8 August 2017

KISAH RAYA AKAK KEMBANG 2017 (Part 1)

Kisah Sebelum Raya

Ok tak blog baru Akak Kembang? Sama jer tapi blog je merubah. Merapu meraban pun tetap sama ... hehehe ...

Disebabkan mood ke laut jer ... barulah Akak Kembang nak citer pasal raya Akak Kembang ritu. Dah nak raya haji pun kan ... Akak Kembang baru nak up status raya baru ni kan ... hehehehe ...

Korang raya ritu buat berapa jenis biskut raya? Akak Kembang mood ke langit 7 tahun ni ... tengok jelah biskut raya akak tu .... hehehehe ...


Jangan tanjat tengok kuih Akak Kembang raya ni. Tahun ni Akak Kembang berjaya buat 7 jenis biskut raya tau ... mesti korang tak percaya kan? 

Tapi percayalah ... mood raya kakak tahun ni memang terajin buat biskut raya sampai berjenis-jenis. Lagi semangat buat bila kakak buat anak-anak termasuk anak-anak buah sibuk menghabiskan. Biasalah biskut raya ni time puasa je pun sedap rasanya. Time dah raya ... tak lalu dah ... 

Resepi Biskut Raya? Ada 2-3 jenis biskut raya kakak dah buat entri. Sila cari okey!

Baju Raya? Sedih nak citer ... baju raya Akak Kembang selai jer tahun ni. Tupun untuk raya pertama. Raya-raya lain rotate baju lama dan ada yang beli last minit pastu mix & match.

Kisah Raya 2017


Tema Raya Akak Kembang tahun 2017 ialah Champagne (pilihan adik Moon tahun ni). Mesti korang cakap kakak ni suka benor ngan kain lace kan? Memangpun. Tak tau kenapa kalau raya pertama mesti nak kain lace supaya nampak vounge gitew (perasan!). 


Tapi tahun ni adik Moon turn beraya di Pontian. So, tinggalkan kami 2 beradik yang menemankan Abah ngan Mak.

Nak ucapkan terima kasih yang terhingga buat Abang Kembong yang sangat-sangat memahami jiwa raga bini dia nan seorang ni. Yang takleh berpisah sesaat ngan mak abah dia ... huhuhu. Terima kasih jugak buat mak abah mentua yang faham jugak perangai menantu hantu dia ni ... hehehehe ...


Dapat wasap dari adik Moon kat Pontian ... ciannn dia ...hehehehe ...


Abah dan Pakcik Said 

Satu-satunya abang Abah yang tinggal sekampung ngan Abah. Pakcik Said, abang Abah nombor 4 dan kini dahpun berusia 72 tahun. Lagi sorang abah abah tinggal di Perak.


Masih tak lengkap famili kami :( Ada seseorang yang kami rindui setiap masa. Moga doa kami didengar dan moga satu hari nanti kita akan bertemu kembali.


Teringat zaman arwah nenek ada (mak abah). Tempat acik said tulah arwah nenek akan duduk ambil gambar. Rindunya ... al fatihah.

Ok sambung Raya di kampung halaman pulak nanti ...

No comments:

Post a Comment