23 March 2018

SUP MELETOP PA' LONG JANDA BAIK

Tidak sah jika bercuti kalau tak cari tempat makan best.

Hasil google, kakak jumpa Tempat Makan Best di Janda Baik. 

Maka terjumpalah kedai makan Sup Meletop Pa' Long di Janda Baik. Tidak jauhpun dari hotel kami, 101 Resort & Spa. Boleh guna waze untuk ke Kedai Sup Meletop Pa' Long Janda Baik ye :)


Sebahagian kedai IB Clans konker.


Memasing dah kelaparan.


Kedai Pa' Long Sup Meletop Janda Baik ni sempoi jer ... 

Selain sup, Kedai Sup Meletop Pa' Long ini turut menyediakan makanan lain iaitu Nasi Ayam, Nasi Lemak dan Nasi Kerabu.

Kedai ini juga turut terkenal dengan kopi buatan sendiri. Pokok kopi juga turut ditanam sendiri di tepi-tepi kedai. 


Abah possing kat pokok kopi.


Muka orang tak mandi hahahahaha ...


Buat penggemar sup bolehlah try di Kedai Sup Meletop Pa' Long Janda Baik ni. Abang Kembong kata sedap sup kat sini. Kakak bukanlah penggemar sup, jadi makan sekadar alas perut.

Tapi kopi o dan kopi ais kat sini memang sedap. Tak cukup secawan. Siap tapau lagi ... hehehehe ..

Sangat direkomenkan datang ke sini untuk mencuba sup dan kopi buatan sendiri. Tak rugi mencuba kan ...

No comments:

Post a Comment