26 May 2017

TRAVELOG : HO CHI MINH (Part 4)

7.5.2017 (Hari ke 4)
Hari terakhir di Ho Chi Minh City. Cepatnya masa berlalu. Dah nak pulang ke Malaysia. Flight kami jam 9.05 malam. Memang saja amik lelambat sebab tak nak terkejar-kejar masa. Kazen aku yang sorang ni salah enter masa booking tiket. Sudahnya, dia balik awal dari kami semua.
Hari terakhir pulak berlaku tragedi menggelabah sikit. Pengalaman buruk teksi Vietnam akhirnya berlaku ...
Masa aku tengah temankan kazen aku ni tunggu teksi kat lobi hotel, ada brader ni tanya kazen aku nak balik dah ek? Boleh tumpang/share teksi tak? Dorang bertiga nak 'drob by' kat kedai Lynda (kami tak singgahpun). Katanya kedai Lynda ni sejalan nak ke airport Ho Chi Minh. Bila tanya supervisor teksi ni pun jawab ‘can-can’ ‘same-same’. So, kami ni dok ingat maybe teksi tu boleh je 'drob by' kat kedai Lynda tu dengan harga yang sama. Pastu brader ni kata nak bayar sorang 20,000 dong (3 orang 60,000 dong). Bayaran teksi ke Lapangan Terbang Tan Son Nhat paling maksimum ialah 160,000 (lebih kurang RM32.00). Kazen aku pun setuju jelah kengkunun jimat sikit sebab share bayar teksi.
Tetiba kazen aku bagitau kat wasap, tambang teksi dah naik sampai 200,+++ dong lebih pulak. Dia memang dah asingkan 160,000 dong je untuk tambang teksi.
Tak lama tu, aku ngan mak pakcik makcik aku tengah lepak-lepak kat lobi hotel dengar macam suara kazen aku je tengah cakap dalam telefon dengan supervisor teksi. Pastu makcik tu dok ke hulu ke hilir keluar masuk hotel. Kejap dia cakap dengan kazen aku, kejap dia bagi receiptionist hotel cakap. Aku tak sedap hati dah sebab dok dengar makcik tu menjerit-jerit cakap ngan driver teksi ngan kazen aku.
Aku pulak rasa cuak. Selamat ke kazen aku ni … huhuhuhu … risau kemain dah ni. Rupanya kazen aku kena bayar tambang teksi sampai airport 360,000 dong (RM72). Kemain berganda pulak. Camnerlah kazen aku tak mengamok … huhuhuhu
Aku cuba slow talk dengan supervisor teksi tu … aku suruh je driver datang hotel ni balik, aku akan bayarkan tambang kazen aku tu. Nasib baik kazen aku ada duit RM, nak tak nak kazen aku kena bayar jugak tambang teksi tu. Kalau tak bayar driver teksi taknak bagi beg kazen aku. Haru!!
Sebenarnya sedikit salah faham berlaku antara kazen dan driver teksi tu. Sepatutnya, brader tadi kena bayar tambang teksi ikut meter sampai ke kedai Lynda tu. Tapi dia cuma bayar 60,000 dong untuk 3 orang. Padahal, boleh jer dia tengok meter teksi berapa dong yang patut dia bayar. Dan kazen aku pun memang terdetik nak tengok meter teksi tapi terbantut memandangkan dia duduk di bahagian belakang. Tu yang aku syak brader ni dah biasa buat taktik kotor ni kot … so dia memperbodohkan kazen aku. Kesian kazen aku kena tanggung lebihan tambang teksi pulak. Aku harap brader tu dapat balasan setimpalnya kerana mempergunakan  dan memperbodohkan orang.
Kisah ini moga jadi pengajaran buat semua. Jangan memandai nak tumpang-tumpang atau nak share teksi jika tak kenal. Kita punya nak elak kena tipu dengan orang Vietnam sekali kena tipu dengan rakyat Malaysia sendiri. Huhh!!
Bila kazen aku dah lepas dari tahanan teksi dan lepas proses imegresen Vietnam, baru aku rasa nak sambung shopping balik lepas kami semua check out jam 12 tengahari.
Beg baru buat family aku :)
Sebahagian beg kami ...
Hotel Saigon Pink 2 ni ada menyediakan perkhimatan wrapping beg. Lebih jimat sikit berbanding wrapping di airport nanti. Wrapping di hotel ni satu beg tak kira besar kecik hanya RM10 sahaja. Terima duit Malaysia tau.
Sempat bergambar ngan kazen aku sebelum kejadian menggelabah berlaku … kekekekeke …
Moksu aku sibuk nak bergambar ngan apek baju hijau tu. Mulanya dia ingat polis, sekali aku kata tu security guard rasanya …. Kekekeke … Polis Vietnam pakai baju coklat. Jujurnya aku nak kata, baik Polis ke imegresen ke atau jaga kat sana memang tak smart langsung. Kurus keding je … huhuhuhu … harapkan muka masam mencuka jer yang menakutkan kita … kekekekeke …
Paling murah harga durian Vietnam 3 ulas RM30 hengget ... matilanakkk!!
Layan Kopi Ais Vietnam buat kali terakhir. Sobs!Sobs! Dah tak terkira berapa puluh kali aku minum Kopi Ais Vietnam ni …
Melayan si penjual kacang ajar kitaorang cakap Bahasa Vietnam. Port dia memang depan hotel Pink Saigon 2 je sebab kami suka beli kot. Dari mula-mula kami datang sampai nak balik dah boleh berkawan dengan si penjual kacang tanah ni. Siap bagi kami free makan kacang tanah lagi.
Abang Kembong siap boleh interview pendapatan si penjual kacang dengan si penjual Kopi Ais lagik.
Tepat pukul 5 petang, 3 buah teksi kami sampai. Masing-masing tak sabar nak balik Malaysia ... kekekeke ...
Tambang teksi Vinasun kami dari Hotel Saigon Pink 2 ke airport Vietnam cuma 132,000 dong tapi ada caj tambahan untuk beg bagasi kami. Jumlah keselurahan 142,000 dong (RM28) sahaja tak sampai 160,000 dong (RM32.00) untuk 5 orang penumpang.
Budak paling boring paling suka nak balik ...
Kaunter Air Asia bagi penerbangan jam 9.05 malam akan dibuka jam 6.30 petang. Bertapalah kami kat airport Vietnam tu dulu. Nasib baik dah beli siap-siap nasi goreng dan buah-buahan tadi. Boleh buat alas perut sementara nak naik flight.
Memasing berdebar tunggu nak check in beg. Takut over limit walaupun dah timbang kat hotel. Tak sampai 6.30 petang, makin ramai pulak orang beratur. Kami pun cepat-cepat pi beratur. Sempatlah berbual dengan 2 orang budak ni. Sempat bertukar-tukar cerita dan pengalaman masing-masing. Tak semua orang Malaysia peramah tau … terutama kat oversea  :-D
Peringatan buat korang yang datang secara berkumpulan, pastikan semua passport lengkap bersama tuan passport sekali masa check in. Pihak kaunter ni akan tengok setiap muka penumpang sama ke tidak dalam passport.
Alhamdulillah, semua selesai dengan senang. Masih ada lebihan muatan kg untuk beg kami. Rupanya kami tak banyak memborong kali ini ... hehehehe ...
Sebelum tu risau kemain. Takut barang kena tahan lah … tak lepaslah. Lepas settle urusan di kaunter check in bermakna selesailah semuanya. Tunggu nak masuk ke pintu gate jer.
Semasa scan di airport, perkara paling lain macam ialah korang kena bukak kasut semasa scan badan :roll: Lepas tu boleh terus ke pintu gate korang.
Mak aku belikan topi Vietnam untuk Abah. Nak buat bertukang dan memancing katanya ...
Flight malam tu delay sejam ... huhuhuhu ... nasib ada geng borang ngan budak berdua tadi. Sambung dengar pengalaman travel dia sambil berdebar nak hadap imegresen kat KLIA2 pulak.
Untuk pengetahuan, lapangan terbang Vietnam tiada surau disediakan. Tapi korang boleh je sembahyang kat area tempat kita menunggu tu.
Selepas lega insiden turbulence, pukul 1 pagi kami selamat mendarat di bumi Malaysia. Memang mengucap habislah kami kat atas tu. Tapi Mr Pilot relaks je buat pengumuman :)
Syukur sekali lagi, pihak Imegresen KLIA2 tak kacau pun. Mungkin disebabkan kelewatan pesawat dan dah pukul 1 pagi pun, dorang malas nak layan kami kot ... hehehehehe ...
Lengkap sudah 4 episod pengalaman Akak Kembang Bercuti ke Ho Chi Minh dengan rombongan seramai 16 orang. Syukur dengan pelbagai pengalaman yang kami alami. Moga entri ini dapat memberi info berguna buat anda semua.
Baca sini jugak :-
Travelog Ho Chi Minh - Day 1                                                                                    Travelog Ho Chi Minh - Day 2                                                                                    Travelog Ho Chi Minh - Day 3   
  

25 May 2017

TRAVELOG : HO CHI MINH (Part 3)

Sambungan Part 2 | Sungai Mekong Tour

Yuhuuuu ... Ada ke tertunggu-tunggu citer Akak Kembang ni ... hehehehe. Maafkan kakak, seminggu ni kakak sibuk dengan urusan pekerjaan. Seminggu dua ni kakak sibuk buat bundle yang nak kena difailkan kat court. Balik pun dah malam dan ngantuk. Tak sempat nak sambung menulis entri seterusnya.
Hari ke 3, 6.5.2017 
Sekejap je dah 3 hari kami di Bandar Ho Chi Minh. Rindu pulak nasi lemak Mak Jemah :)
Harini aktiviti kami nak ke Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh. Jika ikut itenarary, kami nak ke Russian Market tapi memandangkan dong dah tak berapa ada, kami skip jelah.
Kali ni tak semua yang ikut ke Hard Rock Cafe. Mak ngan pakcik makcik aku nak relaks kat hotel jek. Kami yang muda mudi jer pi.
Suasana pagi di Malaysian Street
Sebelum ke Hard Rock Cafe, kami breakfast di Restoran Makan Halal Hj Mansour dulu. Abang Kembong kata roti canai kat situ murah sikit dari Haji Osman.
Roti Canai Kedai Haji Osman RM7. Kedai Hj Mansour pulak RM5. Harga je lain-lain tapi roti canai sama jer sebab dorang guna roti canai segera jer :) Kat Sungai Buloh boleh dapat 4-5 keping roti canai kan ... hehehehe ...
Kakak Balqis termenung sebab dia mintak Sirap Bandung tapi dapat Strawberi Bandung. Aku syak orang Vietnam ni ingat air strawberi ni air sirap agaknya sebab kaler sama. Macam mak aku mintak air sirap kosong pun dapat air strawberri. Korang bayangkan air strawberi dibandungkan jadi apa? Kekekekeke ...
Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh
Dari hotel nak ke Hard Rock, kami naik teksi jer. Suruh je orang hotel panggilkan teksi untuk korang. Dijamin selamat! Teksi tunggu depan-depan hotel. Lagipun ada jer supervisor teksi Vinasun tunggu kat depan-depan hotel. Kami naik 2 teksi sebab 9 orang.
Perjalanan dari Hotel Saigon Pink 2 ke Hard Rock Cafe cuma mengambil masa 5 minit jer. Tambang teksi pulak cuma 33,000 dong atau dalam RM6.60 jer untuk kami 4 orang. Kami bayar guna duit dong.

Anak bujang kakak :)
Family potrait :)
Kakak & Adik dah sama tinggi ...
Teman Abang Kembong memilih t'shirt Hard Rock. Sempat dia sambar selai t'shirt HRC yang berharga 750,000 dong. Aku tak beli pun sebab bukan pakai sangat pun lagipun dulu dah beli selai.
Dulu ada kerusi duduk kat sini. Sekarang dah ganti beca pulak.
Travel buddy kakak. Budak paling senang nak bawak jalan. Ikut jer kata kakak ... hahahaha ...
Dari Hard Rock Cafe kami jalan kaki ke Pejabat Pos Saigon. Rupanya dekat je dengan berjalan kaki nak ke Saigon Central Post Office. 2-3 minit dah sampai.
Cara nak ke Saigon Central Post Office - Keluar dari pintu masuk/keluar Hard Rock Cafe, korang seberang jalan. Nanti nampak lorong yang banyak jual buku-buku. Jalan jer terus. Belok ke kiri, korang akan nampak Mc Donalds dan bangunan warna kuning. Bangunan warna kuning tulah Saigon Central Post Office.
Beribu-ribu buku dijual disini ...
Sepanjang lorong nak ke Saigon Central Post Office tu, ada banyak tempat untuk korang bergambar.  Salah satunya tempat ni.
Nak acah-acah model, memang cun port kat sini ...


Kemain anak bujang kakak possing acah-acah model gitewwww ...
Kakak  pun  tak nak kalah tau.  Nak  jugak possing acah-acah tengok langit :-P
 
Biar seluar rabak jangan poket rabak .... chia!chia!chia!
Saigon Central Post Office
Akhirnya, sampai jugak ke sini. Dulu datang, tak sempat ke sini sebab ingatkan jauh sangat. Rupanya dekat jer.
Lagi family potrait :)
Nasib baik Zara tak banyak ragam. Cuaca memang panas giler masa ni ...
Sorang lagi Travel Buddy yang sekepala. Lepas ni boleh travel ngan kazen-kazen gorjes :)
Ingatkan Pejabat Pos Saigon ni cuma untuk lawatan jer. Rupanya masih berfungsi. Nak pos poskad ke nak beli setem semua boleh. Kalau korang nak keluar duit pun boleh. ATM Maybank ada di Saigon Central Post Office ni.
Makcik ngan anak-anak sedara dah sama besar ...
Mengabadikan kenangan di dalam Pejabat Pos Saigon. Banyak kenangan dengan pejabat pos sebab pertemuan Akak Kembang ngan Abang Kembong juga bermula di Pejabat Pos tapi pejabat pos KL lah ... hehehehe
Disebabkan cuaca agak panas. Kami tak singgah pun Saigon Notre Dame Cathedral. Depan pejabat pos je pun. Yela ... tengahari buta merayap, mana tak panas ... hehehehe ...
Kami terus tahan teksi. Tapi bukan kat depan Saigon Post Office. Kami jalan ke depan sikit depan shopping mall sebab kat situ senang dan banyak sikit teksi boleh tahan. Ingatkan nak tahan 2 teksi tapi teksi yang mula-mula kami tahan kata muat je kami 9 orang dalam satu teksi. Syukur. Jimat. Baik pemandunya.
Tambang teksi hingga ke Taka Plaza lebih kurang 32,000 dong tapi Abang Kembong bagi je lebih sebab driver teksi Vinasun ni baik ... hehehehe ... siap tolong kami lintas jalan lagik :)
Taka Plaza
Taka Plaza sejenis shopping mall … hehehe. Ada yang cakap telekong murah boleh cari di Taka Plaza. Tapi kami Cuma jalan-jalan jer. Saja tengok camner rupa Taka Plaza ni. Macam-macam jual. Yang best Taka Plaza ni ada ekon berbanding Ben Thanh … hahahahaha …
Tak lama pun kami di Taka Plaza. Balik tu kami jalan kaki je menuju ke Saigon Pink 2 Hotel. Kalau jalan kaki ambil masa 8-10 minit jer. Kalau sampai Ben Thanh baru 6 minit jer.
Sebelum balik ke hotel, kami singgah lagi Rohani Collection.

Walaweiiii ... zizon dah potong rambut ... kekekeke ...
Balik Rohani Collection, singgah pulak Ben Thanh Market sebab ada orang kirim kain lace :) Jumpa kedai amoi ni. Kedai no. 227. Dah nampak, kami terus beli jer sebab takut kedai hilang ... hahahaha ...
Sedap! Rekomen sangat Kopi 3 in 1 Vietnam :) Letak ais batu lagi sedap. Boleh cari sekitar Ben Thanh Market dan Nigh Market.
Kakak kalau pi shopping memang tak reti penat. Cuba suruh lipat kain, makan minggu nak siap :) Disebabkan hari ke 3 ni aktiviti bebas, banyak masa sangat ... balik hotel pun takat mandi, solat, makan & lepak-lepak bilik mak ngan makcik-makcik sambil tengok borongan dorang.
Petang tu, kami turun awal sikit. Peniaga-peniaga pasar malam sekitar Malaysian Street ni kata jam 5.30 petang dorang dah start jual. Kat area Ben Thanh pulak dalam jam 6.00 petang camtu.
Kedai ni, bila siang jadi stor simpan payung-payung peniaga pasar malam. Bila malam menjelma jadi kedai ni jual baju kurung & beg pulak. Hebat orang Vietnam meniaga kan ...
Pukul 6-6.30 camtu semua payung dah dikeluarkan. Kecohnya dorang masa ni. Tarik payung ngan barang-barang niaga dorang guna motor jer. Memang havoc orang Vietnam meniaga.
Lori tunda di Vietnam. Tapi macam perhiasan je ...
Bila pegawai penguatkuasa datang semua peniaga-peniaga yang naik motor lenyap. Dalam 10-15 minit penguatkuasa dorang lepak sambil tunggu. Bila dorang blah ... secepat kilat peniaga-peniaga motor keluarkan barang niaga dorang. Seronok dan kelakar pulak aku nengokkan. Pegawai penguatkuasa tak buat kecoh pun. Takde menggelabah cam kat sini. Relaks jer dorang. Mungkin ada agenda lain yang dorang boleh relaks je kot ...
Malam terakhir nak makan puas-puas Kebab Vietnam. Sedap sangat :)
Kakak memang rekomenkan sapa-sapa bawak mak abah makcik pakcik tidur hotel area Malaysian Street. Bukan apa, memudahkan pergerakan mereka. Dekat dengan tempat makan dan tempat shopping. Ada banyak hotel sekitar Malaysian Street ni. Sila google. Kakak tidur Hotel Saigon Pink 2.
Mak merayap anak amik gambar ... hehehehe. Suasana tengah malam. Masa ni dah makin kurang orang menjual dan membeli.
Malam terakhir di Ho Chi Minh. Sedih pulak. Pasti rindu Kopi Ais Vietnam & Kebab Vietnam.
Tips Shopping di Vietnam : Jika korang nak beli souviner seperti keychain, fridge magnet, beg duit, beg makeup, beg segala beg ...  sila cari sekitar Malaysian Street. Cari je kat makcik-makcik yang jual tepi-tepi jalan tu. Memang murah berbanding dalam Ben Thanh Market.
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube