :)
Alamat De Java Hotel, Bandung :-
Jl. Sukajadi No. 148 - 150, Pasteur, Sukajadi, Kota Bandung, Jawa Barat 40161, Indonesia
No. Phone De Java Hotel : +62 22 2039888

Harga bilik di De Java Hotel untuk semalam ialah RM214.50.
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

No comments:

Post a Comment