6 February 2018

PERCUTIAN DI KUALA TERENGGANU (Part 2)

27.11.2017 - Hari Kedua di Kuala Terengganu

Pagi-pagi hujan masih mencurah di Kuala Terengganu. Memandangkan hotel yang kami tempah tu tak amik pakej breakfast sekali, maka terpaksalah kami cari breakfast kat luar hotel.

Puas pusing-pusing cari kedai makan sekitar hotel. Bayang kedai pun tak nampak. Kedai emas banyaklah ... kekekeke ...

Kakak try google cari Kedai Makan Best di Kuala Terengganu. Jumpa yang paling dekat. Agak glamer jugak kedai makan tu.


Inilah Restoran Mat Binjai yang terletak di Jalan Sulaiman. 


Ruang kedai agak terhad tapi sempoi.


Ishhh bos kakak ni ... cuti-cuti pun ada je yang call cari ... Kami berdua je yang keluar pagi tu. Bagi budak-budak rehat secukupnya takut meragam (macam budak kecik anak-anak akak tu ... huhuhhu)


Di Restoran Mat Binjai ni, kami cuba roti canai jer. Kakak kalau berjalan (lagi-lagi nak shopping) memang tak lalu makan pagi ... hehehehe ... so kita try roti canai dia yang memang sedap giler kot. Kari cicah tupun sedap giler. Teringat-ingat sampai sekarang.


Lepas hantar sarapan kat anak-anak, kami berdua terus ke Pasar Payang. Laluan ni dari hotel menuju ke Pasar Payang. Jalan kaki pun boleh tapi tak koser teman. Dari luaran nampak berseri-seri Pasar payang ni. Tak menyabar nak masuk Pasar Payang. Member ada citer camne dalam Pasar Payang tu tapi kakak tak dapat imaginekan ... hehehehe ...


Korang bayangkan Pasar Payang ni lebih kurang macam UTC Keramat jer. Ada 3 tingkat. Kebanyakan barangan yang dijual ialah kain batik, sutera batik, kaftan batik, toto, keropok, losong dan macam-macam lagi.


Baju kaftan batik ni berlambak kat Pasar Payang. Nasib baik kakak tak keje gomen, kalau tak dah beli 2-3 pasang kain batik tu.


Yang ni di tingkat bawah sekali. Macam-macam jenis keropok korang akan nampak. Weeiii giler kakak dalam tu ... rasa nak borong semua ... 


Mencari buahtangan untuk orang kampung ... hehehehe


Kalau dah nama Suamiku Tukang Masak ... memang tempat feveret dialah ...


Sapa nak cari rempah ratus ready made leh pi kedai Pok Leh & Kak Lah Rempah. 3 peket RM10 jer.


Cari oleh-ole untuk gelpren & boipren kita plak ...


Yeyyy!!! Inilah tujuan utama kakak mahu ke Pasar Payang :)

Kakak beli toto cap Narita tu RM50 dari harga RM65. Murah ke? Entah? Murahlahkan banding kat Sungai Buloh ...


Cubaan Makcik cuba mengepow Abang Kembong lagi. Mana cukup toto tu satu bang .... hehehehe


Akhirnya puas hati kakak dapat beli toto 2 bijik. Rasa macam tak cukup plak ... hehehe ...

Abang Kembong kata belilah lagi 2  .... tapi kena adjust barang dalam kereta dululah ... Sapa suruh tak bawak lori ... kekekeke ...

Setelah berpuas hari pabila barang dah dapat, mohlah kita pulang ...

Sebelum pulang ke Sungai Buloh, nak singgah beli keropok losong pulak. Hasil google dan waze kami sampai di perkampungan losong.


Kami memilih kedai Keropok Losong Adik Beradik (hasil google). 


Kedai Keropok Losong Adik Beradik ni tepi jalan jer. Macam-macam ada jual.


Satu peket losong tu berharga RM5. 

Rupanya ada orang bagi tips kalau nak beli keropok losong. Seeloknya tak beli ketika musim hujan kerana proses pembuatannya kurang sedap. 


Dah dapat keropok losong, Abang Kembong nak cari satar pulak. Puas tanya merata tapi semua takde dan habis stok ... huhuhhu ... takde rezeki nak makan satar Kuala Terengganu nampaknya. Tapi kami try losong cheese di kedai Paksu Keropok Lekor. Sedapnya makan panas-panas.

Bila bawak balik nak goreng, rasa dah tak sama .. huhuhu. Betullah tips yang makcik kakak bagi tu. Musim hujan takyah beli losong bebanyak.


nilah rupanya bonet kereta kakak ... kemain padat. Nasib baik tak tambah beli toto lagi 2. Memang tak muat ... next time kena bawak lori pulak ... kekekeke ...


Sebelum meneruskan perjalanan pulang, kami singgah makan petang di Restoran Basir di Kampung Durian Burung (boleh google). Tupun Yaya (chambeering) yang rekomenkan. Memang kedai tu banyak lauk dan sedap. Paling win budu dia ... hehehehe ...

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan balik tak hujan pun sampailah ke Sungai Buloh. Pengalaman manis yang sukar dilupakan walaupun sekejap. Abang Kembong dah bagi hint nak repeat pi Kuala Terengganu lagi sebab tak sempat bawak bini dia pi buaian tepi laut.

Kekekekeke ... disebabkan masa kitaorang pegi tu ribut baru melanda Pantai Burok, kami taknak amik risiko pi sana sebab takutlah kan. Takpelah bang ... tak dapat bawak saya naik buaian kat Pantai Burok ... bawak main buaian kat Lombok pun ok gak .... hehehehehe.

Sekian. Next entri travelog Janda Baik pulak ...


10 comments:

  1. Tu dia punya borong...sampai tertutup cermin belakang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kekekeke ... penuh kain baju je mak

      Delete
  2. lamanya tak pergi Pasar Payang
    rindu nak tawar menawar dekat situ
    dapat harga murah
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau org luar maybe kurang skit kot nak tawar

      Delete
  3. Seronoknya bercuti ke Terengganu ye, siap borong 2 toto lagi tu sampai tak muat bonet kereta

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaaa ... kat selangor mahal ... hehehe

      Delete
  4. huhu,,warna warni dh yea kedai payang..kedai rempah pok leh tu kedai rempah fmly kwn sha..kedai adik beradik tu memg best..selalu dulu beli roti canai segera kt situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rempah situ best. Roti Canai memang sedap giler

      Delete
  5. Kuala Terengganu atau The whole Terengganu memang best. Kita pun ada buat belog post pasal Terengganu long time ago. Ada stop dekat Pok Nong Sotong celup tepung yang femes tu tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat pi pok nong tu ... masa terhad

      Delete