1 April 2018

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 1)

Bismillahirahmanirahim … 


Takde tempat lain ke ko nak gi Akak kembang …. Balik-balik Bandung …

Hehehehehe … kakak pun tak pasti kenapa hati ini sentiasa teringat je Bandung. Selain sorga sopping kain baju … Bandung juga sorga makanan … kakak sukeee ...


gambaq wajib kat sini ...

Kenapa tak bawak laki? anak-anak kena tinggal ke? 

Dia serik ikut sebab bini kalau sopping sampai lupa laki :) Alhamdulillah, kakak dapat laki yang sangat memahami dan sporting. Janji pandai jaga diri. Anak-anak pulak sibuk nak exam. Dorang pun dah paham mak dorang kaki jalan. Lagipun tahun ni takde bajet nak travel bersama keluarga. 

Kalau korang perasan, 2-3 tahun kebelakangan ni hampir setiap tahun kakak ke Bandung … dah rezeki kakak di Bandung barangkali …

Kali ini percutian kakak ke Bandung bersama 10 orang lain. Semua geng perempuan jer. Cuma 3 hari 2 malam jer. Tak cukup hokey! Walaupun kakak dah gi bandung 6 kali …


Yang berdua lagi dah sampai awal kat Bandung. Depa ketinggalan kapal ... tu yang kena pi awal ...

Percutian ini jugak tidak dirancang. Semua gara-gara ada 2 sepupu kakak bakal berkahwin tahun ni dan tahun depan. Maka makcik-makcik kakak teringin nak shopping baju pengantin kat Bandung. Kakak jugak terjebak memandangkan kunun-kunun kakak bajet tahu selok belok Bandung. Alang-alang digoda ke Bandung, bolehlah kakak dan partner kakak buat bisnes di Bandung jugak.


Bawak bakal pengantin yang tepi sekali (belah kanan bukan yang kiri ^_^)

Air Asia tetap menjadi pilihan hati (walaupun cekik darah).

Kami ingatkan gi bercuti waktu hari bekerja idoklah ramai orang, rupanya meleset. Ramai pulak haritu orang nak balik kampong. Oleh itu, jika nak check in bagasi, seeloknya korang datanglah awal di airport tu supaya tidak kelam kabut.

Flight kami berlepas jam 6.40 pagi (sampai di Bandung jam 8.05 pagi waktu Bandung).  

Lepas check in bagasi, kami terus ke bahagian imegresen untuk check passport dan kena lalui 2 security check. Security check yang pertama selepas check passport. Kemudian kenalah berjalan kaki ke pintu Gate 13. Gate 13 ni gate paling hujung sekali … redha jelah. Pastu sebelum masuk gate 13 ada satu lagi pemeriksaan oleh kastam. Sapa bawak cecair lebih dari 100 ml, masa nilah barang korang kena rampas …. huhuhuhu.

Walaupun dah banyak kali naik kapal terbang (poyo kan),  perasaan nebes tu tetap ada walaupun 2 jam jer dah sampai Bandung. 


Alhamdulillah, jam 8.05 pagi (waktu di Malaysia 9.05 pagi) kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Bandung.

Jangan lupa isi borang 'Custom Declaration' tau. Sat gi bapak imegresen sana muka maroh plak ... hehehe. Nak contoh isi borang 'Custom Declaration', boleh refer entri kakak DISINI

WARUNG SULUH

Lepas settle imegresen di airport Bandung, kakak keluar dulu nak cari driver kami. Keluar je pintu keluar dah nampak Mas Igol. Nasib baik dia kenal kakak lagi ... masakan tidak kenal kan ... saban tahun turun Bandung ... The Best Tour Guide a.k.a Supir ... hehehehehe ...

Pagi tu kami singgah ke kedai makan best di Bandung iaitu Warung Suluh untuk sarapan pagi. Kalau korang jenis suka retro memang sesuai mengopi di Warung Suluh. Suasana kedai makan Warung Suluh saling tak tumpah zaman mak abah kita dedulu. Makanan pun best.


bestnya kalau umah camni kan ... 


Nasi Goreng Kampung Warung Suluh & air sirsak memang terbaik!


Nasib baik mak jemah semua puas hati :)

Dah kenyang semua bolehlah kita melontar duit di Pasar Baru. Semua dah tak sabar nak menyopping.




No comments:

Post a Comment