21 June 2017

RESEPI BISKUT SAMPERI SEDAP

Harini Akak Kembang kongsi resepi biskut raya lagi. Memang tahun ni aku tak beli biskut raya pun sebab tak cukup kalau beli sebotol jer. Kena beli banyak botol ... mahal tuuu...huhuhu. Sebagai langkah penjimatan, baiklah aku buat jer. Bukan susah pun ... resepi google je kat internet. Antara jadi dan tak menjadi jer. Lagipun sedara mara aku ramai, sapa datang bagi makan biskut sampai kenyanglah ... hehehehe ...
Harini aku nak share resepi Biskut Samperit. Biskut legend ni. Dulu-dulu mak aku suka buat kuih ni sampai aku pun nak nangis tolong mak buat. Camner tak nangis ... penat weiii tangan asyik menekan jek ... huhuhu ... tapi best kot masa tolong mak buat biskut raya. Tak sabar nak tunggu buka puasa sebab nak rasa biskut raya.
Camtulah peel anak-anak aku sekarang terutama Firhan Qayyum. Lepas minum air terus dia terjah biskut raya aku dulu. Paling feveret dia opkos Samperit Akak Kembang ni ... Aku buat 2 adunan dekat sebalang habis!!
Disebabkan sedap sangat, meh aku share resepi yang aku dapat dari Dari Dapur.
Bahan-Bahan Biskut Samperit
(1 adunan dapat 150-153 biji)
250 gm butter
110 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
115 gm tepung kastard *
110 gm tepung jagung *
160 gm tepung redrose *
*ayak kesemua bahan tersebut
Cara-cara :-
  1. Panaskan oven dengan 180 celsius dalam 10 minit.
  2. Putar butter, gula icing & esen vanilla sehingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung-tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit. Kacau dengan spatula atau senduk. Uli hingga sebati.
  4. Masukkan dalam acuan/nozzle samperit dan tekan dengan ibu jari anda. Kemudian hias dengn cerry ke atau sebarang hiasan atas samperit tu.
  5. Bakar samperit anda dalam 20 minit. Ingat ye kawan-kawan, tak semua oven sama. Korang jenguk-jenguklah samperit korang takut rentung pulak ... hehehe ... Siap!!
2 adunan dapatlah 2 1/2 botol tapi dah tinggal 2 botol jer sebab Qayyum bila buka puasa jer terus cari biskut samperit. Adoiiii!!! Kena tambah lagi gamaknya takut tak sempat simpan sampai raya pulak.
Selamat mencuba kengkawan :)

No comments:

Post a Comment