25 May 2017

TRAVELOG : HO CHI MINH (Part 3)

Sambungan Part 2 | Sungai Mekong Tour

Yuhuuuu ... Ada ke tertunggu-tunggu citer Akak Kembang ni ... hehehehe. Maafkan kakak, seminggu ni kakak sibuk dengan urusan pekerjaan. Seminggu dua ni kakak sibuk buat bundle yang nak kena difailkan kat court. Balik pun dah malam dan ngantuk. Tak sempat nak sambung menulis entri seterusnya.
Hari ke 3, 6.5.2017 
Sekejap je dah 3 hari kami di Bandar Ho Chi Minh. Rindu pulak nasi lemak Mak Jemah :)
Harini aktiviti kami nak ke Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh. Jika ikut itenarary, kami nak ke Russian Market tapi memandangkan dong dah tak berapa ada, kami skip jelah.
Kali ni tak semua yang ikut ke Hard Rock Cafe. Mak ngan pakcik makcik aku nak relaks kat hotel jek. Kami yang muda mudi jer pi.
Suasana pagi di Malaysian Street
Sebelum ke Hard Rock Cafe, kami breakfast di Restoran Makan Halal Hj Mansour dulu. Abang Kembong kata roti canai kat situ murah sikit dari Haji Osman.
Roti Canai Kedai Haji Osman RM7. Kedai Hj Mansour pulak RM5. Harga je lain-lain tapi roti canai sama jer sebab dorang guna roti canai segera jer :) Kat Sungai Buloh boleh dapat 4-5 keping roti canai kan ... hehehehe ...
Kakak Balqis termenung sebab dia mintak Sirap Bandung tapi dapat Strawberi Bandung. Aku syak orang Vietnam ni ingat air strawberi ni air sirap agaknya sebab kaler sama. Macam mak aku mintak air sirap kosong pun dapat air strawberri. Korang bayangkan air strawberi dibandungkan jadi apa? Kekekekeke ...
Hard Rock Cafe, Ho Chi Minh
Dari hotel nak ke Hard Rock, kami naik teksi jer. Suruh je orang hotel panggilkan teksi untuk korang. Dijamin selamat! Teksi tunggu depan-depan hotel. Lagipun ada jer supervisor teksi Vinasun tunggu kat depan-depan hotel. Kami naik 2 teksi sebab 9 orang.
Perjalanan dari Hotel Saigon Pink 2 ke Hard Rock Cafe cuma mengambil masa 5 minit jer. Tambang teksi pulak cuma 33,000 dong atau dalam RM6.60 jer untuk kami 4 orang. Kami bayar guna duit dong.

Anak bujang kakak :)
Family potrait :)
Kakak & Adik dah sama tinggi ...
Teman Abang Kembong memilih t'shirt Hard Rock. Sempat dia sambar selai t'shirt HRC yang berharga 750,000 dong. Aku tak beli pun sebab bukan pakai sangat pun lagipun dulu dah beli selai.
Dulu ada kerusi duduk kat sini. Sekarang dah ganti beca pulak.
Travel buddy kakak. Budak paling senang nak bawak jalan. Ikut jer kata kakak ... hahahaha ...
Dari Hard Rock Cafe kami jalan kaki ke Pejabat Pos Saigon. Rupanya dekat je dengan berjalan kaki nak ke Saigon Central Post Office. 2-3 minit dah sampai.
Cara nak ke Saigon Central Post Office - Keluar dari pintu masuk/keluar Hard Rock Cafe, korang seberang jalan. Nanti nampak lorong yang banyak jual buku-buku. Jalan jer terus. Belok ke kiri, korang akan nampak Mc Donalds dan bangunan warna kuning. Bangunan warna kuning tulah Saigon Central Post Office.
Beribu-ribu buku dijual disini ...
Sepanjang lorong nak ke Saigon Central Post Office tu, ada banyak tempat untuk korang bergambar.  Salah satunya tempat ni.
Nak acah-acah model, memang cun port kat sini ...


Kemain anak bujang kakak possing acah-acah model gitewwww ...
Kakak  pun  tak nak kalah tau.  Nak  jugak possing acah-acah tengok langit :-P
 
Biar seluar rabak jangan poket rabak .... chia!chia!chia!
Saigon Central Post Office
Akhirnya, sampai jugak ke sini. Dulu datang, tak sempat ke sini sebab ingatkan jauh sangat. Rupanya dekat jer.
Lagi family potrait :)
Nasib baik Zara tak banyak ragam. Cuaca memang panas giler masa ni ...
Sorang lagi Travel Buddy yang sekepala. Lepas ni boleh travel ngan kazen-kazen gorjes :)
Ingatkan Pejabat Pos Saigon ni cuma untuk lawatan jer. Rupanya masih berfungsi. Nak pos poskad ke nak beli setem semua boleh. Kalau korang nak keluar duit pun boleh. ATM Maybank ada di Saigon Central Post Office ni.
Makcik ngan anak-anak sedara dah sama besar ...
Mengabadikan kenangan di dalam Pejabat Pos Saigon. Banyak kenangan dengan pejabat pos sebab pertemuan Akak Kembang ngan Abang Kembong juga bermula di Pejabat Pos tapi pejabat pos KL lah ... hehehehe
Disebabkan cuaca agak panas. Kami tak singgah pun Saigon Notre Dame Cathedral. Depan pejabat pos je pun. Yela ... tengahari buta merayap, mana tak panas ... hehehehe ...
Kami terus tahan teksi. Tapi bukan kat depan Saigon Post Office. Kami jalan ke depan sikit depan shopping mall sebab kat situ senang dan banyak sikit teksi boleh tahan. Ingatkan nak tahan 2 teksi tapi teksi yang mula-mula kami tahan kata muat je kami 9 orang dalam satu teksi. Syukur. Jimat. Baik pemandunya.
Tambang teksi hingga ke Taka Plaza lebih kurang 32,000 dong tapi Abang Kembong bagi je lebih sebab driver teksi Vinasun ni baik ... hehehehe ... siap tolong kami lintas jalan lagik :)
Taka Plaza
Taka Plaza sejenis shopping mall … hehehe. Ada yang cakap telekong murah boleh cari di Taka Plaza. Tapi kami Cuma jalan-jalan jer. Saja tengok camner rupa Taka Plaza ni. Macam-macam jual. Yang best Taka Plaza ni ada ekon berbanding Ben Thanh … hahahahaha …
Tak lama pun kami di Taka Plaza. Balik tu kami jalan kaki je menuju ke Saigon Pink 2 Hotel. Kalau jalan kaki ambil masa 8-10 minit jer. Kalau sampai Ben Thanh baru 6 minit jer.
Sebelum balik ke hotel, kami singgah lagi Rohani Collection.

Walaweiiii ... zizon dah potong rambut ... kekekeke ...
Balik Rohani Collection, singgah pulak Ben Thanh Market sebab ada orang kirim kain lace :) Jumpa kedai amoi ni. Kedai no. 227. Dah nampak, kami terus beli jer sebab takut kedai hilang ... hahahaha ...
Sedap! Rekomen sangat Kopi 3 in 1 Vietnam :) Letak ais batu lagi sedap. Boleh cari sekitar Ben Thanh Market dan Nigh Market.
Kakak kalau pi shopping memang tak reti penat. Cuba suruh lipat kain, makan minggu nak siap :) Disebabkan hari ke 3 ni aktiviti bebas, banyak masa sangat ... balik hotel pun takat mandi, solat, makan & lepak-lepak bilik mak ngan makcik-makcik sambil tengok borongan dorang.
Petang tu, kami turun awal sikit. Peniaga-peniaga pasar malam sekitar Malaysian Street ni kata jam 5.30 petang dorang dah start jual. Kat area Ben Thanh pulak dalam jam 6.00 petang camtu.
Kedai ni, bila siang jadi stor simpan payung-payung peniaga pasar malam. Bila malam menjelma jadi kedai ni jual baju kurung & beg pulak. Hebat orang Vietnam meniaga kan ...
Pukul 6-6.30 camtu semua payung dah dikeluarkan. Kecohnya dorang masa ni. Tarik payung ngan barang-barang niaga dorang guna motor jer. Memang havoc orang Vietnam meniaga.
Lori tunda di Vietnam. Tapi macam perhiasan je ...
Bila pegawai penguatkuasa datang semua peniaga-peniaga yang naik motor lenyap. Dalam 10-15 minit penguatkuasa dorang lepak sambil tunggu. Bila dorang blah ... secepat kilat peniaga-peniaga motor keluarkan barang niaga dorang. Seronok dan kelakar pulak aku nengokkan. Pegawai penguatkuasa tak buat kecoh pun. Takde menggelabah cam kat sini. Relaks jer dorang. Mungkin ada agenda lain yang dorang boleh relaks je kot ...
Malam terakhir nak makan puas-puas Kebab Vietnam. Sedap sangat :)
Kakak memang rekomenkan sapa-sapa bawak mak abah makcik pakcik tidur hotel area Malaysian Street. Bukan apa, memudahkan pergerakan mereka. Dekat dengan tempat makan dan tempat shopping. Ada banyak hotel sekitar Malaysian Street ni. Sila google. Kakak tidur Hotel Saigon Pink 2.
Mak merayap anak amik gambar ... hehehehe. Suasana tengah malam. Masa ni dah makin kurang orang menjual dan membeli.
Malam terakhir di Ho Chi Minh. Sedih pulak. Pasti rindu Kopi Ais Vietnam & Kebab Vietnam.
Tips Shopping di Vietnam : Jika korang nak beli souviner seperti keychain, fridge magnet, beg duit, beg makeup, beg segala beg ...  sila cari sekitar Malaysian Street. Cari je kat makcik-makcik yang jual tepi-tepi jalan tu. Memang murah berbanding dalam Ben Thanh Market.
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube
  

No comments:

Post a Comment