11 August 2017

KISAH RAYA AKAK KEMBANG 2017 (Part 3)

Kisah Raya Kedua

Kan kakak dah bagitau ... Akak Kembang & Abang Kembong kalau raya memang main redah jer. Pagi raya kat Sungai Buloh. Petang balik Seremban (umah mak mentua). Malam pulak balik kampung mak mentua kek Chembong, Rembau ... hehehehehe ...


Gambar kabur sokmo .... huhuhu ... Paling kiri Pokuncu Abang Kembong. Yang baju merah tu Mak Induk Abang Kembong.

Nota : Al Fatihah buat Pokuncu. Macam tau-tau je hari dia. Semoga bersemadi bersama insan kesayangan Allah.

Tahun ni semua turun beraya kek Chembong.  Chembong ni kampung mak mentuo kakak. Memang suasana kampunglah.


Entah macamano den lupo bawak baju rayo. Sib baik bawak spare selai baju kurung ni. Anak dara den memang pakai seluar jer pi beraya kat Seperi ni ... huhuhu. BTW, kakak suka beraya kek sini sebab nyaman selalu ... hehehehe ...


Mak Mentuo ngan Pak Mentuo bersamo sebahagian cucu. Dorang ni dah ada 20 cucu. Dan paling sikit anak adalah Akak Kembang & Abang Kembong ... 

Balik dari Seremban tak sah kalau tak singgah ke Nilai. Tapi rayo ke 3 bukak ke kedai ... hehehehe ... jom kita terjah!


Korang rasa kakak beli ke tak karpet tu ? hehehehe

Tujuan utama singgah Nilai sebenarnya nak tengok-tengok karpet. Dah jumpa kedai karpet mulalah kakak menggelabah. Mana tak gelabah, semua karpet idaman depan mata. Berpinau bijik mato memilih. Mula meroyan sensorang. 


Abang Kembong tengah buat kira-kira  .... hehehehe ...


Raya ke 4 be like ...

Belakang tu sepatutnya rumah untuk hari tua kami kelak. Akak Kembang memang suka dok kampung. Tak suka dok rumah taman ... huhuhu ...

InsyaAllah, moga tercapai hasrat kakak tu satu hari nanti. Amin.




Raya ke 5 kami

Dah 2 tahun Abah ajak balik Tanjung Tualang nak beraya rumah abang kesayangan dia. Demi tak menghampakan permintaan Abah, kami turutkan. Lagipun bukan selalu balik Perak kan. 

Kalau balik sana memang akak tak suka ikut highway. Lebih suka ikut jalan dalam. Boleh lihat permandangan menarik.

Dan opkoslah kena singgah Menara Condong Teluk Intan kan ....


Dua orang kebahagiaan kami.


Budak paling susah nak suruh bergambar sama ...


Tetiba terselit kumbang kat situ ... hehehehe ...


Dah kenyang memasing terbongkang kepenatan ... bertabahlah ...


Akhirnya dapat juga 3 beradik ni beraya bersama. Aku rasa cukup bahagia sangat. Aku taklah rasa bersalah pada Abah lagi. Air yang dicincang takkan putus apatah lagi hubungan adik beradik. Bertuah arwah nenekku Hajah Sukini dan arwah datukku Hj Mohd Salimin berjaya mendidik anak-anaknya penuh berkasih sayang. Walaupun jauh dimata tapi dekat dihati.

Dah habis ke? Opkoslah belum ... hehehehe ... jumpa esok plak ek ...




No comments:

Post a Comment