29 January 2018

TRIP CHERATING (Last)

Sekejap jer dah 3 hari kami berada di Cherating. 

Sebelum balik, kami buat sessi pembahagian hadiah-hadiah dan exchange gifts. Sepatutnya petang semalam tapi keadaan tidak mengizinkan.


Jenuh memanggil bebudak ni nak ambil hadiah bila dah berendam dalam kolam ...


Yang remaja ni pun sama ... dah syok berendam sampai tak heran hadiah ...



Mak Bapak gak yang setia tadah terima hadiah ... hehehehe


Get ready untuk Exchange Gifts ... bukan dapat angpow tau ...











Habis sudah acara pertukaran hadiah memasing. Untonglah sapa dapat tupperware kakak tu .... Sessi pembahagian hadiah-hadiah sukan plak berlangsung ...


Kakak belanjer lagi gambar lompat si katak lompat :)


Berakhir sudah percutian Geng Copy Paste untuk 2017. Ada yang mahu menuju ke Chukai. Ada yang mahu singgah makan Durian. Ada yang mengajak makan ikan patin.

Kakak pulak mahu ke Kuala Terengganu .... hehehehehe ....

Terima kasih pada semua GCP atas kenangan indah yang sukar nak moveon ni ... panjang umur, murah rezeki bertemu lagi kita nanti ...


26 January 2018

TRIP CHERATING (Part 4)

Nampaknya sampai ke tengahari hujan masih tidak menampakkan mahu berhenti. 

Kami sepakat kalau pukul 3 petang hujan masih belum berhenti, kami akan teruskan jugak buat aktiviti sukan memandangkan persiapan telahpun dibuat. Lagipun dah lama tak main hujan kot ... hehehehe ...

Di Holiday Villa Cherating ni korang tak payah risaukan tempat untuk adakan aktiviti riadah. Kawasannya luas untuk aktiviti sukan. Tapi sebelum melakukan apa-apa aktiviti perlu maklumkan pada pihak hotel terlebih dahulu.


Harap tak demamlah semua ye ...


Budak-budaklah paling suka main hujan kan ...


Ngeee :) Kakak takleh kena hujan, nanti jatuh susuk :)


Yo! Kami dari rumah Merah ....


Berentap ngan rumah kelabu ... kekekeke.

Sudahnya, 2 family ni jelah yang sempat possing ngan rumah sukan memasing. Yang lain ke laut dah ..



Sukan paling senang untuk kategori kanak-kanak ialah Bawa Bola Pinpong Dalam Sudu :)


Remaja sedang menunggu giliran 



Sukan Remaja paling simple ialah Isi Air Dalam Botol Guna Span


Yang ni aksi paling win .... hehehehehe ... anak lambat sangat cari Gula-Gula Dalam Tepung ... mak tolong sekali sampai tertonyoh muka anak dalam tepung ... kekekeke ...


Acara couple paling menyengat ...


Sapa baling bola paling jauh dan tidak pecah adalah pemenang untuk sukan Balingan Kasih Sayang 


Kami  8 9 sahabat yang suka travel ... sorang lagi cicir mana ntah ...

Alhamdulillah. Selesai sudah acara sukan kami. Nasib baik hujan tidak lebat. Malamnya pulak aktiviti kami mahu makan ikan bakar. Tercari-cari di daerah Cherating langsung terus ke Chukai. Dari Holiday Villa Cherating memakan masa 20 minit jer untuk sampai ke Laguna Ikan Bakar.








Masing-masing pilih makanan memasing. 


Yang ni pulak makanan untuk anak-anak kat hotel. Dorang malas nak ikut, so kenalah mak sediakan makanan dari periuk doreomon mak tu.

Ok ... jom bobok ... esok dah nak balik ...huhuhuhu

25 January 2018

TRIP CHERATING (Part 3)

25.11.2017 (Sabtu)

Hari kedua di Cherating, cuaca tidak berapa menyebelahi kami. Pagi tu hujan jer. Patutnya aktiviti kami pagi tu adalah acara sukan.

Memandangkan hujan tiada tanda henti, kami tukar Plan B. Acara sukan akan dilakukan pada waktu petang. Jika masih hujan, tukar Plan C pulak.

Plan B nyer, kami nak gi tengok penyu.


Pandangan tidak jauh dari Villa kami. Korang boleh lakukan aktiviti di sinun. 


Tempat breakfast di Holiday Villa Beach Resorts & Spa Cherating. Sangat best sebab menghadap laut. Makanan pula 4/5 bintang.


Sarapan nasi lemak & sambal tumis buat anak-anak

Memandangkan bilik kami cuma dapat 2 kupon breakfast percuma, kakak gagah bawak periuk doreomon kakak untuk anak-anak pulak. Bukan susahpun, semua dah siap-siap masak dan frozenkan dari rumah. Tinggal nak panaskan jer.

Sambil-sambil merasmikan travel cooker kakak tu pun ye jugak ... hehehehe. Beli periuk travel tu kat lazada dengan harga RM195.00. Macam-macam boleh masak.

PUSAT PENERANGAN DAN SANTUARI PENYU CHERATING

Kami buat lawatan ke Pusat Penerangan dan Santuari Penyu di Cherating tengahari tu. Bagi pendedahan pada anak-anak termasuk kami yang memang teruja jugak.

Perjalanan mengambil masa hanya 10 minit dari Holiday Villa Beach Resorts & Spa Cherating. 

Memula sampai tu korang akan nampak rumah kayu. Nampak cam takde pape je kan. Bila masuk (kena bukak kasut), kat bahagian belakang rumah tu ada kolam ternakan penyu. Dalam rumah tu lebih kurang macam muzium penyulah.  

Yuran masuk adalah PERCUMA.


Penyu-penyu yang dipelihara di situ


Semua orang oren yang konker. Saja kami pakai semula baju tema kami cuma tudung jer berubah ke biru pulak.


Alahai comelnya kakak Balqis dan adik Aina


Cuma kami bertiga. Yang lain masih sibuk nengok penyu :)




Dihadapan Pusat Penerangan dan Santuari Penyu Cherating




Hujan masih belum ada tanda berhenti lagi. Nampaknya macam-macam plan kena tukar .... huhuhuhu

sambung ...