22 January 2018

TRIP CHERATING (Part 1)

FAMILY TRIP GENG COPY PASTE KALI KE 2

Rancangan percutian keluarga Geng Copy Paste kali kedua ini telah dirancang oleh kami tak silap seawal Januari 2017 lagi. Cuma perjalanan tu kami tangguh ke hujung tahun memandangkan ada anak-anak kami yang menghadapi peperiksaan besar. Kira ini hadiah untuk anak-anak yang telah berjuang dengan peperiksaan lah ....


Mesyuarat kali pertama yang diadakan awal Januari lalu di rumah Datin Oren a.k.a Lily



Meeting terakhir sebulan sebelum hari kejadian di kedai mamak untuk memastikan rancangan kami berjalan lancar


AJK hadiah sedang bertungkus lumus membeli hadiah untuk acara sukan




Antaranya ialah hadiah-hadiah kegemaran ramai. Terima kasih sponsor deco hamper-hamper kami dari Perempuan Patut Beli.

Kali ni kami pi jauh sikit.

Lama sikit. 3 hari 2 malam.

Cherating, Tunggu Kami Datang J

Seperti biasa, berkumpul di daerah kesayangan kami Sungai Buloh. Kali ini 9 keluarga yang menyertai. Sama seperti tahun lepas. Dah yang 9 keluarga ni jugak yang gedik-gedik nak bercuti bersama. Yang lain taknak join seram nak tengok kegedikan kami kot … hahaha … maybe next time.


Seawal 8.00 pagi kami berkumpul di TSB. Memasing dah bergaya dengan warna tema trip GCP kali ini iaitu warna Oren.


Meletop memasing berbaju oren menyala …


Selepas dipimpin bacaan doa dari Abang Aizam, kami mula bergerak menuju ke Cherating.

Bismillahirahmannirahim …

Perjalanan menuju ke Cherating mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Sungai Buloh. Harapan kami agar perjalanan berjalan lancar memandangkan musim cuti sekolah baru bermula. Musim hujan pun sedang berlaku di belah-belah pantai timur.


Kami berhenti rehat di Hutan Lipur Lentang untuk sarapan pagi yang ditaja oleh Chef Munah dan penyumbang yang lain.

Dah kenyang memasing, kami meneruskan perjalanan ke Cherating. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan berjalan lancar.

Lebih kurang jam 1.30 petang kami sampai di Holiday Villa Beach Resorts Cherating. Cuaca masih cantik ketika kami sampai. Ini adalah pertama kali aku jejak Cherating.

Sebelum memasing sibuk terjun kolam, kami possing dulu.




Mona, Lily, Isma, Eju, Aku & Sal

Kalau berjumpa memang jadi cam remaja 17 tahun .... hehehehe


Geng Bini-Biniku Gengster plak .... kekekekeke

Bersyukur sangat dapat geng yang leh satu kepala ... gaduh pun kami ... sporting pun kami ...




Geng Copy Paste at Cherating


Seperti biasa gambar family kakak memang camni jelah ....


Gurlpren dari dalam perut .... hehehehe

HOTEL HOLIDAY VILLA BEACH RESORTS & SPA, CHERATING

Okay! nak citer pasal hotel plak. 

Kakak tempah Hotel Holiday Villa Beach Resorts Cherating ni melalui hotel terus. Ada banyak jenis bilik. Ada standard room. Ada deluxe room. Ada Garden Villa. Ada Family Room. Pilih je ikut sukati korang.

Sebelum pilih bilik tu ... rajin-rajin tengok dan baca blog orang yang dah pernah pi. Supaya senang kita nak pilih mana satu bilik idaman hati.

Macam kakak nak pi 5 orang, takkan nak pilih bilik jenis standard room. Sempit kot. Boleh je nak berimpit-impit tapi kakak bukan jenis camtu. Kakak kalau bercuti lebih suka kepada keselesaan. Lagipun bukan selalu bercuti kan. Apa salahnya berkorban kuarkan duit lebih sikit.

Oleh itu, kakak pilih Garden Villa untuk kami berlima. Garden Villa ni berdekatan dengan kolam. 


Jemputlah masuk villa kakak ni .... hehehehe ... 


Bilik jenis Chalet Villa ni berkembar dua. Sesuai sangat untuk keluarga yang besar. Disebabkan kakak sibuk amik IG Story sampai lupa nak amik gambar dalam bilik. 

Jadi, kakak gambaran dalam bilik ye. 

Dalam bilik ada katil single yang telah dicantum. Ada sofa bed. Atas bawah boleh tidur. Kakak, Abang Kembong dan Balqis tidur kat katil. Qayyum dan Abbas tidur kat sofa bed tu. 

Kalau ahli keluarga 5-6 orang boleh tempah extra bed atau bawak toto. Memang berbaloi.

Selain itu, bilik air okay. Almari baju disediakan. Ubat nyamuk pun disediakan.

Tips : Jika ahli keluarga lebih dari 3 orang memang kakak syorkan korang pilih bilik jenis Garden Villa atau Family Suite.  



Inilah kolam berdekatan bilik kami. Sangat besar dan sangat berpuas hati. Ada kolam kanak-kanak juga. Asal keluar Villa jer terjun terus kolam. Holiday Villa Beach Resorts Cherating ni ada 2 kolam. Boleh pilih mana-mana idaman hati .... 


Gelpren kakak lagi syok, dapat bilik yang betul-betul depan kolam. Belakang tu semua geng GCP yang konker bilik ... hehehehe ... cuma eju jer yang jauh sikit sebab pada awalnya dia pilih bilik deluxe tapi kecik ... langsung upgrade ke Garden Villa.


Dua jejaka yang tak menyabo nak terjun kolam. Terpaksa beli baju mandi baru sebab baju mandi tahun lepas dah tak muat ... cepat benar meninggi bebudak ni ...

P/S : Ada yang tanya-tanya siapakah Jejaka Korea yang selalu kakak angkut tu? Hehehehehe ... Nama jejaka tu Abbas. Umur 13 tahun. Bespren Qayyum dari darjah 6. Kira cam  anak angkat kakak. Pergi mana-mana mesti nak angkut dia sekali. Tapi sebelum angkut anak orang dah tanya siap-siap kat mak dia yang nun jauh di sana .... hehehehehe. Kak Ratna jangan risau ek, kita jaga anak akak cam jaga anak sendiri gak. Duduk sekali ngan kakak ke? Eh! taklah ... dia ada umah sendiri. Tapi kadang bila cuti memang selalu tido umah kakak buat teman Qayyum. Jelas tak? 

sambung ...


2 comments:

  1. Ohhhh..jejaka Korea tu kawan baik Qayyum..patut la nampak selalu terselit je dalam agenda bercuti...best betul Abbas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah SA merangkap anak angkat ... buat kawan Qayyum hehehe

      Delete