23 June 2017

RESEPI BISKUT OREN SEDAP SANGAT

Assalamualaikum ... lagi 2 hari nak raya uolsss!!!
Ada yang masih bekerja ke? Ada yang dah sampai kampung ke? Akak Kembang kena paksa bercuti harini sebab ofis kena tutup ... huhuhu ...
Harini belanja resepi biskut raya lagi ek ... sapa rajin buatlah. Sapa malas order je ngan Akak Kembang #tipujer ... hehehehe
Cantik tak Biskut Oren Akak Kembang ... hehehehe ...
Mesti mood korang dah ke laut kan. Tak sabar nak raya kan. Harini Akak Kembang baru nak shopping. Sapa tak shopping .. meh! Akak Kembang kongsi resepi Biskut Oren Rangup.
Sumber : Blog D'Ayu
Bahan A
250 gm butter
130 gm gula kastor
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan pewarna oren
2 sudu makan oren sunquick (aku guna oren emulco jer)
coklat chip secukupnya sebagai hiasan
Bahan B
300 gm Tepung Gandum (diayak)
50 gm Tepung Naik Sendiri (tak guna, ganti Tepung Red Rose)
50 gm Tepung Jagung (diayak)
50 gm Tepung Kastard (diayak)
Cara-caranya :-
  1. Putar semua bahan A kecuali coklat chip.
  2. Masukkan bahan B dan gaul dengan spatula/senduk sehingga menjadi doh yang lembut.
  3. Tekap dengan acuan kesukaan korang. Hias dengan coklat chip.
  4. Panaskan oven 180 celcius selama 10 minit.
  5. Bakar sehingga masak. Siap!!
with love 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube

22 June 2017

RESEPI BISKUT KACANG

Cak!!! Minggu ni marathon entri resepi biskut raya :) Tak sempat buat tahun ni buatlah raya tahun depan ... hehehehe ...
Kali ni Akak Kembang kongsikan resepi Biskut Kacang ataupun Biskut Mazola. Masa aku buat biskut ni siap kena perli ngan adik-adikku. Dorang suruh aku beli je kat kedai biskut ... hahahaha ... nanakkk!!! Nak buat jugak sendiri. Mood tengah ke langit ni ...
Resepi asal aku amik dari blog Jendela Dapur Surianti.
Bahan-bahan :-
2 1/2 cawan Tepung Gandum (diayak)
1/2 cawan gula icing
2 cawan kacang tanah (goreng tanpa minyak & kisar halus)
1 cawan minyak jagung
Hiasan :-
Kuning telur
Kacang tanah (digoreng)
Cara-cara :-
  1. Goreng kacang tanah tanpa minyak. Sejukkan. Kemudian, ramas kulit kacang tanah sehingga terkopek. Kisar sehingga halus.
  2. Satukan tepung gandum, gula icing & kacang tanah. Kacau sehingga sebati.
  3. Tuang minyak jagung sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. Doh mestilah tidak terlalu lembik tidak terlalu keras. Tak perlu habiskan minyak jagung jika doh sudah sebati.
  4. Buatlah pattern/acuan ikut sukati korang. Aku guna acuan berbentuk kacang tanah. Hias dengan kacang tanah di atasnya.
  5. Panaskan oven 180 celcius selama 10 minit. Kemudian bakar biskut kacang selamat 20 minit. Pastikan biskut dibakar dengan sempurna. Masak dibawah dan masak diatas. Siap!

21 June 2017

RESEPI BISKUT SAMPERI SEDAP

Harini Akak Kembang kongsi resepi biskut raya lagi. Memang tahun ni aku tak beli biskut raya pun sebab tak cukup kalau beli sebotol jer. Kena beli banyak botol ... mahal tuuu...huhuhu. Sebagai langkah penjimatan, baiklah aku buat jer. Bukan susah pun ... resepi google je kat internet. Antara jadi dan tak menjadi jer. Lagipun sedara mara aku ramai, sapa datang bagi makan biskut sampai kenyanglah ... hehehehe ...
Harini aku nak share resepi Biskut Samperit. Biskut legend ni. Dulu-dulu mak aku suka buat kuih ni sampai aku pun nak nangis tolong mak buat. Camner tak nangis ... penat weiii tangan asyik menekan jek ... huhuhu ... tapi best kot masa tolong mak buat biskut raya. Tak sabar nak tunggu buka puasa sebab nak rasa biskut raya.
Camtulah peel anak-anak aku sekarang terutama Firhan Qayyum. Lepas minum air terus dia terjah biskut raya aku dulu. Paling feveret dia opkos Samperit Akak Kembang ni ... Aku buat 2 adunan dekat sebalang habis!!
Disebabkan sedap sangat, meh aku share resepi yang aku dapat dari Dari Dapur.
Bahan-Bahan Biskut Samperit
(1 adunan dapat 150-153 biji)
250 gm butter
110 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
115 gm tepung kastard *
110 gm tepung jagung *
160 gm tepung redrose *
*ayak kesemua bahan tersebut
Cara-cara :-
  1. Panaskan oven dengan 180 celsius dalam 10 minit.
  2. Putar butter, gula icing & esen vanilla sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung-tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau dengan spatula atau senduk. Uli hingga sebati.
  4. Masukkan dalam acuan/nozzle samperit dan tekan dengan ibu jari anda. Kemudian hias dengn cerry ke atau sebarang hiasan atas samperit tu.
  5. Bakar samperit anda dalam 20 minit. Ingat ye kawan-kawan, tak semua oven sama. Korang jenguk-jenguklah samperit korang takut rentung pulak ... hehehe ... Siap!!
2 adunan dapatlah 2 1/2 botol tapi dah tinggal 2 botol jer sebab Qayyum bila buka puasa jer terus cari biskut samperit. Adoiiii!!! Kena tambah lagi gamaknya takut tak sempat simpan sampai raya pulak.
Selamat mencuba kengkawan :)

RESEPI COKLAT CHIP SIMPLE

Cakkkk!!!! lama tak menulis. Inilah entri pertama sepanjang puasa nie … hahahaha … otak semua jem ... takde ceriter yang nak di ceriter … huhuhu …
Kurang 4 hari je lagi kita nak berpuasa kan … tak sabar nak raya. Tolong jangan hilangkan mood raya korang ye. Beraya lah selagi korang boleh beraya … huhuhu …
Sapa dah banyak buat biskut raya angkat tangan?? hehehehe ... kalini aku nak ceriter tentang resepi Biskut Raya. Tahun ni aku mood ke langit tu yang rajin buat biskut raya … hehehehe …
Hasil google sana sini, jumpa satu resepi Biskut Coklat Chip a.k.a famos amous pun boleyy. Terima kasih pada Ana Suzana sebab memang sedap sangat biskut coklat chip ni ...
Bahan-bahan untuk Biskut Coklat Cip :-
(1 adunan dapat 100-120 biji)
Bahan A
1 cawan gula
1 cawan gula perang
1 cawan mentega (aku guna butter)
1 biji telor
Secubit garam
1 sudu besar susu segar @ susu tepung (aku guna susu full cream)
1 sudu the esen vanilla
Bahan B
4 cawan tepung gandom (ayak) *
2 sudu besar serbuk koko (ayak) *
2 sudu besar tepung jagung (ayak) *
1 sudu kecil cream of tar tar *
1 sk soda bikarbonat *
½ cawan walnut cincang (aku tak guna)
2 cawan coklat cip
*semua bahan diayak sekali
Cara-caranya :-
  1. Panaskan oven dalam 10 minit dengan suhu 160 celsius bergantung oven memasing. Aku guna oven kecik je.
  2. Gris dulang pembakar. Aku bubuh kertas minyak je malas nak sapu butter kat dulang.
  3. Satukan bahan-bahan A dalam mangkuk besar. Mixer semua bahan tersebut sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan B. Korang guna senduk atau spatula (aku guna tangan je lebih mudah … hehehe). Gaul perlahan-lahan. Masukkan bahan-bahan yang diayak sedikit demi sedikit diselang seli dengan coklat cip. Aku tak guna badam sebab tak suka … hehehe …
  5. Kemudian, buatlah pattern/corak yang korang suka. Aku just kepal-kepal sikit terus boh terus atas dulang.
  6. Bakar dalam 20 minit. Kalau tak berapa masak, korang lebihkan sikit masa bakar tu. Jangan sampai rentung pulak.  
Ok siap dah Biskut Coklat Chip ala-ala Famos Amos Akak Kembang. Untuk 1 adunan dapat dapat 100 -120 biji.
Selamat Mencuba :)

4 June 2017

17 ANNIVERSARY

Terima kasih terima saya seadanya.
Terima kasih sentiasa ada ketika saya memerlukan.
Terima kasih terima baik dan buruk saya.
Dan saya juga menerima awak seadanya.
Dan saya juga ada ketika awak memerlukan saya.
Dan saya juga terima baik dan buruk awak.
17 tahun berlalu …
Moga makin cinta.
Moga makin sayang.
Moga makin bahagia.
Happy Annivesary Sayang …
4.3.2000 - 4.3.2017

2 June 2017

BBQ HIPSTER

Assalamualaikum. Selamat berpuasa semua. Pejam celik dah 6 Ramadhan kita berpuasa. Ok tak korang puasa kali ni? Aku? mmmmm ...
Tadarus kat opis takde tahun ni (orang makin kurang). So mengaji sendiri jelah kat umah tiap malam.
Radio kat opis dah kena banned pulak. Semua media sosial kena banned. Mati kutu nokkkkkk!!!!
Sudahnya, setengah jam rehat aku kena siapkan entri-entri yang tertunggak (macam banyak sangat pulak kan)  :mrgreen: Kalau malas ... aku tido jer ...   
21 Mei 2017 lepas, genap usia Mak ke 60 tahun. Saja je buat makan-makan dan tahlil dengan IB Clan sekali nak menyambut puasa dan merasmikan tempat baru BBQ kami. Buat sendiri tau. Abang Kembong dan Moon yang buat sambil dipantau oleh Abah ;-)
Tadaaaa ... cantik tak Brick BBQ Hipter kami??
Yang tak lawa tu Moon buat :) yang lawa tu Abang Kembong buat ... hahahahaha. Adik aku sorang ni memang berbakat besar. Serba boleh. Mungkin dulu anak last mak ngan abah aku ingat dapat anak lelaki ... tu yang menurun kebolehan lelaki kat dia  :lol:
Seperti bisa, keluarga kami memang suka acara makan-makan ni. Lelebih lagi kalau bakar-bakar ni. Tu yang gigih Abang Kembong dan Moon buat. Idea opkoslah dari aku (nak jugak up :lol: )  Rasanya dalam 2 bulan kot baru siap BBQ Brick ni ...
Untong dapat adik ipar amik bidang designer ni. Suruh je settle kan bab dekorasi ni ...
Belum siap sepenuhnya sebenarnya tapi dah tak tahan nak rasmikan ... hehehe ...
Tak lawa langsung tempat sampah ... takpelah sementara ... hahahaha ...
Aiskrim Malaysia untuk BBQ. Dibuat penuh kasih sayang oleh Akak Kembang.
Tukang bakar yang steady dari awal sampai habis party BBQ :)
Nak panggang apapun boleh. Konsep kami, memasing bawak ikan sendiri. Tuan rumah suply nasi dan air.
Letak lelilin sikit fefeling romantik ... hehehe
Tak sabar nak mamam ...
Ikan Keli pujaan hati ...
The Gorjes walaupun kurang sorang ...
 The Gorjes ada ahli baru .... hehehehe



Seumur hidupku, pertama kali aku buat kejutan di hari jadi mak aku yang luar biasa sikit. Terima kasih team Kejutan Cinta. Yang kelakar adik tu pulak yang nerveous ... hahahahaha ...
Selamat Hari Jadi buat Mak yang jelita dari anak-anakmu
Kebetulan beday kupu-kupu kami, As selang sehari je ngan mak. Bolehlah potong kek sekali. Selamat Hari Jadi buat kazen ku yang gorjes. Moga segala impian jadi kenyataan :)
Buat Mak, Selamat Hari Jadi Mak! Kakak doakan Mak di lanjutkan usia. Dimurahkan rezeki. Diberikan kesihatan yang baik. Dan dimakbulkan doa mak dan abah nak jejak Mekah tahun ni. Amin. Sayang makkkk ....


Akak Kembang 💗 
pls follow/like/subcribe
BlogIG | Youtube