2 April 2018

TRAVELOG : JALAN-JALAN BANDUNG LAGI (Part 2)

Jika ke Bandung tidak ke Pasar Baru maka tidak lengkaplah travelog korang. Pasar Baru memang haven. Cuma kakak nak nasihatkan, jika jumpa barang berkenan di hati, terus je beli. Bukan apa, jika ditangguh-tangguh nanti bimbang tak jumpa kembali kedai tersebut. Dah banyak kali terjadi ngan kakak. Asyik lupa kedai jer.


Supir kami Mas Igol yang budiman. Cakap jer nak gi mana, pasti dituruti. 


Mata kakak rabak tengok kain lace ni ... semua cecantik ... tapi yang beli awal tahun lepas pun tak bertempah lagi ... huhuhuhu ...


Kain telekong pun cecantik. Tak sah kalau tak sambar selai.

Kami berpecah. Dan masing-masing diberi masa shopping sehingga jam 3 petang (6 jam tak cukup hokey).

Penting kena beli simkad Indon. Kalau takde susah untuk kami nak berhubung. Tu pasal awal-awal lagi kami dah pesan ngan Angga supaya belikan kami simkad. Boleh je nak beli sendiri tapi lagi senang suruh supir belikan. Naik jer van terus tukar simkad :)

FAVE HOTEL BRAGA, BANDUNG

Hampir 6 jam di Pasar Baru, kami check in hotel. Bolehlah berehat sejam untuk mandi dan solat. Lepas dah segar badan baru kami keluar semula.


Bagasi dan hasil lontaran kami di hari pertama ...



Kali kedua kakak menginap hotel di Fave Hotel Braga Bandung. Kakak suka duduk disini sebab happening. Nak Guardian ada, Family Mart ada ... makan pun senang nak cari di sekitar Fave Hotel Braga ni. Kakak memang rekomenkan hotel best di Bandung ni ...


Bilik kami bertiga ... 

Selepas diberi masa sejam untuk berehat, kami keluar semula untuk makan malam di tempat makan best di Bandung, iaitu di The Stone Cafe, Bandung.


Bisnes Partner kakak. Tadah jelah telinga bila kakak membebel. 
Kuatkan hati bila kakak kena marah dengan adik. Takde hal ...


Yang best di The Stone Cafe ni, sambil makan malam korang boleh tengok view Kota Bandung.




Menu di The Stone Cafe. Harga amat berpatutan dan mampu bayar. 



Harap satu hari nanti dapat bawak 2 orang geng akak gorjes.


The Stone Cafe terkenal dengan makanan ala-ala omputih. Kalini kakak nak try makanan acah-acah omputih plak. Memang sedapp weiiiii ....


Di The Stone Cafe juga turut ada live band. Sempat kami request lagu Suci Dalam Tebu. Memang sporting brader tu ...

Lepas makan malam, kami terus dibawa tempat best di Bandung iaitu Jln Asia Afrika yang terkenal dengan manusia yang memakai kostum animasi. 

Kebetulan malam tu, ramai pulak jemaah hantu ... huhuhuhu ...


Kemain ramai jemaah bolong ... pocong ... hantu raya serbu kami ... 



Kakak tak tau nak seram ke nak gelak tengok pocong ni ... hehehehe ...


Tolong sundal bolong nak beranak ... kekeke ..


Miss Valak in the house ...


Bukan takat hantu je yang penuh di sekitar Jln Asia Afrika ni ... ada macam-macam lagi anime ada seperti bumble bee ni ... Jangan lupa bagi tips setiap kali korang bergambar ngan dorang ni ...

Harap-harap takde yang mengigaulah malam ni ... hehehehehe ...

Yok pulang ... esok mau jalan lagi ...


2 comments:

  1. ya allah..hari pertama dah banyak tu?

    ReplyDelete
  2. Wow! Baru day 1 da gitu :-)
    Ok. Aida kena keje next entry dulu...

    ReplyDelete